Monday, October 28, 2019

UZLAH







7 tahun yang terlalu sibuk dan bergelumang dengan kerja walaupun  di mata semua orang yang mengenali saya apa yang berlalu itu pasti ada ganjaran di sisi Allah kerana saya di medan pendidikan yang merupakan gedung pahala. Mengajar dan mengasuh anak-anak syurga yang kehidupan mereka disibukkan dengan al-Qur'an.  Saya juga berharap perkara yang sama semoga semuanya menjadi saham akhirat saya. Tidak kurang ramai yang menahan untuk saya kekal lagi berada di MASDAR dan belajar sahaja di Malaysia, banyak lagi universiti di tanah air sendiri. Betul memang banyak!πŸ˜€ Tetapi yang mengenali saya sahaja akan kenal siapa saya dan bagaimana saya dengan MASDAR dan anak-anak di sana. Namun, itu bukan petanda saya sempurna, guru yang disayangi semua dan tiada kurangnya. Tidak sama sekali tidak! Saya yang paling dekat dan paling banyak masa bersama serta yang paling menyebelahi merekalah yang akan paling tampak kekurangannya. Terlalu banyak yang kurang, itu pasti. Setiap kali nak SPM pasti akan ada ucapan maaf sebab terkutuk, tak puas hati, biasalah Zah manusiakan selalu ada rasa macam-macam, dulu benci giler dengan Zah.πŸ’” Haha, broken ke? Tak lah, kita semua manusia tiada yang sempurna terutama kalian yang hadir untuk dididik jika ada yang salah pada kalian, kesalahan itu disebabkan Zah yang tidak mendidik dengan acuan yang benar. Maafkan Zah atas segala kekurangan dan kelemahan yang ada. 

Maaf penulisan malam ini agak bermosi kerana badan telah terbaring sambil mendengar 
'Talk Nouman Ali Khan dalam channel FreeQuranEducation". Tiba-tiba ada sesuatu yang menjentik saya dan terus saya bangun dan membuka laptop, duduk di meja study dan cari blog kemudian menaip. Asalnya juga nak cerita tentang tanggapan 'rakyat Malaysia tentang Turki yang sekular, dan adakah saya bersetuju atau menyangkalnya" tetapi yang itu perlu ada penelitian sedikit kerana isu agak sensetif. So, saya cut line and start dengan this one dulu la ye. Penulisan untuk entry ini pun tidak skema seperti sebelumnya, lari key sikit.

Sebenarnya rumah itu adalah sekolah pertama untuk siapa-siapa pun yang bergelar manusia. Alhamdulillah dalam sekolah pertama yang saya lalui, saya dihidangkan dengan cara mak dan ayah bermuamalah. Dengan cara mak menyantuni abang setiap kali dia pulang bercuti panjang ke rumah dari zaman di MATRI hinggalah sekarang ayah kepada 5 dara. Waktu malam atau terluang akan berkongsi cerita dengan mak tentang pelbagai permasalahan baik di tempat kerja mahupun permasalah ummah. Sehingga pernah sekali suatu ketika dahulu saya membaca satu surat berbentuk teguran yang abang hantar kepada mak. Mak tenang sahaja menerima teguran anaknya. Saya ingat hingga sekarang, memang family kami banyak main surat menyurat. Panjang pulak melalut, tetapi nak tekankan di sini yang didikan ini berulang saat saya bersama pelajar. 7 tahun menjadi guru, tukang masak, warden, doktor, jururawat, driver, coach sukan, kakak, mak, ayah dan teman selalu sahaja mereka akan dimarahi, kadang-kadang dibelai dan disantuni. Jadi pernah saya mendapat surat berbentuk teguran, pernah juga ditegur face to face tetapi semua itu diterima dengan keterbukaan πŸ™†

Kini, baru saat ini saya melepaskan mereka dan meninggalkan mereka jauh berjuta kilometer. Hati mana yang tega, jiwa mana yang tidak rawan menanggung rindu. Tapi pesan mak saya pegang, walau di mana kakak pergi, kakak perlu terus meniupkan semangat dalam jiwa mereka. Beri perangsang untuk kerja buat mereka dan jadi pendengar yang baik buat mereka. Mereka anak muda yang perlu diberi kasih sayang dan kekuatan. Terima kasih mak kerana sentiasa ada dan menyokong kerja buat serta cita-cita saya. Dari kejauhan saya melihat kematangan mereka mula terbentuk, dari kejauhan saya menghantar salam penghormatan, dari kejauhan saya menghantar bisikan dan rahsia kejayaan dalam perniagaan, dari kejauhan saya mendapat cerita-cerita dan khabar gembira. Sesungguhnya jarak itu bukan ukuran kerana jiwa kita sentiasa menghubungkan. Teruskan maju, cemerlang dan berjuang sehingga kita memegang berdera kejayaan atau kita syahid di medan perang.

Sungguh, matlamat saya ke sini untuk menyambung pengajian master bukanlah matlamat utama kerana keutamaannya untuk saya merasai nikmatnya menjadi rakyat Turki di bawah pemerintahan hero islam seDunia, untuk saya mendalami sejarah kegemilangan islam suatu ketika dahulu, untuk saya dengan penuh pengharapan menjadi salah seorang yang memberi saham kepada kebangkitan islam seterusnya, untuk saya mendalami ilmu din dan ilmu haraki dalam memperjuangkan din Allah ini, untuk saya memperbaiki Qur'an saya, untuk saya melengkapkan kelopongan puzzle sejarah islam di Nusantara, untuk saya memperbaiki diri saya dan membina semula diri saya supaya title murabbi mithali yang dinyanyi-nyanyikan setiap hari ahad itu matching dengan saya. Alhamdulillah, hajat saya master sahaja, namun mak telah  memberi green light untuk saya berjuang hingga PHD. Terima kasih sekali lagi mak dan ayah atas kepercayaan dan doa yang berterusan buat kakak. Terima kasih juga abang atas doa dan harapannya yang besar.  Posting yang di share di laman FB ini juga sangat memberi semangat " semoga adikku menawan Istanbul bukan ditawan semangatnya. Semoga dapat bertemu dengan guru-guru hebat untuk mempelajari al-Qur'an dan as-Sunnah. Terakhir semoga bantuan Allah bersamaku dalam ditarbiyah dan mentarbiyah dan semoga kematangan yang ada ditambahi dengan tawadhuk dan zuhud yang tinggi." Semoga doa-doa mereka menjadi penguat langkah saya. Semoga Allah kabulkan semua doa-doa mereka.

Apabila langkah yang kita buka ada bersamanya matlamat dan garis panduan yang jelas, Allah akan dorong jalan untuk kita cari dalam menerokai kebaikkan itu. Telah saya lalui kehidupan diperantauan ini selama 1 bulan setengah, masih terlalu baru dan masih banyak yang belum saya tahu. Pusing Istanbul sekalipun belum selesai lagi jadi sehingga selesai nantinya saya menjelajah ke kota paling tercorok di pelusuk Turki ini pun tiada hak untuk saya mendabik dada yang sayalah orang paling layak berkata-kata. Sesekali tidak!

Sekadar perkongsian dari kembara ini, alhamdulillah Allah benar-benar menjawab semua doa saya. Satu persatu yang saya listkan untuk saya capai dalam tempoh setahun pertama saya di sini telah Allah kabulkan. Saya kongsikan di sini untuk sama-sama kita menyakini yang Allah akan beri jalan kepada sesiapa sahaja yang berazam dan berniat untuk sesuatu yang baik dan yang mendekatkan dia dengan Allah.

1. Menguasai bahasa Turki
2. Mengikuti pengajian risalah an-nur
3. Talaqi Qur'an
4. Talaqi Kitab
5. Blogging
6. Youtuber (grouping)
7. Round Istanbul
8. Misi Kemanusiaan

Allah itu Maha Baik, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Itu hajat yang diletakkan dalam masa 1 tahun tetapi Allah bagi lebih cepat. 1 Bulan setengah Allah telah buka jalan untuk kesemuanya. Maka yakinlah kita yang kehidupan ini sendiri adalah tarbiyah secara direct antara makhluk dan Penciptanya. Allah berfirman dalam hadith qudsi mafhumnya berbunyi :" Aku adalah seperti sangkaan hambaKu ke atasKu." Ini doa yang selalu saya ulang sebut, dan meyakini yang Allah pasti tidak sesekali memungkiri janjiNya. Sehingga saya tertunggu-tunggu bagaimana esok untuk saya lalui. Apa lagi surprise yang akan saya perolehi.

Kini rutin mingguan saya walaupun belum penuh seperti di Tanah Air tetapi telah terisi dengan wish list saya. Setiap isnin hingga khamis saya akan ke Fatih Sultan Mehmet (FSM) untuk kursus bahasa Turki saya. Pada hari Rabu petang bermula esok hari saya akan ke Sinan Pasa untuk diskusi Risalah Nur bersama kenalan baru dari Anadolu Universiti yang berbangsa Turki dan Korea. Ini antara yang saya sebut penyusunan Allah dan perancangan Allah itu lebih baik dari rencana kita. Saya hajat menguasai bahasa Turki sahaja tetapi Allah beri ruang untuk saya improve bahasa Inggeris dan juga bahasa arab sekaligus. 2 teman di kelas bahasa saya yang berbangsa Cina dan Tunisia lebih selesa berbahasa inggeris dengan saya dari bahasa lain. Saya mencari pengajian Risalah Nur dalam bahasa arab tetapi Allah mempertemukan saya dengan rakan-rakan baru yang berdiskusi tentang Risalah An-Nur dalam bahasa Turki dan Inggeris. Itu peluang untuk saya yang tidak boleh dipersiakan. Rumah saya juga sangat strategik kerana berada di tengah-tengah antara semua destinasi ilmu saya. Pada hari khamis selepas pulang dari FSM saya akan ke Mahad Ehlul Qur'an untuk talaqi kitab sirah dan pada hari sabtu untuk talaqi qur'an dan hifz. Ini hajat tertangguh, dulu berangan la nak grad sebagai hafizah bersama anak sulung MASDAR tetapi atas semua alasan yang dicipta akhirnya lepas 1 juzuk baqarah sahaja. Alhamdulillah, sekarang sudah mula menyemai untuk juzuk-juzuk awal. 

Bersyukur juga saya dapat terjun semula ke bidang penulisan ini walaupun secara santai dan tidak formal. Keinginan itu ada untuk istiqamah selepas pulang dari Sudan tetapi kesibukkan bekerja menjadi kekangan. Bukan mudah juga nak kembali menulis, kena paksa diri juga terutama menulis tentang pengalaman dan peribadi ini. Nak buat channel youtube pulakkan, memang bukan kekuatan saya la. Nak suruh bersajak atas pentas graduasi MASDAR tiada masalah la. 😍 Namun alhamdulillah, Allah bagi team work yang baik untuk saya. Bila saya bagi guide line dan masing-masing buat kerja mereka rasa terharu sangat walau video-video kami itu hanya biasa-biasa sahaja. Tunggulah dah mahir nanti! haha...

Misi kemanusiaan? Doakan jika berkelapangan insya Allah saya akan menyertai misi kemanusiaan musim sejuk nanti. Terima kasih kepada yang offer saya :)

Round Istanbul? Saya tidak mahu terlalu gelojoh, perlahan-lahan study sejarah dan roung the world Insya Allah. Duit pun belum masyuk lagi ni. Doakan Allah luaskan rezeki saya, semoga saya menjadi jutawan dengan jalan teraneh. Selepas asar di masjid tadi, saya dengar imam baca petikan dari ayat qur'an yang bermaksud : " Mahukah kalian Aku tunjukkan satu perniagaan yang akan menjauhkan kalian dari azab api neraka?" Semoga ini ilham tambahan untuk projek berikutnya.

Masa yang masih terluang juga boleh diisi dengan menafaatkan media massa dengan chanel-chanel yang bermanfaat, meneroka ilmu-ilmu baru dan isu semasa serta membina network dan jambatan perhubungan.

Akhirnya, alhamdulillah summa alhamdulillah peluang beruzlah ini benar-benar Allah dorongkan dengan kebaikkan yang banyak. Allah beri ruang untuk saya mula mengikuti siri tafsir abang dari episod 1 dan saya jadikan sebagai tugasan saya dalam diskusi saya bersama adik-adik di sini. Saya ini kena cari kerja kerana dengan 1 kerja saya akan dapat melaksanakan kebaikkan yang saya hajatkan. Contohnya : saya nak dengar siri tafsir abang lama dah tapi banyak sungguh alasan untuk saya sehinggalah saya buat satu team diskusi tafsir dan saya yang kena bagi talk. Jadi saya kena dengar dan saya kena sampaikan. Itulah cara saya nak disiplinkan diri saya dengan kebaikkan. Saya juga ada iklan dalam status saya untuk saya jadi kaunter pertanyaan bagi adik-adik yang ambil bahasa arab dan deniyah. Alhamdulillah ramai yang sahut dan saya pun boleh recall ilmu saya. So, terima kasih semua kesayangan saya . 

Semoga uzlah saya ini diterima Allah dan semoga semua doa yang baik-baik dari semua kesayangan saya diangkat Allah dan dijadikan kami hamba yang bertaqwa. Amin.

salam sayang dari saya yang dikelilingi Tembok Penawan Konstantinopel!
29 Oktober 2019
4:46am Malaysia
Cuti Cumhuriyeti Turkiye :)

Nota :
1. ramai pulak yang whatapp mimpikan saya, dan semua mimpi itu memberi 1 pesan yang saya pulang ke MASDAR untuk bertugas sebagai pengurus SPM dan sebagai tenaga di MASDAR. Insya Allah itu tanda yang jasad saya sahaja terpisah tetapi hati saya masih bersama dalam perjuangan adik-adik di sana. Semoga MASDAR terus maju sebagai institusi pendidikan islam yang terbaik. Allahuma amin.

2. jika ada yang bertanya sesuai ke Turki sebagai tempat menyambung pengajian bahasa arab dan deniyah? 
Jawapan saya: 
1. Bacalah entri saya di atas dan sebelum-sebelum ini
2. Penduduk Syria lebih dari 1 juta orang ada di Turki
3. Selain Syria, Jordan, Mesir, Lubnan, Tunisia, Saudi dan arab-arab lain juga mula berhijrah ke Turki
4. Pengajian-pengajian kitab ada di masjid-masjid terpilih
5. Perkara paling penting, diri sendiri perlu jelas apa hajat dan matlamat yang dia gariskan



Wednesday, October 16, 2019

Birinci Hafta


"Nervous". Satu perkataan yang menggambarkan perasaan saya pada minggu ke 4 saya di sini. Perasaan itu bercampur baur kerana bahasa Turki bukan bahasa arab yang saya minat dan saya belajar sejak tadika dulu kala. Walaupun bahasa Turki bukalah sesuatu yang terlalu baru untuk saya kerana saya pernah belajar pada penghujung 2017 secara intensif selama sebulan di KTD KL, tetapi waktu ini saya tidak terlalu fokus kerana masih menjadikan kerja sebagai fokus utama. Tetapi di sini "nervous" dia lain macam, mulalah fikir seorang diri nak mengadap rakan-rakan dari pelbagai negara, nak belajar balik macam budak-budak sekolah rendah. Cepat ke nak faham? Boleh ke nak fasih bercakap macam Amirul Hafiz atau sini lebih glamour dengan panggilan "Char". Biasalah kan orang perempuan suka fikir banyak.πŸ‘©

Fikir punya fikir, waktu saya menulis ini nak masuk hari ke 4 sudah saya ulang alik ke kelas. Jadi saya nak ceritalah bagaimana saya membiasakan rutin sebagai pelajar semula.πŸ‘Ά

Kelas saya 5 hari seminggu isnin hingga jumaat, tetapi untuk minggu 1 dan ke 2 sehingga khamis sahaja. Setiap satu "mustawa" atau tahap ada 7 minggu waktu pengajian dengan yuran sebanyak RM 630. Mahal jugalah sebenarnya. huhu

Sekarang setiap pagi bangun bawa bekal, almaklumlah perut saya cepat sangat berangin jadi kena jagalah kesihatan diri sendiri kan! Saya akan keluar rumah paling lewat 8.15am waktu Turki untuk sampai ke kelas sebelum jam 9am. Tetapi saya lebih suka dan akan berusaha untuk keluar paling lambat jam 8am suapaya saya tidak perlu tergesa-gesa. Jadi minggu pertama ini minggu untuk saya buat eksperimen untuk tetapkan jadual harian saya pada minggu berikutnya.

Hari 1 di kelas alhamdulillah semua "nervous" saya terbang menghilang yang tinggal pada saya keyakinan diri. hehe. Rakan sekelas saya seramai 23 orang yang dimonopoli oleh kaum adam dan kami geng hawa hanya seramai 8 orang sahaja. Itupun masih ada beberapa orang yang mendaftarkan nama tetapi belum terlihat kelibat mereka. Dengan kehadiran seramai 20 orang lebih kurang ini hanya saya seorang dari nusantara dan yang lain dari 12 negara lain yang berbeza. Tunisia, Cina, Albania, Moroko, Tajikistan, Jibuti, Libya, Kazikistan, Uzbakistan, Syria, Palestin dan Hoca saya dari Turki semestinya. Dalam ramai-ramai ini majoritinya berbahasa arab. Guru yang mengajar ada dua orang, Hoca Harun dan Hoca Kubra.

Walaupun bahasa inggeris saya "broken" tetapi berada di kalangan mereka membuatkan saya terasa sedikit bijak kerana boleh memahami bahasa arab, bahasa inggeris dan cepat boleh kaitkan bahasa turki dengan bahasa arab. hihi .... Rasa bertuah sebenarnya menjadi rakyat Malaysia kerana lidah kita mudah untuk menerima banyak bahasa dek kerana kita telah terdedah dengan kepelbagaian bahasa sejak sekian lamanya. Alhamdulillah

Satu kelebihan sebenarnya bila kita seorang sahaja dari negara kita dan perlu bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai negara dan pelbagai peringkat umur. Dalam umur 32 tahun ini saya perlu kembali ke usia remaja saya  belajar seperti di zaman persekolahan, mengenali huruf dan belajar menyebut perkataan, membina ayat dan berdialog serta belajar memahami tatabahasa orang lain pula. Alhamdulillah saya enjoy dengan ilmu baru ini, terasa rindu dengan dunia saya sebagai seorang guru ketika kita sehabis mungkin cuba memberi kaedah yang termudah untuk memudahkan pelajar kita memahami apa yang kita sampaikan. Bila Hoca (guru) saya menulis dan memberi penerangan di hadapan, saya terfikir inilah saya saat saya mengajar di MASDAR dulu dan begini rupanya rasa pelajar saya ketika mereka bertanyakan tentang nahu dan sorf di dalam kelas. Perasaan bergelora ingin tahu dan ingin lebih cepat mahir serta bertutur dalam bahasa turki membuatkan saya bersemangat untuk setiap hari ke kelas. Saya berdoa agar perasaan ini hadir selalu dan saya terhindar dari merasa bahagia apabila kelas dibatalkan. huhu.

Saya berharap agar sampai ke akhir hayat saya , saya masih boleh dan akan bergelar pelajar walaupun umur saya telah mencecah umur sabsidi suatu ketika nanti. Moga Allah beri nikmat sihat dan nikmat menuntut ilmu ini sehingga Allah ambil nyawa saya.

Saya kongsikan sedikit video sedutan dari defter saya untuk 3 hari persekolahan ini. Semoga penulisan kali ini menyuntik semangat menuntut ilmu di kalangan adik-adik saya, anak-anak murid saya dan juga semua yang singgah membaca entry kali ini.


Doakan saya thabat sehingga saya menggenggam paling kurang ilmu-ilmu PHD sebelum saya mencecah 40 tahun. Semoga saya juga dapat secara praktikalnya mempelajari ilmu sains rumah tangga dalam beberapa tahun ini. Jarang saya nak sentuh bab ini tetapi kerana terlalu ramai yang mendoakan, maka doakanlah yang terbaik yang hadir melengkapkan insan serba kekurangan ini.πŸ’™

Next, nak saya share apa pulak? Dalam kepala ini ada beberapa idea tetapi tidak pasti yang mana dahulu dan bila pula mood menulis ini akan hadir lagi.... jumpa lagi πŸ‘‹


Sara Hidup

Merujuk kepada laluan pengajian ke 2 dan ke 3 pada entry ke 7 saya sebelum ini, jika kalian berhajat menyambung pengajian ke Turki  ada satu perkara penting yang perlu kalian pertimbangkan iaitu kos sara hidup.
Taman di kawasan perumahan saya

Kos sara hidup di Turki terutama di Istanbul agak tinggi berbanding dengan Mesir atau Indonesia dan Thailand pastinya. Saya tidak berani membuat perbandingan dengan negara-negara lain kerana kurang arif dengan keadaan di sana. Mungkin selepas saya perincikan secara halus tentang kos di Turki, kalian yang lebih berpengalaman boleh membuat perbandingan dengan sendirinya.

Pendapat peribadi saya, penginapan ialah item yang meningkatkan kos sara hidup di Turki ini menjadi mahal terutama di Istanbul bahagian Eropah. Harga rumah di sini sekitar RM 1000 - RM 2000 ringgit. Luar dari negeri Istanbul mungkin kalian boleh dapat harga jauh lebih murah. Punca sewa rumah ini menjadi lebih mahal juga kerana bilangan penyewa untuk sebuah rumah adalah terhad, kebiasaannya sekitar 4 hingga 5 orang sahaja. 

Jika kalian berhajat untuk menyewa rumah atau istilah lain disebut "membuka rumah". Kalian perlu mencari "broker" atau boleh dapatkan terus rumah sewa dari tuan rumah. Tetapi peluang untuk mendapatkan rumah sewa terus dari tuan rumah agak sukar kerana kita bukan orang tempatan Turki. Untuk sebuah rumah sewa kita perlu ada perjanjian yang dipanggil "kontrak rumah". Kontrak itu akan bejalan selama 1 tahun. Kos awal untuk menyewa selalunya akan memakan duit yang banyak. Contoh kos untuk membuka sebuah rumah seperti di bawah :
  1. Sewa Bulanan RM 1300
  2. Deposit 1 bulan RM 1300
  3. Upah broker RM 1300
  4. Jumlah RM 3600
Jadi bulan pertama kalian perlu sediakan sebanyak RM 3600 ringgit dibahagikan dengan bilangan ahli rumah. Untuk bulan-bulan seterusnya hanya perlukan komitmen untuk bayar sewa bulanan sahaja sebanyak RM 1300 dibahagikan dengan bilangan ahli rumah. Ini sekadar contoh sahaja.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tidak menyewa bilik atau asrama? Saya ada membuat semakan harga asrama dan saya dapati harganya lebih kurang harga rumah sewa sahaja dan hanya menyediakan sarapan, ada juga yang langsung tidak menyediakan makanan walaupun untuk sekali sehari. Jadi saya mengambil keputusan untuk menyewa bersama senior yang sedia ada di sini sahaja kerana pergerakkan lebih bebas bila berada di rumah sendiri.

Oleh itu, bila telah yakin memilih Turki sebagai tempat kalian menjadi pengembara ilmu maka kalian perlulah mencari tempat tinggal terlebih dahulu sebelum jasad kalian tiba ke sini. Penting juga mencari teman yang baik untuk dibuat "housemate" dan perlu cari serta menjadi yang setia paling kurang untuk tempoh masa 1 tahun. Jangan cepat sangat nak undur diri, kesian pasangan kalian nanti nak mencari pengganti yang baru.

Selain penginapan , saya rasa kos lain tidaklah terlalu mahal, lebih kurang Malaysia sahaja. Kos makan minum lebih murah dari kos saya ketika di Sudan dahulu kerana di Turki boleh dikatakan seperti syurga buah-buahan dan sayur-sayuran. Sangat "fresh" dan pelbagai.  Waktu awal sampai di sini saya rasa bahagia kerana peluang untuk kurus itu tinggi sebab di sini perlu banyak berjalan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi selepas saya mengenali makanan dan mini market mereka menjadi satu kerisauan kerana makanan mereka sesuai sangat dengan tekak saya yang tidak tahan pedas ini. Terlalu banyak yang saya suka, aiskrim, kek, coklat, pizza, roti-roti, nasi ayam mereka dan banyak lagi la yang saya belum cuba sebenarnya. Yang pasti untuk penjimatan duit lebih baik masak dari makan di luar. Hehehe.

Sebelum terlupa , selain kos sewa rumah perlu ada kos pembayaran bil wifi, api, air dan juga gas. Nanti saya bagi perincian kos saya untuk jadi contoh dan sebagai bantuan untuk kalian buat anggaran belanjawan.πŸ˜‡

Kos - kos lain seperti pengangkutan, topup hp dan lain-lain tidaklah terlalu mahal. Jika pandai berbelanja maka kuranglah kos yang perlu dikeluarkan, jika berbelanja tanpa memikirkan hari esok mungkin akan mencecah ribuan ringgit untuk tempoh 1 bulan kalian di sini.

Ini anggaran kos perbelanjaan saya di sini. Saya menyewa sebuah rumah bersama 3 orang pelajar Malaysia yang lain. Harga sewa rumah kami sebanyak 2000 lr lebih kurang RM 1400.

Kos perbelanjaan saya sebulan :

  1. Sewa rumah 500 lr
  2. Bil elektrik, air, wifi & gas 150 lr
  3. Barang dapur 150 lr
  4. Pengangkutan 150 lr
  5. Topup 60 lr
  6. lain - lain 140 lr
  7. Jumlah  : 1150 lr / RM 800
Di atas saya perincikan jumlah perbelanjaan saya sebulan. Saya letak bajet yang besar untuk bayaran bil, belian barang dapur, pengangkutan dan topup supaya mudah untuk saya buat bajet belanjawan bulanan saya. Jika ada lebih boleh buat simpanan dan bekal untuk masa-masa sesak nanti.

Walaubagaimanapun satu pesan saya, jika hajat menyambung pengajian tidak kisah sama ada di Turki, Malaysia atau mana-mana negara lain jangan jadikan wang ringgit sebagai penghalang. Apabila kita pasang niat yang betul untuk mendalami ilmu Allah yang luas ini dan kita jelas matlamat kita maka mohonlah pada Allah. Rezeki setiap hamba itu telah tertulis dan Allah yang memegangnya, bukanlah duit mak ayah kita, atau duit tabungan kita yang menjadi jaminan rezeki kita tetapi Allah Ar- Razak yang memegang rezeki kita. Maka mohonlah rezeki dari Allah, mintalah petunjuk dan jalan dari Allah. Bergantung haraplah pada Allah. Allah dengan kuasanya mampu mengadakan sesuatu yang tiada dan mampu juga menarik nikmat dari sesuatu yang ada kepada tiada. Semoga Allah menjaga saya dan seluruh penuntut ilmu sepertimana yang disebut dalam hadith ke 36 dalam himpunan hadith 40 yang mafhumnya berbunyi : "siapa yang keluar dalam jalan menuntut ilmu , maka Allah akan mempermudahkan jalan baginya ke syurga". Allahuma amin. 
   

Thursday, October 10, 2019

Pengajian Jangka Masa Pendek

Fokus kepada ukhtie tudung bercorak dan anaknya

Pada entry yang lepas saya menceritakan beberapa laluan untuk menyambung pengajian jangka masa panjang di Turki. Kali ini saya akan beri sedikit gambaran peluang pengajian jangka masa pendek.

Antara sebab utama saya memilih Turki untuk menyambung pengajian ialah kerana pergolakkan yang berlaku di negara-negara Arab sekarang dan menyebabkan Turki membuka seluas-luasnya pintu perlindungan kepada masyarakat arab ke negara mereka. Semoga Allah merahmati Erdogan dan rakyatnya serta mengembalikan mereka kepada Islam yang syumul. Peluang ini juga ialah ruang yang baik untuk kita di Nusantara memanfaatkan para ulama yang ada di sini untuk masa depan akhirat kita. 

Alhamdulillah, hampir 1 bulan saya di sini, Allah mendorongkan saya jalan untuk mencapai salah satu dari matlamat keberadaan saya di bumi Uthmaniyyah ini. Allah mempertemukan saya kembali dengan junior saya ketika berada di Sudan dahulu. Ketika di sana dia baru sekitar 14 tahun dan saya ketika itu berumur 24 tahun lebih kurang. Selepas 7 tahun berjumpa kembali dia dah macam bapa orang. Memang rezeki saya sejak sedekad dua ini bergaul dengan rakan-rakan yang muda bertahun-tahun dari saya. Datang bersama kumpulan anak murid dari Malaysia, bergaul dengan pelajar Malaysia yang belum mencecah angka 30 "series" pun. Sebenarnya kelebihan jugakan, kita pun jadi awet muda.πŸ˜† Melalut pula sembang topik usia ini. Hehe.


Melalui junior tadi juga saya mendapat maklumat tentang pesta buku yang menjual kitab-kitab arab. Suasana ini sangat dirindui. Walaupun pengunjungnya tidak semeriah Sudan dan Indonesia tetapi sedikit sebanyak telah merubat rindu saya. Di sana saya berjumpa dengan penjual kitab karangan Risalah Nur dan anak didiknya. Apabila menuntut di Turki tetapi tidak meneroka pengajian ini ia akan jadi satu kerugian yang besar. Jadi saya telah bertanyakan peluang untuk mengikuti pengajian Risalah Nur di dalam bahasa arab dan saya telah mendapatkan nombor untuk dihubungi. Tetapi sehingga sekarang belum berjawab. Insya Allah sedikit masa lagi mungkin mereka akan "reply" saya. Pesta buku itu juga mempertemukan saya dengan kenalan wanita dari Syria yang sedang menuntut di sini untuk kursus PHD nya. Alhamdulillah melalui dia saya sedang mencari ruang "talaqi Qur'an" dan "talaqi kitab" untuk perempuan.



Beberapa hari lepas juga saya terserempak dengan 1 keluarga dari Kelantan. Si suami baru selesai pengajian Master di Malaysia dan datang ke Istanbul selama 3 bulan bersama isteri dan anak seperti dalam gambar di atas untuk "talaqi qur'an dan kitab" . Jadi ini lebih meyakinkan saya yang peluang untuk mendekati Qur'an dan ulama di sini terbuka lebih luas. 

Saya sekarang sedang bercita-cita untuk menyediakan peluang pengajian jangka masa pendek kepada masyarakat Malaysia. Mungkin dalam pakej itu boleh senaraikan beberapa item seperti di bawah atau ditambah lagi. Siapa tahukan jika program ini mendapat sambutan ramai.
  1. Kajian sejarah Turki Uthmaniyah
  2. Talaqi Qur'an
  3. Talaqi Kutub
  4. Melancong dan menerokai kawasan bersejarah di Istanbul
Jika cita-cita ini baik semoga Allah membuka jalan kepada saya. Tetapi kenapa 3 bulan? Bermula tahun ini Turki memberi 3 bulan visa percuma kepada masyarakat Malaysia yang melancong ke Turki. 3 bulan itu tempoh yang agak lama untuk memahami selok belok Istanbul dan memahami budaya masyarakat mereka serta merasai kelazatan makanan mereka. Andai ada yang berhajat, simpanlah cita-cita dan mulalah menabung semoga Allah mempermudahkan.

Oklah, setakat ini sahaja dulu info untuk kursus jangka masa pendek yang boleh saya kongsikan. Saya baru mendapat panggilan dari "darul wakaf Qur'an" berdekatan rumah saya sahaja untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengajian yang saya mohon dari pihak mereka. Jadi saya perlu bersiap ke sana sekarang, sehingga berjumpa lagiπŸ‘‹

Monday, October 7, 2019

Ingin Menyambung Pengajian Ke Turki?

Ada yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Turki? Entry kali ini saya akan perincikan cara-cara untuk "apply study" di Turki.

Banyak peluang menyambung pengajian ke Turki dengan biasiswa sama ada melalui biasiswa penuh yang dikeluarkan kerajaan Turki atau biasiswa dari "private university" yang menanggung kos pengajian sahaja.

Jika kalian berminat,  kalian perlu cuba memanfaatkan semua peluang dan ruang yang ada.


LALUAN 1

Pertama sekali memohon biasiswa yang dikeluarkan oleh kerajaan Turki iaitu "Buslari" untuk bidang akademik dan "Diyanet" untuk bidang diniyah. Sebelum itu suka saya ingatkan untuk menyambung pengajian ke Turki kalian perlu melalui 12 tahun pengajian di Malaysia. Ini bermakna selepas SPM kalian perlu mengambil asasi, matrik, STPM,STAM atau Diploma terlebih dahulu sebelum melayakkan kalian menyambung pengajian ke Turki. Ada juga situasi pelajar yang apply terus selepas SPM dan dia mendapat tawaran tersebut. Tetapi kemudian ada masalah dipertengah pengajian dia. Wallahualam, saya dengar dari mulut ke mulut sahaja. Tetapi prosuder ini baru digunakan sekitar 5,6 tahun kebelakangan ini. Untuk "apply Buslari" atau "Diyanet" juga kalian mestilah dari kelompok "fresh graduate". Maksudnya selepas selesai Asasi atau Diploma perlu terus memohon untuk "Degre", Atau selepas selesai "Degre" perlu mohon terus untuk "Master" begitulah seterusnya. Situasi seperti saya yang dah tamat "Degre" pada 2012 dan mahu sambung "Master" pada 2019 tidak layak lagi untuk memohon biasiswa ini. Permohonan untuk biasiswa ini akan dibuka pada Januari - Mac setiap tahun. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Kalian boleh memohon secara online dan kemudian pihak "Buslari / Diyanet" akan "reply" email kalian untuk panggilan "interview".


A. Sedikit tips untuk lulus "interview" ialah :

1. Mempelajari sedikit sebanyak bahasa Turki melalui mana-mana aplication di internet atau melalui google atau boleh menyertai "short course" secara berbayar di bawah seliaan "Yunus Emre" di Kuala Lumpur atau melalui Kolej Teknologi Darul Naim (KTD KL) cawangan Kuala Lumpur. Jika kita boleh keluarkan 5,6 ayat bahasa Turki mestilah akan terlihat kesungguhan kita untuk sambung belajar ke negara mereka kan!

2. Saya tidak apply ya, tetapi bercerita melalui pengalaman pelajar saya. Untuk lulus interview ini tidak terlalu terikat dengan keputusan peperiksaan kalian. Walaupun secara amnya mestilah berusaha semaksimumnya untuk mendapat keputusan yang baik diperingkat SPM atau selepas itu. Yang lebih utama, pihak "Buslari / Diyanet" hendak melihat sumbangan pemohon itu kepada masyarakat seperti mengadakan program berbentuk keilmuan , kem-kem dan lain-lain. Inilah bonus untuk pelajar-pelajar yang mengambil tingkatan 6 di Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) Beseri, Perlis. Di MATRI, sekolah menyediakan tingkatan 6 untuk sijil STAM selama 1 tahun setengah. Pelajar akan dibekalkan dengan silibus kepimpinan dan program-program yang mantap selain mempunyai guru-guru yang berkemahiran dan berpengalaman mengajar STAM. Saya sendiri daripada MATRI dan kemudiannya menyambung pengajian ke Sudan untuk "Degre" saya.

3. Kalian perlu "study" sedikit sebanyak tentang isu semasa. Antara soalannya :
- Apa pendapat kamu tetang Tun Dr. Mahathir?
- Apa pandangan kamu tentang ISIS ?
- Kenapa kamu memilih Turki sebagai destinasi menyambung pengajian?

Selepas selesai "interview", jika kalian diterima ataupun tidak pihak mereka akan menghubungi kalian melalui email.

B. Antara keperluan yang perlu disediakan untuk memohon melalui "Buslari/Diyanet"

1. Sijil-sijil yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris :
- Sijil SPM
- Sijil STAM/STPM / Asasi / Diploma atau seangkatannya
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil Lahir

2. Pasport

3. Gambar ukuran pasport

C. Kelebihan "Buslari/Diyanet"

1. Tiket percuma pergi balik setiap tahun di musim panas
2. Kos pengajian percuma
3. Penginapan / Asrama disediakan
4. Elaun bulanan

Sebelum terlupa, tiada kota yang dikenakan untuk setiap negara. Pihak "Buslari/Diyanet" akan bersidang setelah tamatnya sesi "interview" di semua negara, dan mereka akan memilih markah yang tertinggi antara semua pemohon. Bagi sesi 2019-2020 mereka telah menawarkan 70 orang pelajar dari 110 buah negara untuk "High School" sehingga "PHD"

Dalam masa kalian menanti jawapan dari "Buslari/Diyanet" , kalian juga boleh memohon di "private university" seperti "Fatih Sultan Mehmet" dan lain-lain lagi, tapi maaf saya belum dapat berkongsi di sini. Saya akan "study" sedikit tentang beberapa universiti selepas ini.

⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆



LALUAN  2

Sekarang saya nak bercerita pula tentang peluang kedua untuk menyambung pengajian ke Turki iaitu melalui permohonan online ke "private university". 

Saya dan group memohon pengajian ke Turki melalui "Universiti Fatih Sultan Mehmet " FSM. Permohonan online di buka pada 1 Mei sehingga 30 Julai. Bagi yang berhajat untuk memohon bagi  sesi 2020/2021 perlu sentiasa "alert" dan menyemak "website" mereka sekita april - mei dan terus mengisi permohonan apabila telah dibuka, jangan tunggu saat-saat akhir kerana permohonan ke Universiti ini teramatlah banyak terutama dari kalangan orang-orang arab. Apa istimewa FSM?.  FSM menyediakan biasiswa pengajian sebanyak 50%, atau 75% dan boleh menjangkau 100%. Tawaran 100% juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan hafazan al-quran 30 juzuk dan memohon jurusan diniyah. 
Walau bagaimanapun, kumpulan kami antara yang beruntung kerana dari 8 orang yang memohon, 5 orang diterima dengan 100% biasiswa bagi aliran diniyah, grafik, sejarah dan juga psikologi. manakala seorang lagi 75% biasiswa untuk aliran ekonomi dan seorang yang lain pula 50% biasiswa untuk aliran psikologi. Hanya seorang sahaja yang tidak ditawarkan tetapi masih berpeluang untuk menyambung pengajian ke Turki. Bagaimana caranya? Nanti akan saya ceritakan pada laluan ke 3.
Di FSM juga pengajian diniyah menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar. Bagi mereka yang ingin menuntut dalam bahasa arab bolehlah memohon ke FSM.

Antara keperluan yang perlu disediakan untuk memohon ke FSM :

1. Sijil-sijil yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris :
- Sijil SPM
- Sijil STAM/STPM / Asasi / Diploma atau seangkatannya
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil Lahir
- Sijil Hafazan ( Jika kalian bukan pelajar yang tamat 30 juzuk, boleh juga kepilkan sijil hafazan semasa yang ada sama ada selesai 5,15, atau 20 juzuk)

2. Pasport

3. Gambar Ukuran Pasport

Memohon dengan " private university" tidak memerlukan temuduga. Kalian hanya perlu memohon melalui online dan menunggu maklum  balas melalui email sahaja sama ada diterima ataupun tidak. 
Pengalaman kami memohon  pada bulan mei dan maklum balas dari FSM sekitar bulan  Julai hingga September. Selepas mendapat tawaran, kalian bolehlah membeli tiket untuk terbang ke Turki tanpa perlu mendapatkan visa dari kedutaan Turki terlebih dahulu. Banyak kelebihan penduduk Malaysia untuk melancong ke luar negara terutamanya dari segi visa. Kalau negara lain perlu tetapi kita tidak. Jika mahu melancong ke Turki bolehlah melancong sekitar 3 bulan lamanya tanpa memohon visa dari pihak kedutaan kerana mereka telah memberi visa 3 bulan secara automatik setibanya kita di Airport Turki. 


⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆

LALUAN 3

Jika kalian tidak mendapatkan tawaran pengajian ke Turki melalui 2 laluan di atas, tetapi kalian masih berhajat untuk menyambung pengajian ke Turki. Kalian bolehlah melalui laluan ke 3 ini. Sebenarnya laluan ketiga ini ialah laluan yang saya pilih. Saya membuat permohonan untuk mengikuti kursus bahasa Turki selama 1 tahun di FSM dan dalam tempoh ini saya akan membuat "survey" di beberapa buah universiti lain untuk menyambung pengajian saya diperingkat master. Insya Allah ada banyak pilihan universiti selain FSM di sini. Mohon doa semua agar urusan saya dipermudahkan.

Kebanyakkan universiti di Turki perlu memulakan pengajian dengan mengambil "course" bahasa Turki terlebih dahulu sebelum meneruskan "degre, master atau PHD" . Yuran pengajian bahasa turki selama satu mustawa (2 bulan) ialah sebanyak 850lr bersamaan RM630. Jika didarabkan untuk setahun, jumlah yuran pengajian bahasa turki ialah sebanyak RM2480.  Jika kalian memilih laluan ke 2 mahupun laluan ke 3 , kalian perlu tetap membayar yuran pengajian bahasa ini. Tetapi untuk laluan ke 2 harganya lebih murah berbanding laluan ke 3 yang perlu membayar penuh kos pengajian bahasa tersebut. Kelas bahasa turki juga disebut sebagai "TΓΌmer"

⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆

Jika diberi pilihan, pastinya laluan 1 yang menjadi pilihan semua orang akan tetapi pergerakkan kita akan lebih terbatas. Banyak prosuder yang perlu kita ikuti dan patuhi. Jika kalian tidak mempunyai masalah kewangan dan mahukan pengalaman yang lebih luas mungkin pilihan ke 2 dan ke 3 lebih baik. 
Dan, jika mahu dibandingkan antara laluan ke 2 dan ke 3 pastinya laluan ke 2 lebih baik kerana lebih jimat duit dan telah ada jaminan pengajian selepas itu. Walau bagaimanapun untuk setiap orang setelah dia berusaha dan Allah menetapkan dia dengan pilihan yang dia ada maka itu adalah pilihan yang terbaik untuk dia. Percayalah!

Saya akan menyenaraikan kos perbelanjaan untuk panduan pelajar yang akan melalui mana-mana laluan antara laluan ke 2 atau ke 3 di bawah ini nanti :


Laluan 2 dan 3 (yang di"bold"kan ialah tambahan belanjawan untuk laluan ke 3

1.Tiket Penerbangan ke Turki "one way" sekitar RM 1,500 - RM 2,500

2.Sim Kart 150 lr

3.Urusan permit tahunan di Turki : 

Bayaran Ikamet Laluan 2 : 364 lr / RM 265
Bayaran Ikamet laluan 3 : 819 lr / RM 597
- Sigorta (insuran kesihatan) 150lr
- Noter ( Cop Kontrak Rumah Sewa ) 125 lr
- Bayaran Ikamet 89lr
- Upah Buat Ikamet 70 lr ( untuk kes tertentu sahaja )
- Bayaran Tambahan Ikamet bukan Pelajar 455 lr

4. Pakaian Musim Sejuk
- Boot 35 lr / RM 25
- Sweater 140 lr / RM 101 

5. Instanbul Kart (anggaran  top up bulanan untuk ulang alik ke Universiti dan bersiar-siar )
Laluan 2 : 50 lr / RM 36
Laluan 3 : 100 lr / RM 73

Dengan perincian di atas, kalian boleh buat perbandingan kos antara laluan 2 dan 3. Akan berlaku banyak penjimatan apabila kalian mencuba dan memilih laluan ke 2. 

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat terutamnya buat kalian yang berhajat menyambung pengajian ke Turki.

MerhabaπŸ’¬ 



Saturday, October 5, 2019

Persamaan Turki & Sudan

2 entry dengan 11 point telah saya huraikan panjang lebar tentang perbezaan kedua-dua negara ini. Di entry kali ini suka saya menyenaraikan beberapa titik persamaan antara kedua-dua negara ini.

1. Plug Kepala 2
- Jika hajat melancong ke Turki atau pun Sudan ini benda wajib bawa atau boleh dapatkan apabila sampai ke negara tersebut. Tetapi bukan Sudan dan Turki sahaja yang menggunakan plug kepala dua ini, bahkan Thailand, Indonesia dan kebanyakkan negara juga menggunakan plug yang sama. Saya rasa minoriti sahaja yang menggunakan plug berkepala 3 seperti kita.


2. Anjing
-  Mereka juga adalah masyarakat yang mesra anjing. Kali pertama tiba di Sudan saya amat terkejut melihat anak-anak mereka membuli anjing-anjing di sana. Lama kelamaan telah menjadi kebiasaan. Dan, sekarang di Turki juga anjing merupakan salah satu dari senarai binatang peliharaan. Tetapi saya belum pernah melihat kanak-kanak di sini menyapu mesra anjing-anjing yang berkeliaran. Suasana ini sangat berbeza dengan pegangan dan kefahaman kita di Malaysia. Bersyukurnya kami kerana anjing-anjing ini tidaklah terlalu jinak untuk datang menggeserkan badan mereka.

Midye
(Kepah dan Nasi Goreng)

3. Ayam & Daging
- Orang melayu perutnya biasa dengan nasi. Jika ada nasi pasti bersamanya lauk. Lauk paling mudah dan paling murah untuk dimakan selain telur ialah ayam. Di Sudan boleh dikatakan setiap hari saya makan ayam. Di Turki tidaklah setiap hari kerana makanan Turki juga sangat enak dan sesuai dengan selera saya. Daging adalah "option" ke dua selepas ayam. Kena pandai berjimat cermatlah kalau nak merasa daging. Peluang terbaik adalah ketika musim raya korban. Bolehlah dapatkan stok lebih ketika itu. Mungkin ramai tertanya-tanya, "ikan dan makanan laut lain tak dak ke?" Ada tetapi sangat mahal dan tidak sama jenis ikannya dengan laut di Malaysia. Mungkin jika terlalu kempunan 6 bulan sekali nak merasa bolehlah kumpul duit. Bagaimanapun kalau awak berkemampuan boleh sahaja kalau mahu menjamah setiap hari. Namun di Istanbul mereka ada menu khas yang menggunakan balΔ±k(ikan) dan juga kepah. Kepah ini diolah dan dimasukkan nasi (seperti nasi goreng) ke dalamnya. Dijual dengan harga 1-2lr sebiji. Disediakan juga potongan lemon sebagai perahan. 


Haghia Sofia

4. Masjid
- Masjid tersangatlah banyak, tetapi masjid di Turki terlampau banyak dan ke semua masjid mereka akan melaksanakan solat jumaat, suasana masjid juga sangat menenangkan jiwa. Walau bagaimanapun masjid-masjid mereka kurang mesra jemaah wanita. Tetapi, alhamdulillah di Turki masih ada ruangan kecil untuk wanita melaksanakan solat. Tetapi ada juga sebilangan kecil masjid yang menyediakan ruang yang selesa untuk jemaah wanita menunaikan solat.

- Di Sudan saya pernah solat di sebuah masjid yang tiada langsung ruang solat wanita ketika itu kami dalam perjalanan ke Dindir yang terletak berdekatan dengan Kenya "Safari Park". Perjalanan ke sana memakan masa dua hari dari Khartoum. Tetapi, tidak semua masjid begitu ya. Cuma apa yang boleh saya katakan kita mesti ada satu kefahaman apabila singgah ke masjid berkemungkinan di masjid itu tidak disediakan ruang untuk wanita melaksanakan solat. 

5. Kati Penimbang 
- Realiti yang sama di kedua buah negara, kita akan menjumpai pak cik dan katinya di tepian jalan. Perniagaan mereka bermula apabila ada pelanggan yang berhenti dan menaiki kati mereka untuk mengukur berat badan mereka. Lalu si pemilik kati akan mengenakan bayaran kepada pelanggan tersebut. Sedikit aneh bila suasana itu ada di bandar metropolitan Istanbul. 😏. Tetapi selagi mereka mencari sumber yang halal tidak ada salahnya. 

6. Rokok
- Boleh saya katakan majoriti mereka ialah pengisap rokok tegar. Bezanya Turki dan Sudan ialah rokok juga sangat sinonim dikalangan kaum hawa. Biah wanita merokok adalah biasa di sini. Sedaya mungkin saya dan kawan-kawan cuba menghindari asap-asap rokok yang dilepaskan mereka. Saya juga tertanya-tanya tidak adakah peringatan-peringatan tentang bahyanya merokok? Akhirnya pertanya yang bermain selama 3 minggu itu terjawab. Rupa-rupanya selalu sahaja ada iklan dan peringatan di kaca tv tentang bahayanya rokok. Tetapi sebilangan besar tidak mengambil pengajaran. Realiti yang sama seperti di negara kita tetapi dikalangan kita akan memnadang rokok itu sebagai satu kesalahan besar kepada pelajar sekolah sahaja. Itu adalah persepsi salah yang perlu kita perbetulkan. Rokok itu mendatangkan mudarat kepada semua peringkat umur dan fatwa ulama telah menyatakan hukumnya haram. 

7. Mesra Pelajar & Keselamatan Wanita
- Akhir sekali saya tutup dengan mengangkat perkara yang baik. Sudan dan Turki berkongsi sifat yang sama dalam menyantuni pelajar. mereka sangat merai para pelajar. Jika di Turki kalian akan mendapatkan banyak keistimewaan apabila bergelar pelajar. Paling zahir ialah bayaran harga pengangkutan separuh harga dan masuk ke muzium dengan hanya membuat 1 kad muzium bernilai 40lr dan kalian bebas ke mana-mana muzium selama 1 tahun itu. Sangat "heaven"!
Bagi kaum hawa jika hajat menyambung pengajian di luar negara ini perkara penting yang kita perlu "spot check" sama ada negara itu selamat atau tidak untuk wanita keluar berseorangan. Ini penting kerana pasti jadual kelas dan urusan kita tidak sama dengan rakan-rakan serumah. Ada ketikanya kita terpaksa bergerak sendirian untuk menyelesaikan urusan kita. Alhamdulillah saya rasa selamat sepanjang berada di Sudan dan di sini saya riki-riki dari senior yang ada dan kesemuanya memberi respon yang positif. Walaubagaimanapun kita harus beringat yang orang jahat itu ada sahaj di mana-mana pun, jagalah diri dan keselamatan kita, perlu tahu pantang larangnya juga. Kunci paling utama berdoa sebelum melangkah keluar rumah dan bertawakallah kepada Allah sepanjang perjalanan kita. Insya Allah, Allah pasti menjaga kita.

23:33pm Turki
04:33am Malaysia


SUDAN VS TURKI 2

Bersambung dari entry sebelum ini...
otw ke Pesta Buku al-Arabiyah

9. Uslub Berjabat Tangan
- Turki dan Sudan akan bersalaman walaupun diantara lainan jantina hanya kelompok kecil sahaja yang menjaga batasan untuk bersalaman antara mereka. Tetapi kaedan mereka bersalaman ada sedikit perbezaan.
Jika di Sudan tangan Si A akan menyentuh bahu Si B terlebih dahulu kemudian baru mereka akan berpelukan kanan dan kiri tidak kira sesama lelaki atau sesama perempuan atau antara lelaki dan perempuan. Setiap kali jumpa juga akan bertanya awak apa khabar. Biarpun dalam sehari 4,5 kali bertembung.
- Di Turki saya sempat melihat lelaki antara lelaki berjabat tangan dengan melagakan antara kepala Si A dan Si B. Manakala yang wanita akan berpelukan kanan dan kiri. Situasi antara lelaki dan wanita ketika bersalaman hanya dengan berjabat tangan. Mungkin mereka juga seperti Sudan tetapi saya belum terjumpa kondisi seperti itu.

10. Dinding
Kenapa saya "highlight" dinding?
- Kedua-dua negeri ini ada kaitan. Di dinding-dinding apartment, kedai dan bangunan mereka dinding akan berbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Tetapi saya lebih sanggup menyedut busuknya bau dinding di Turki daripada di Sudan. Jangan cepat pregudis ya saya tidak bias antara keduanya kerana dua-dua saya sayang kerana kedua-duanya memberi impak besar dalam hidup saya. πŸ’˜πŸ’—
Di Turki dinding-dinding menjadi port anjing dan kucing bertenggek jadi haiwan ini sewenang-wenangnya akan meninggalkan najisnya sekitar kawasan dia melepak. Najis-najis itu kemudiannya mungkin akan dicuci oleh mak cik "cleaner" apartment atau oleh pekerja dari majlis perbandaran mereka atau orang-orang setempat yang perihatin.
Di Sudan berbeza. Orang-orang lelaki di sana bebas membuang air kecil di tepi-tepi dinding. Apabila berjalan kami jarang mendekati tepian dinding kerana risau akan terkena kesan najis mereka. Jika keadaan lebih terdesak mereka akan melepaskan sahaja "qada' hajat" mereka di kawasan tanah lapang. Ini satu budaya yang sangat tidak menyenangkan. Mungkin sekarang budaya tidak baik ini sudah pupus. πŸ˜‘

11. Kebersihan
Perbezaan yang sangat ketara antara 2 negara ini. Jika saya beri kalian pilihan untuk berteka teki saya yakin ramai akan memberi pilihan yang tepat.
Turki sangat bersih berbanding dengan Sudan. Jika kalian berjalan di pinggiran jalan sepanjang dari universiti ke kawasan penginapan, atau kalian menaiki kenderaan. Kalian akan melihat sampah melekat di tepian pagar sepanjang perjalanan anda. Terlalu banyak!.  Permandangan ini juga saya dapat lihat di Mesir ketika saya melacong ke sana pada awal 2012.
Turki terlalu bersih. Seawal pagi anggota dari majlis perbandaran telah kelihatan menyapu taman-taman mereka dan di tepian jalan raya. Jika mahu masuk ke dalam masjid, mereka meyediakan plastik untuk diletakkan kasut di dalamnya. kemudian kasut itu boleh di bawa masuk ke dalam atau diletakkan di rak-rak kasut yang disediakan di dalam masjid. Apabila kita telah selesai ibadah. Kita boleh letakkan plastik tadi di ruang yang telah disediakan. Saya juga menjumpai situasi lain ketika mahu berwuduk. Mereka akan sentiasa menyediakan tisu, menjual atau memang sentiasa ada bekalan tisu di dalam beg. Di sini kebanyakkan orang lelaki mahupun perempuan akan memakai kasut sukan untuk bergerak. Di "hamam" tidak disediakan selipar (Pelajar dan guru MASDAR boleh praktikkan budaya ini untuk tidak mencari sebarang alasan dalam peraturan yang ditetapkan)😍 jadi selesai berwuduk rata-rata kaum hawa ini akan mengeluarkan tisu dan mengelap tapak kaki mereka sebelum menyarungkan kembali stokin dan kasut. Saya sendiri sebenarnya telah menjadikan budaya baru ini sebagai habit. Mana yang baik kita tiru, yang buruk kita jadikan sempadan. tak begitu?! Di Turki juga disediakan tong sampah yang sangat banyak dan telah dikelaskan setiap satu. Jadi dari rumah kami akan asingkan botol-botol plastik dengan sampah sarap yang lain. Ini beberapa bukti yang boleh saya kongsikan untuk menunjukkan yang Turki sangat menitik beratkan kebersihan negara mereka.
Saya tidak cari lagi  keperluan "perlindungan biru " ini untuk apa.

Penulisan kali ini tidak panjang seperti biasa kerana selepas ini akan menyusul entry persamaan antara kedua negara ini pula. Jika ada yang tertanya-tanya kenapa tidak buat Turki vs Malaysia, atau Sudan Turki vs Malaysia. Jawapan saya  "daripada hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri". Bersyukurlah kita lahir dan menjadi anak Malaysia anak Nusantara kerana kita penuh dengan adab tatasusila, sopan santun, penyabar, saling menghormati tetapi kita perlu berhijrah untuk mengenal kepelbagaian negara untuk kita lebih mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga ke atas kita. Menyelami jati diri orang Eropah, Afrika bahkan negara-negara jiran kita untuk kita lebih ke depan "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan negara maju yang lain. Semoga dengan hijrah kita dapat menjulang tinggi agama dan budaya bangsa kita Malaysia. 

lebih kurang rapid bas. Ini kenderaan awam yang paling sinonim dengan kami.

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...