Monday, October 7, 2019

Ingin Menyambung Pengajian Ke Turki?

Ada yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Turki? Entry kali ini saya akan perincikan cara-cara untuk "apply study" di Turki.

Banyak peluang menyambung pengajian ke Turki dengan biasiswa sama ada melalui biasiswa penuh yang dikeluarkan kerajaan Turki atau biasiswa dari "private university" yang menanggung kos pengajian sahaja.

Jika kalian berminat,  kalian perlu cuba memanfaatkan semua peluang dan ruang yang ada.


LALUAN 1

Pertama sekali memohon biasiswa yang dikeluarkan oleh kerajaan Turki iaitu "Buslari" untuk bidang akademik dan "Diyanet" untuk bidang diniyah. Sebelum itu suka saya ingatkan untuk menyambung pengajian ke Turki kalian perlu melalui 12 tahun pengajian di Malaysia. Ini bermakna selepas SPM kalian perlu mengambil asasi, matrik, STPM,STAM atau Diploma terlebih dahulu sebelum melayakkan kalian menyambung pengajian ke Turki. Ada juga situasi pelajar yang apply terus selepas SPM dan dia mendapat tawaran tersebut. Tetapi kemudian ada masalah dipertengah pengajian dia. Wallahualam, saya dengar dari mulut ke mulut sahaja. Tetapi prosuder ini baru digunakan sekitar 5,6 tahun kebelakangan ini. Untuk "apply Buslari" atau "Diyanet" juga kalian mestilah dari kelompok "fresh graduate". Maksudnya selepas selesai Asasi atau Diploma perlu terus memohon untuk "Degre", Atau selepas selesai "Degre" perlu mohon terus untuk "Master" begitulah seterusnya. Situasi seperti saya yang dah tamat "Degre" pada 2012 dan mahu sambung "Master" pada 2019 tidak layak lagi untuk memohon biasiswa ini. Permohonan untuk biasiswa ini akan dibuka pada Januari - Mac setiap tahun. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Kalian boleh memohon secara online dan kemudian pihak "Buslari / Diyanet" akan "reply" email kalian untuk panggilan "interview".


A. Sedikit tips untuk lulus "interview" ialah :

1. Mempelajari sedikit sebanyak bahasa Turki melalui mana-mana aplication di internet atau melalui google atau boleh menyertai "short course" secara berbayar di bawah seliaan "Yunus Emre" di Kuala Lumpur atau melalui Kolej Teknologi Darul Naim (KTD KL) cawangan Kuala Lumpur. Jika kita boleh keluarkan 5,6 ayat bahasa Turki mestilah akan terlihat kesungguhan kita untuk sambung belajar ke negara mereka kan!

2. Saya tidak apply ya, tetapi bercerita melalui pengalaman pelajar saya. Untuk lulus interview ini tidak terlalu terikat dengan keputusan peperiksaan kalian. Walaupun secara amnya mestilah berusaha semaksimumnya untuk mendapat keputusan yang baik diperingkat SPM atau selepas itu. Yang lebih utama, pihak "Buslari / Diyanet" hendak melihat sumbangan pemohon itu kepada masyarakat seperti mengadakan program berbentuk keilmuan , kem-kem dan lain-lain. Inilah bonus untuk pelajar-pelajar yang mengambil tingkatan 6 di Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) Beseri, Perlis. Di MATRI, sekolah menyediakan tingkatan 6 untuk sijil STAM selama 1 tahun setengah. Pelajar akan dibekalkan dengan silibus kepimpinan dan program-program yang mantap selain mempunyai guru-guru yang berkemahiran dan berpengalaman mengajar STAM. Saya sendiri daripada MATRI dan kemudiannya menyambung pengajian ke Sudan untuk "Degre" saya.

3. Kalian perlu "study" sedikit sebanyak tentang isu semasa. Antara soalannya :
- Apa pendapat kamu tetang Tun Dr. Mahathir?
- Apa pandangan kamu tentang ISIS ?
- Kenapa kamu memilih Turki sebagai destinasi menyambung pengajian?

Selepas selesai "interview", jika kalian diterima ataupun tidak pihak mereka akan menghubungi kalian melalui email.

B. Antara keperluan yang perlu disediakan untuk memohon melalui "Buslari/Diyanet"

1. Sijil-sijil yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris :
- Sijil SPM
- Sijil STAM/STPM / Asasi / Diploma atau seangkatannya
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil Lahir

2. Pasport

3. Gambar ukuran pasport

C. Kelebihan "Buslari/Diyanet"

1. Tiket percuma pergi balik setiap tahun di musim panas
2. Kos pengajian percuma
3. Penginapan / Asrama disediakan
4. Elaun bulanan

Sebelum terlupa, tiada kota yang dikenakan untuk setiap negara. Pihak "Buslari/Diyanet" akan bersidang setelah tamatnya sesi "interview" di semua negara, dan mereka akan memilih markah yang tertinggi antara semua pemohon. Bagi sesi 2019-2020 mereka telah menawarkan 70 orang pelajar dari 110 buah negara untuk "High School" sehingga "PHD"

Dalam masa kalian menanti jawapan dari "Buslari/Diyanet" , kalian juga boleh memohon di "private university" seperti "Fatih Sultan Mehmet" dan lain-lain lagi, tapi maaf saya belum dapat berkongsi di sini. Saya akan "study" sedikit tentang beberapa universiti selepas ini.

⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆



LALUAN  2

Sekarang saya nak bercerita pula tentang peluang kedua untuk menyambung pengajian ke Turki iaitu melalui permohonan online ke "private university". 

Saya dan group memohon pengajian ke Turki melalui "Universiti Fatih Sultan Mehmet " FSM. Permohonan online di buka pada 1 Mei sehingga 30 Julai. Bagi yang berhajat untuk memohon bagi  sesi 2020/2021 perlu sentiasa "alert" dan menyemak "website" mereka sekita april - mei dan terus mengisi permohonan apabila telah dibuka, jangan tunggu saat-saat akhir kerana permohonan ke Universiti ini teramatlah banyak terutama dari kalangan orang-orang arab. Apa istimewa FSM?.  FSM menyediakan biasiswa pengajian sebanyak 50%, atau 75% dan boleh menjangkau 100%. Tawaran 100% juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan hafazan al-quran 30 juzuk dan memohon jurusan diniyah. 
Walau bagaimanapun, kumpulan kami antara yang beruntung kerana dari 8 orang yang memohon, 5 orang diterima dengan 100% biasiswa bagi aliran diniyah, grafik, sejarah dan juga psikologi. manakala seorang lagi 75% biasiswa untuk aliran ekonomi dan seorang yang lain pula 50% biasiswa untuk aliran psikologi. Hanya seorang sahaja yang tidak ditawarkan tetapi masih berpeluang untuk menyambung pengajian ke Turki. Bagaimana caranya? Nanti akan saya ceritakan pada laluan ke 3.
Di FSM juga pengajian diniyah menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar. Bagi mereka yang ingin menuntut dalam bahasa arab bolehlah memohon ke FSM.

Antara keperluan yang perlu disediakan untuk memohon ke FSM :

1. Sijil-sijil yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris :
- Sijil SPM
- Sijil STAM/STPM / Asasi / Diploma atau seangkatannya
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil Lahir
- Sijil Hafazan ( Jika kalian bukan pelajar yang tamat 30 juzuk, boleh juga kepilkan sijil hafazan semasa yang ada sama ada selesai 5,15, atau 20 juzuk)

2. Pasport

3. Gambar Ukuran Pasport

Memohon dengan " private university" tidak memerlukan temuduga. Kalian hanya perlu memohon melalui online dan menunggu maklum  balas melalui email sahaja sama ada diterima ataupun tidak. 
Pengalaman kami memohon  pada bulan mei dan maklum balas dari FSM sekitar bulan  Julai hingga September. Selepas mendapat tawaran, kalian bolehlah membeli tiket untuk terbang ke Turki tanpa perlu mendapatkan visa dari kedutaan Turki terlebih dahulu. Banyak kelebihan penduduk Malaysia untuk melancong ke luar negara terutamanya dari segi visa. Kalau negara lain perlu tetapi kita tidak. Jika mahu melancong ke Turki bolehlah melancong sekitar 3 bulan lamanya tanpa memohon visa dari pihak kedutaan kerana mereka telah memberi visa 3 bulan secara automatik setibanya kita di Airport Turki. 


⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆

LALUAN 3

Jika kalian tidak mendapatkan tawaran pengajian ke Turki melalui 2 laluan di atas, tetapi kalian masih berhajat untuk menyambung pengajian ke Turki. Kalian bolehlah melalui laluan ke 3 ini. Sebenarnya laluan ketiga ini ialah laluan yang saya pilih. Saya membuat permohonan untuk mengikuti kursus bahasa Turki selama 1 tahun di FSM dan dalam tempoh ini saya akan membuat "survey" di beberapa buah universiti lain untuk menyambung pengajian saya diperingkat master. Insya Allah ada banyak pilihan universiti selain FSM di sini. Mohon doa semua agar urusan saya dipermudahkan.

Kebanyakkan universiti di Turki perlu memulakan pengajian dengan mengambil "course" bahasa Turki terlebih dahulu sebelum meneruskan "degre, master atau PHD" . Yuran pengajian bahasa turki selama satu mustawa (2 bulan) ialah sebanyak 850lr bersamaan RM630. Jika didarabkan untuk setahun, jumlah yuran pengajian bahasa turki ialah sebanyak RM2480.  Jika kalian memilih laluan ke 2 mahupun laluan ke 3 , kalian perlu tetap membayar yuran pengajian bahasa ini. Tetapi untuk laluan ke 2 harganya lebih murah berbanding laluan ke 3 yang perlu membayar penuh kos pengajian bahasa tersebut. Kelas bahasa turki juga disebut sebagai "Tümer"

⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆⇆

Jika diberi pilihan, pastinya laluan 1 yang menjadi pilihan semua orang akan tetapi pergerakkan kita akan lebih terbatas. Banyak prosuder yang perlu kita ikuti dan patuhi. Jika kalian tidak mempunyai masalah kewangan dan mahukan pengalaman yang lebih luas mungkin pilihan ke 2 dan ke 3 lebih baik. 
Dan, jika mahu dibandingkan antara laluan ke 2 dan ke 3 pastinya laluan ke 2 lebih baik kerana lebih jimat duit dan telah ada jaminan pengajian selepas itu. Walau bagaimanapun untuk setiap orang setelah dia berusaha dan Allah menetapkan dia dengan pilihan yang dia ada maka itu adalah pilihan yang terbaik untuk dia. Percayalah!

Saya akan menyenaraikan kos perbelanjaan untuk panduan pelajar yang akan melalui mana-mana laluan antara laluan ke 2 atau ke 3 di bawah ini nanti :


Laluan 2 dan 3 (yang di"bold"kan ialah tambahan belanjawan untuk laluan ke 3

1.Tiket Penerbangan ke Turki "one way" sekitar RM 1,500 - RM 2,500

2.Sim Kart 150 lr

3.Urusan permit tahunan di Turki : 

Bayaran Ikamet Laluan 2 : 364 lr / RM 265
Bayaran Ikamet laluan 3 : 819 lr / RM 597
- Sigorta (insuran kesihatan) 150lr
- Noter ( Cop Kontrak Rumah Sewa ) 125 lr
- Bayaran Ikamet 89lr
- Upah Buat Ikamet 70 lr ( untuk kes tertentu sahaja )
- Bayaran Tambahan Ikamet bukan Pelajar 455 lr

4. Pakaian Musim Sejuk
- Boot 35 lr / RM 25
- Sweater 140 lr / RM 101 

5. Instanbul Kart (anggaran  top up bulanan untuk ulang alik ke Universiti dan bersiar-siar )
Laluan 2 : 50 lr / RM 36
Laluan 3 : 100 lr / RM 73

Dengan perincian di atas, kalian boleh buat perbandingan kos antara laluan 2 dan 3. Akan berlaku banyak penjimatan apabila kalian mencuba dan memilih laluan ke 2. 

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat terutamnya buat kalian yang berhajat menyambung pengajian ke Turki.

Merhaba💬 



15 comments:

  1. Padu baq angg.... Nanti tulis banyak2 lagi 😁😁

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, akak boleh kah akak bantu saya untuk isi biasiswa burslari yang sekarang sedang buka??

    ReplyDelete
  3. assalamualiku, saya student lepasam deploma dlm bidang art and desing (fine metal) boleh kah saya apply untuk sambung belajar di turkish ?

    ReplyDelete
  4. Salam puan. Macamana yer saya nak apply belajar bahasa turki kat FSM Tumer tu? Dh masuk website fsm tumer tp masih tak faham. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak, nak tanya banyak lagi boleh ?

    ReplyDelete
  6. boleh direct ke whatapp saya 01157857854

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  8. Salam kak saya lepasan SPM 2020, boleh tolong saya tak untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Turki sebab memang minat saya dari kecil bahasa Turkey ni, lütfen bana yardım et

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu sambung diploma/ asasi/ f6 dan yg setara dengannya sebelum sambung ke turki

      Delete
  9. Assalamualaikum sis saya nak tanya tentang University boleh?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum maaf ganggu. Saya nak tanya macam mana nak mohon Universiti di Turki untuk lepasan stam 2020 Saya kurang faham.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,macam mana kalau nak ikut laluan ke 2,tapi tak menghafal al quran?? Itu syarat wajib ke??

    ReplyDelete
  12. bukan syarat wajib. boleh apply insya Allah

    ReplyDelete

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...