Merujuk kepada laluan pengajian ke 2 dan ke 3 pada entry ke 7 saya sebelum ini, jika kalian berhajat menyambung pengajian ke Turki ada satu perkara penting yang perlu kalian pertimbangkan iaitu kos sara hidup.
Taman di kawasan perumahan saya
Kos sara hidup di Turki terutama di Istanbul agak tinggi berbanding dengan Mesir atau Indonesia dan Thailand pastinya. Saya tidak berani membuat perbandingan dengan negara-negara lain kerana kurang arif dengan keadaan di sana. Mungkin selepas saya perincikan secara halus tentang kos di Turki, kalian yang lebih berpengalaman boleh membuat perbandingan dengan sendirinya.
Pendapat peribadi saya, penginapan ialah item yang meningkatkan kos sara hidup di Turki ini menjadi mahal terutama di Istanbul bahagian Eropah. Harga rumah di sini sekitar RM 1000 - RM 2000 ringgit. Luar dari negeri Istanbul mungkin kalian boleh dapat harga jauh lebih murah. Punca sewa rumah ini menjadi lebih mahal juga kerana bilangan penyewa untuk sebuah rumah adalah terhad, kebiasaannya sekitar 4 hingga 5 orang sahaja.
Jika kalian berhajat untuk menyewa rumah atau istilah lain disebut "membuka rumah". Kalian perlu mencari "broker" atau boleh dapatkan terus rumah sewa dari tuan rumah. Tetapi peluang untuk mendapatkan rumah sewa terus dari tuan rumah agak sukar kerana kita bukan orang tempatan Turki. Untuk sebuah rumah sewa kita perlu ada perjanjian yang dipanggil "kontrak rumah". Kontrak itu akan bejalan selama 1 tahun. Kos awal untuk menyewa selalunya akan memakan duit yang banyak. Contoh kos untuk membuka sebuah rumah seperti di bawah :
- Sewa Bulanan RM 1300
- Deposit 1 bulan RM 1300
- Upah broker RM 1300
- Jumlah RM 3600
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tidak menyewa bilik atau asrama? Saya ada membuat semakan harga asrama dan saya dapati harganya lebih kurang harga rumah sewa sahaja dan hanya menyediakan sarapan, ada juga yang langsung tidak menyediakan makanan walaupun untuk sekali sehari. Jadi saya mengambil keputusan untuk menyewa bersama senior yang sedia ada di sini sahaja kerana pergerakkan lebih bebas bila berada di rumah sendiri.
Oleh itu, bila telah yakin memilih Turki sebagai tempat kalian menjadi pengembara ilmu maka kalian perlulah mencari tempat tinggal terlebih dahulu sebelum jasad kalian tiba ke sini. Penting juga mencari teman yang baik untuk dibuat "housemate" dan perlu cari serta menjadi yang setia paling kurang untuk tempoh masa 1 tahun. Jangan cepat sangat nak undur diri, kesian pasangan kalian nanti nak mencari pengganti yang baru.
Selain penginapan , saya rasa kos lain tidaklah terlalu mahal, lebih kurang Malaysia sahaja. Kos makan minum lebih murah dari kos saya ketika di Sudan dahulu kerana di Turki boleh dikatakan seperti syurga buah-buahan dan sayur-sayuran. Sangat "fresh" dan pelbagai. Waktu awal sampai di sini saya rasa bahagia kerana peluang untuk kurus itu tinggi sebab di sini perlu banyak berjalan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi selepas saya mengenali makanan dan mini market mereka menjadi satu kerisauan kerana makanan mereka sesuai sangat dengan tekak saya yang tidak tahan pedas ini. Terlalu banyak yang saya suka, aiskrim, kek, coklat, pizza, roti-roti, nasi ayam mereka dan banyak lagi la yang saya belum cuba sebenarnya. Yang pasti untuk penjimatan duit lebih baik masak dari makan di luar. Hehehe.
Sebelum terlupa , selain kos sewa rumah perlu ada kos pembayaran bil wifi, api, air dan juga gas. Nanti saya bagi perincian kos saya untuk jadi contoh dan sebagai bantuan untuk kalian buat anggaran belanjawan.😇
Kos - kos lain seperti pengangkutan, topup hp dan lain-lain tidaklah terlalu mahal. Jika pandai berbelanja maka kuranglah kos yang perlu dikeluarkan, jika berbelanja tanpa memikirkan hari esok mungkin akan mencecah ribuan ringgit untuk tempoh 1 bulan kalian di sini.
Ini anggaran kos perbelanjaan saya di sini. Saya menyewa sebuah rumah bersama 3 orang pelajar Malaysia yang lain. Harga sewa rumah kami sebanyak 2000 lr lebih kurang RM 1400.
Kos perbelanjaan saya sebulan :
Walaubagaimanapun satu pesan saya, jika hajat menyambung pengajian tidak kisah sama ada di Turki, Malaysia atau mana-mana negara lain jangan jadikan wang ringgit sebagai penghalang. Apabila kita pasang niat yang betul untuk mendalami ilmu Allah yang luas ini dan kita jelas matlamat kita maka mohonlah pada Allah. Rezeki setiap hamba itu telah tertulis dan Allah yang memegangnya, bukanlah duit mak ayah kita, atau duit tabungan kita yang menjadi jaminan rezeki kita tetapi Allah Ar- Razak yang memegang rezeki kita. Maka mohonlah rezeki dari Allah, mintalah petunjuk dan jalan dari Allah. Bergantung haraplah pada Allah. Allah dengan kuasanya mampu mengadakan sesuatu yang tiada dan mampu juga menarik nikmat dari sesuatu yang ada kepada tiada. Semoga Allah menjaga saya dan seluruh penuntut ilmu sepertimana yang disebut dalam hadith ke 36 dalam himpunan hadith 40 yang mafhumnya berbunyi : "siapa yang keluar dalam jalan menuntut ilmu , maka Allah akan mempermudahkan jalan baginya ke syurga". Allahuma amin.

- Sewa rumah 500 lr
- Bil elektrik, air, wifi & gas 150 lr
- Barang dapur 150 lr
- Pengangkutan 150 lr
- Topup 60 lr
- lain - lain 140 lr
- Jumlah : 1150 lr / RM 800
Walaubagaimanapun satu pesan saya, jika hajat menyambung pengajian tidak kisah sama ada di Turki, Malaysia atau mana-mana negara lain jangan jadikan wang ringgit sebagai penghalang. Apabila kita pasang niat yang betul untuk mendalami ilmu Allah yang luas ini dan kita jelas matlamat kita maka mohonlah pada Allah. Rezeki setiap hamba itu telah tertulis dan Allah yang memegangnya, bukanlah duit mak ayah kita, atau duit tabungan kita yang menjadi jaminan rezeki kita tetapi Allah Ar- Razak yang memegang rezeki kita. Maka mohonlah rezeki dari Allah, mintalah petunjuk dan jalan dari Allah. Bergantung haraplah pada Allah. Allah dengan kuasanya mampu mengadakan sesuatu yang tiada dan mampu juga menarik nikmat dari sesuatu yang ada kepada tiada. Semoga Allah menjaga saya dan seluruh penuntut ilmu sepertimana yang disebut dalam hadith ke 36 dalam himpunan hadith 40 yang mafhumnya berbunyi : "siapa yang keluar dalam jalan menuntut ilmu , maka Allah akan mempermudahkan jalan baginya ke syurga". Allahuma amin.
No comments:
Post a Comment