"Nervous". Satu perkataan yang menggambarkan perasaan saya pada minggu ke 4 saya di sini. Perasaan itu bercampur baur kerana bahasa Turki bukan bahasa arab yang saya minat dan saya belajar sejak tadika dulu kala. Walaupun bahasa Turki bukalah sesuatu yang terlalu baru untuk saya kerana saya pernah belajar pada penghujung 2017 secara intensif selama sebulan di KTD KL, tetapi waktu ini saya tidak terlalu fokus kerana masih menjadikan kerja sebagai fokus utama. Tetapi di sini "nervous" dia lain macam, mulalah fikir seorang diri nak mengadap rakan-rakan dari pelbagai negara, nak belajar balik macam budak-budak sekolah rendah. Cepat ke nak faham? Boleh ke nak fasih bercakap macam Amirul Hafiz atau sini lebih glamour dengan panggilan "Char". Biasalah kan orang perempuan suka fikir banyak.👩
Fikir punya fikir, waktu saya menulis ini nak masuk hari ke 4 sudah saya ulang alik ke kelas. Jadi saya nak ceritalah bagaimana saya membiasakan rutin sebagai pelajar semula.👶
Kelas saya 5 hari seminggu isnin hingga jumaat, tetapi untuk minggu 1 dan ke 2 sehingga khamis sahaja. Setiap satu "mustawa" atau tahap ada 7 minggu waktu pengajian dengan yuran sebanyak RM 630. Mahal jugalah sebenarnya. huhu
Sekarang setiap pagi bangun bawa bekal, almaklumlah perut saya cepat sangat berangin jadi kena jagalah kesihatan diri sendiri kan! Saya akan keluar rumah paling lewat 8.15am waktu Turki untuk sampai ke kelas sebelum jam 9am. Tetapi saya lebih suka dan akan berusaha untuk keluar paling lambat jam 8am suapaya saya tidak perlu tergesa-gesa. Jadi minggu pertama ini minggu untuk saya buat eksperimen untuk tetapkan jadual harian saya pada minggu berikutnya.
Hari 1 di kelas alhamdulillah semua "nervous" saya terbang menghilang yang tinggal pada saya keyakinan diri. hehe. Rakan sekelas saya seramai 23 orang yang dimonopoli oleh kaum adam dan kami geng hawa hanya seramai 8 orang sahaja. Itupun masih ada beberapa orang yang mendaftarkan nama tetapi belum terlihat kelibat mereka. Dengan kehadiran seramai 20 orang lebih kurang ini hanya saya seorang dari nusantara dan yang lain dari 12 negara lain yang berbeza. Tunisia, Cina, Albania, Moroko, Tajikistan, Jibuti, Libya, Kazikistan, Uzbakistan, Syria, Palestin dan Hoca saya dari Turki semestinya. Dalam ramai-ramai ini majoritinya berbahasa arab. Guru yang mengajar ada dua orang, Hoca Harun dan Hoca Kubra.
Walaupun bahasa inggeris saya "broken" tetapi berada di kalangan mereka membuatkan saya terasa sedikit bijak kerana boleh memahami bahasa arab, bahasa inggeris dan cepat boleh kaitkan bahasa turki dengan bahasa arab. hihi .... Rasa bertuah sebenarnya menjadi rakyat Malaysia kerana lidah kita mudah untuk menerima banyak bahasa dek kerana kita telah terdedah dengan kepelbagaian bahasa sejak sekian lamanya. Alhamdulillah
Satu kelebihan sebenarnya bila kita seorang sahaja dari negara kita dan perlu bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai negara dan pelbagai peringkat umur. Dalam umur 32 tahun ini saya perlu kembali ke usia remaja saya belajar seperti di zaman persekolahan, mengenali huruf dan belajar menyebut perkataan, membina ayat dan berdialog serta belajar memahami tatabahasa orang lain pula. Alhamdulillah saya enjoy dengan ilmu baru ini, terasa rindu dengan dunia saya sebagai seorang guru ketika kita sehabis mungkin cuba memberi kaedah yang termudah untuk memudahkan pelajar kita memahami apa yang kita sampaikan. Bila Hoca (guru) saya menulis dan memberi penerangan di hadapan, saya terfikir inilah saya saat saya mengajar di MASDAR dulu dan begini rupanya rasa pelajar saya ketika mereka bertanyakan tentang nahu dan sorf di dalam kelas. Perasaan bergelora ingin tahu dan ingin lebih cepat mahir serta bertutur dalam bahasa turki membuatkan saya bersemangat untuk setiap hari ke kelas. Saya berdoa agar perasaan ini hadir selalu dan saya terhindar dari merasa bahagia apabila kelas dibatalkan. huhu.
Saya berharap agar sampai ke akhir hayat saya , saya masih boleh dan akan bergelar pelajar walaupun umur saya telah mencecah umur sabsidi suatu ketika nanti. Moga Allah beri nikmat sihat dan nikmat menuntut ilmu ini sehingga Allah ambil nyawa saya.
Saya kongsikan sedikit video sedutan dari defter saya untuk 3 hari persekolahan ini. Semoga penulisan kali ini menyuntik semangat menuntut ilmu di kalangan adik-adik saya, anak-anak murid saya dan juga semua yang singgah membaca entry kali ini.
Doakan saya thabat sehingga saya menggenggam paling kurang ilmu-ilmu PHD sebelum saya mencecah 40 tahun. Semoga saya juga dapat secara praktikalnya mempelajari ilmu sains rumah tangga dalam beberapa tahun ini. Jarang saya nak sentuh bab ini tetapi kerana terlalu ramai yang mendoakan, maka doakanlah yang terbaik yang hadir melengkapkan insan serba kekurangan ini.💙
Next, nak saya share apa pulak? Dalam kepala ini ada beberapa idea tetapi tidak pasti yang mana dahulu dan bila pula mood menulis ini akan hadir lagi.... jumpa lagi 👋
No comments:
Post a Comment