Saturday, October 5, 2019

Persamaan Turki & Sudan

2 entry dengan 11 point telah saya huraikan panjang lebar tentang perbezaan kedua-dua negara ini. Di entry kali ini suka saya menyenaraikan beberapa titik persamaan antara kedua-dua negara ini.

1. Plug Kepala 2
- Jika hajat melancong ke Turki atau pun Sudan ini benda wajib bawa atau boleh dapatkan apabila sampai ke negara tersebut. Tetapi bukan Sudan dan Turki sahaja yang menggunakan plug kepala dua ini, bahkan Thailand, Indonesia dan kebanyakkan negara juga menggunakan plug yang sama. Saya rasa minoriti sahaja yang menggunakan plug berkepala 3 seperti kita.


2. Anjing
-  Mereka juga adalah masyarakat yang mesra anjing. Kali pertama tiba di Sudan saya amat terkejut melihat anak-anak mereka membuli anjing-anjing di sana. Lama kelamaan telah menjadi kebiasaan. Dan, sekarang di Turki juga anjing merupakan salah satu dari senarai binatang peliharaan. Tetapi saya belum pernah melihat kanak-kanak di sini menyapu mesra anjing-anjing yang berkeliaran. Suasana ini sangat berbeza dengan pegangan dan kefahaman kita di Malaysia. Bersyukurnya kami kerana anjing-anjing ini tidaklah terlalu jinak untuk datang menggeserkan badan mereka.

Midye
(Kepah dan Nasi Goreng)

3. Ayam & Daging
- Orang melayu perutnya biasa dengan nasi. Jika ada nasi pasti bersamanya lauk. Lauk paling mudah dan paling murah untuk dimakan selain telur ialah ayam. Di Sudan boleh dikatakan setiap hari saya makan ayam. Di Turki tidaklah setiap hari kerana makanan Turki juga sangat enak dan sesuai dengan selera saya. Daging adalah "option" ke dua selepas ayam. Kena pandai berjimat cermatlah kalau nak merasa daging. Peluang terbaik adalah ketika musim raya korban. Bolehlah dapatkan stok lebih ketika itu. Mungkin ramai tertanya-tanya, "ikan dan makanan laut lain tak dak ke?" Ada tetapi sangat mahal dan tidak sama jenis ikannya dengan laut di Malaysia. Mungkin jika terlalu kempunan 6 bulan sekali nak merasa bolehlah kumpul duit. Bagaimanapun kalau awak berkemampuan boleh sahaja kalau mahu menjamah setiap hari. Namun di Istanbul mereka ada menu khas yang menggunakan balık(ikan) dan juga kepah. Kepah ini diolah dan dimasukkan nasi (seperti nasi goreng) ke dalamnya. Dijual dengan harga 1-2lr sebiji. Disediakan juga potongan lemon sebagai perahan. 


Haghia Sofia

4. Masjid
- Masjid tersangatlah banyak, tetapi masjid di Turki terlampau banyak dan ke semua masjid mereka akan melaksanakan solat jumaat, suasana masjid juga sangat menenangkan jiwa. Walau bagaimanapun masjid-masjid mereka kurang mesra jemaah wanita. Tetapi, alhamdulillah di Turki masih ada ruangan kecil untuk wanita melaksanakan solat. Tetapi ada juga sebilangan kecil masjid yang menyediakan ruang yang selesa untuk jemaah wanita menunaikan solat.

- Di Sudan saya pernah solat di sebuah masjid yang tiada langsung ruang solat wanita ketika itu kami dalam perjalanan ke Dindir yang terletak berdekatan dengan Kenya "Safari Park". Perjalanan ke sana memakan masa dua hari dari Khartoum. Tetapi, tidak semua masjid begitu ya. Cuma apa yang boleh saya katakan kita mesti ada satu kefahaman apabila singgah ke masjid berkemungkinan di masjid itu tidak disediakan ruang untuk wanita melaksanakan solat. 

5. Kati Penimbang 
- Realiti yang sama di kedua buah negara, kita akan menjumpai pak cik dan katinya di tepian jalan. Perniagaan mereka bermula apabila ada pelanggan yang berhenti dan menaiki kati mereka untuk mengukur berat badan mereka. Lalu si pemilik kati akan mengenakan bayaran kepada pelanggan tersebut. Sedikit aneh bila suasana itu ada di bandar metropolitan Istanbul. 😏. Tetapi selagi mereka mencari sumber yang halal tidak ada salahnya. 

6. Rokok
- Boleh saya katakan majoriti mereka ialah pengisap rokok tegar. Bezanya Turki dan Sudan ialah rokok juga sangat sinonim dikalangan kaum hawa. Biah wanita merokok adalah biasa di sini. Sedaya mungkin saya dan kawan-kawan cuba menghindari asap-asap rokok yang dilepaskan mereka. Saya juga tertanya-tanya tidak adakah peringatan-peringatan tentang bahyanya merokok? Akhirnya pertanya yang bermain selama 3 minggu itu terjawab. Rupa-rupanya selalu sahaja ada iklan dan peringatan di kaca tv tentang bahayanya rokok. Tetapi sebilangan besar tidak mengambil pengajaran. Realiti yang sama seperti di negara kita tetapi dikalangan kita akan memnadang rokok itu sebagai satu kesalahan besar kepada pelajar sekolah sahaja. Itu adalah persepsi salah yang perlu kita perbetulkan. Rokok itu mendatangkan mudarat kepada semua peringkat umur dan fatwa ulama telah menyatakan hukumnya haram. 

7. Mesra Pelajar & Keselamatan Wanita
- Akhir sekali saya tutup dengan mengangkat perkara yang baik. Sudan dan Turki berkongsi sifat yang sama dalam menyantuni pelajar. mereka sangat merai para pelajar. Jika di Turki kalian akan mendapatkan banyak keistimewaan apabila bergelar pelajar. Paling zahir ialah bayaran harga pengangkutan separuh harga dan masuk ke muzium dengan hanya membuat 1 kad muzium bernilai 40lr dan kalian bebas ke mana-mana muzium selama 1 tahun itu. Sangat "heaven"!
Bagi kaum hawa jika hajat menyambung pengajian di luar negara ini perkara penting yang kita perlu "spot check" sama ada negara itu selamat atau tidak untuk wanita keluar berseorangan. Ini penting kerana pasti jadual kelas dan urusan kita tidak sama dengan rakan-rakan serumah. Ada ketikanya kita terpaksa bergerak sendirian untuk menyelesaikan urusan kita. Alhamdulillah saya rasa selamat sepanjang berada di Sudan dan di sini saya riki-riki dari senior yang ada dan kesemuanya memberi respon yang positif. Walaubagaimanapun kita harus beringat yang orang jahat itu ada sahaj di mana-mana pun, jagalah diri dan keselamatan kita, perlu tahu pantang larangnya juga. Kunci paling utama berdoa sebelum melangkah keluar rumah dan bertawakallah kepada Allah sepanjang perjalanan kita. Insya Allah, Allah pasti menjaga kita.

23:33pm Turki
04:33am Malaysia


No comments:

Post a Comment

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...