Saturday, October 5, 2019

SUDAN VS TURKI 2

Bersambung dari entry sebelum ini...
otw ke Pesta Buku al-Arabiyah

9. Uslub Berjabat Tangan
- Turki dan Sudan akan bersalaman walaupun diantara lainan jantina hanya kelompok kecil sahaja yang menjaga batasan untuk bersalaman antara mereka. Tetapi kaedan mereka bersalaman ada sedikit perbezaan.
Jika di Sudan tangan Si A akan menyentuh bahu Si B terlebih dahulu kemudian baru mereka akan berpelukan kanan dan kiri tidak kira sesama lelaki atau sesama perempuan atau antara lelaki dan perempuan. Setiap kali jumpa juga akan bertanya awak apa khabar. Biarpun dalam sehari 4,5 kali bertembung.
- Di Turki saya sempat melihat lelaki antara lelaki berjabat tangan dengan melagakan antara kepala Si A dan Si B. Manakala yang wanita akan berpelukan kanan dan kiri. Situasi antara lelaki dan wanita ketika bersalaman hanya dengan berjabat tangan. Mungkin mereka juga seperti Sudan tetapi saya belum terjumpa kondisi seperti itu.

10. Dinding
Kenapa saya "highlight" dinding?
- Kedua-dua negeri ini ada kaitan. Di dinding-dinding apartment, kedai dan bangunan mereka dinding akan berbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Tetapi saya lebih sanggup menyedut busuknya bau dinding di Turki daripada di Sudan. Jangan cepat pregudis ya saya tidak bias antara keduanya kerana dua-dua saya sayang kerana kedua-duanya memberi impak besar dalam hidup saya. 💘💗
Di Turki dinding-dinding menjadi port anjing dan kucing bertenggek jadi haiwan ini sewenang-wenangnya akan meninggalkan najisnya sekitar kawasan dia melepak. Najis-najis itu kemudiannya mungkin akan dicuci oleh mak cik "cleaner" apartment atau oleh pekerja dari majlis perbandaran mereka atau orang-orang setempat yang perihatin.
Di Sudan berbeza. Orang-orang lelaki di sana bebas membuang air kecil di tepi-tepi dinding. Apabila berjalan kami jarang mendekati tepian dinding kerana risau akan terkena kesan najis mereka. Jika keadaan lebih terdesak mereka akan melepaskan sahaja "qada' hajat" mereka di kawasan tanah lapang. Ini satu budaya yang sangat tidak menyenangkan. Mungkin sekarang budaya tidak baik ini sudah pupus. 😑

11. Kebersihan
Perbezaan yang sangat ketara antara 2 negara ini. Jika saya beri kalian pilihan untuk berteka teki saya yakin ramai akan memberi pilihan yang tepat.
Turki sangat bersih berbanding dengan Sudan. Jika kalian berjalan di pinggiran jalan sepanjang dari universiti ke kawasan penginapan, atau kalian menaiki kenderaan. Kalian akan melihat sampah melekat di tepian pagar sepanjang perjalanan anda. Terlalu banyak!.  Permandangan ini juga saya dapat lihat di Mesir ketika saya melacong ke sana pada awal 2012.
Turki terlalu bersih. Seawal pagi anggota dari majlis perbandaran telah kelihatan menyapu taman-taman mereka dan di tepian jalan raya. Jika mahu masuk ke dalam masjid, mereka meyediakan plastik untuk diletakkan kasut di dalamnya. kemudian kasut itu boleh di bawa masuk ke dalam atau diletakkan di rak-rak kasut yang disediakan di dalam masjid. Apabila kita telah selesai ibadah. Kita boleh letakkan plastik tadi di ruang yang telah disediakan. Saya juga menjumpai situasi lain ketika mahu berwuduk. Mereka akan sentiasa menyediakan tisu, menjual atau memang sentiasa ada bekalan tisu di dalam beg. Di sini kebanyakkan orang lelaki mahupun perempuan akan memakai kasut sukan untuk bergerak. Di "hamam" tidak disediakan selipar (Pelajar dan guru MASDAR boleh praktikkan budaya ini untuk tidak mencari sebarang alasan dalam peraturan yang ditetapkan)😍 jadi selesai berwuduk rata-rata kaum hawa ini akan mengeluarkan tisu dan mengelap tapak kaki mereka sebelum menyarungkan kembali stokin dan kasut. Saya sendiri sebenarnya telah menjadikan budaya baru ini sebagai habit. Mana yang baik kita tiru, yang buruk kita jadikan sempadan. tak begitu?! Di Turki juga disediakan tong sampah yang sangat banyak dan telah dikelaskan setiap satu. Jadi dari rumah kami akan asingkan botol-botol plastik dengan sampah sarap yang lain. Ini beberapa bukti yang boleh saya kongsikan untuk menunjukkan yang Turki sangat menitik beratkan kebersihan negara mereka.
Saya tidak cari lagi  keperluan "perlindungan biru " ini untuk apa.

Penulisan kali ini tidak panjang seperti biasa kerana selepas ini akan menyusul entry persamaan antara kedua negara ini pula. Jika ada yang tertanya-tanya kenapa tidak buat Turki vs Malaysia, atau Sudan Turki vs Malaysia. Jawapan saya  "daripada hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri". Bersyukurlah kita lahir dan menjadi anak Malaysia anak Nusantara kerana kita penuh dengan adab tatasusila, sopan santun, penyabar, saling menghormati tetapi kita perlu berhijrah untuk mengenal kepelbagaian negara untuk kita lebih mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga ke atas kita. Menyelami jati diri orang Eropah, Afrika bahkan negara-negara jiran kita untuk kita lebih ke depan "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan negara maju yang lain. Semoga dengan hijrah kita dapat menjulang tinggi agama dan budaya bangsa kita Malaysia. 

lebih kurang rapid bas. Ini kenderaan awam yang paling sinonim dengan kami.

No comments:

Post a Comment

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...