Fokus kepada ukhtie tudung bercorak dan anaknya
Pada entry yang lepas saya menceritakan beberapa laluan untuk menyambung pengajian jangka masa panjang di Turki. Kali ini saya akan beri sedikit gambaran peluang pengajian jangka masa pendek.
Antara sebab utama saya memilih Turki untuk menyambung pengajian ialah kerana pergolakkan yang berlaku di negara-negara Arab sekarang dan menyebabkan Turki membuka seluas-luasnya pintu perlindungan kepada masyarakat arab ke negara mereka. Semoga Allah merahmati Erdogan dan rakyatnya serta mengembalikan mereka kepada Islam yang syumul. Peluang ini juga ialah ruang yang baik untuk kita di Nusantara memanfaatkan para ulama yang ada di sini untuk masa depan akhirat kita.
Alhamdulillah, hampir 1 bulan saya di sini, Allah mendorongkan saya jalan untuk mencapai salah satu dari matlamat keberadaan saya di bumi Uthmaniyyah ini. Allah mempertemukan saya kembali dengan junior saya ketika berada di Sudan dahulu. Ketika di sana dia baru sekitar 14 tahun dan saya ketika itu berumur 24 tahun lebih kurang. Selepas 7 tahun berjumpa kembali dia dah macam bapa orang. Memang rezeki saya sejak sedekad dua ini bergaul dengan rakan-rakan yang muda bertahun-tahun dari saya. Datang bersama kumpulan anak murid dari Malaysia, bergaul dengan pelajar Malaysia yang belum mencecah angka 30 "series" pun. Sebenarnya kelebihan jugakan, kita pun jadi awet muda.😆 Melalut pula sembang topik usia ini. Hehe.
Melalui junior tadi juga saya mendapat maklumat tentang pesta buku yang menjual kitab-kitab arab. Suasana ini sangat dirindui. Walaupun pengunjungnya tidak semeriah Sudan dan Indonesia tetapi sedikit sebanyak telah merubat rindu saya. Di sana saya berjumpa dengan penjual kitab karangan Risalah Nur dan anak didiknya. Apabila menuntut di Turki tetapi tidak meneroka pengajian ini ia akan jadi satu kerugian yang besar. Jadi saya telah bertanyakan peluang untuk mengikuti pengajian Risalah Nur di dalam bahasa arab dan saya telah mendapatkan nombor untuk dihubungi. Tetapi sehingga sekarang belum berjawab. Insya Allah sedikit masa lagi mungkin mereka akan "reply" saya. Pesta buku itu juga mempertemukan saya dengan kenalan wanita dari Syria yang sedang menuntut di sini untuk kursus PHD nya. Alhamdulillah melalui dia saya sedang mencari ruang "talaqi Qur'an" dan "talaqi kitab" untuk perempuan.
Beberapa hari lepas juga saya terserempak dengan 1 keluarga dari Kelantan. Si suami baru selesai pengajian Master di Malaysia dan datang ke Istanbul selama 3 bulan bersama isteri dan anak seperti dalam gambar di atas untuk "talaqi qur'an dan kitab" . Jadi ini lebih meyakinkan saya yang peluang untuk mendekati Qur'an dan ulama di sini terbuka lebih luas.
Saya sekarang sedang bercita-cita untuk menyediakan peluang pengajian jangka masa pendek kepada masyarakat Malaysia. Mungkin dalam pakej itu boleh senaraikan beberapa item seperti di bawah atau ditambah lagi. Siapa tahukan jika program ini mendapat sambutan ramai.
- Kajian sejarah Turki Uthmaniyah
- Talaqi Qur'an
- Talaqi Kutub
- Melancong dan menerokai kawasan bersejarah di Istanbul
Oklah, setakat ini sahaja dulu info untuk kursus jangka masa pendek yang boleh saya kongsikan. Saya baru mendapat panggilan dari "darul wakaf Qur'an" berdekatan rumah saya sahaja untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengajian yang saya mohon dari pihak mereka. Jadi saya perlu bersiap ke sana sekarang, sehingga berjumpa lagi👋
No comments:
Post a Comment