Mula korang baca entry kali ini korang kena bayangkan Sudan pada 2007 -2012 dan Turki untuk pendatang baru yang berusia 2 minggu ya. Mungkin tidak banyak sedikit akan tampak bezanya di Sudan sekarang. Gambaran awal ini hanya mahu kita semua menjadi adil dalam menilai.👶
Selama 5 tahun 5 bulan di Sudan terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi bergaul dengan komuniti besar dari Afrika, dan kumuniti kecil dari Arab, Turki dan juga Cina. Tempoh itu adalah tempoh membina keremajan diri. Susah payah yang dilalui, cuaca panas yang menggila, dan tumpuan utama untuk pelajar hanyalah untuk belajar kerana Sudan bukanlah pusat pelancongan. Sehingga kami menggelar bumi Sudan ini sebagai bumi tarbiyah, bumi didikan roh, akal dan mental. Jika mahu menyambung pengajian ke Sudan hanya ada 2 tips utama sabar dan terus bersabar. Jika kalian mampu bertahan dengan cuaca panas sepanjang tahun yang suhu biasa-biasanya ialah 40-46c insya Allah kalian akan mampu bertahan lama di sana.
Baru 2 minggu saya di Turki mungkin tempoh ini terlalu awal untuk saya buat perbandingan. Namun telah banyak yang saya rasakan kelainannya. Andai suatu ketika nanti saya merasakan telahan pertama saya salah akan saya karang entry baru yang menyangkal telahan pertama ini.😍
1. Cuaca
- Terlalu ketara perbezaan cuaca antara Turki dan Sudan. Turki negara 4 musim yang boleh dikatakan sejuk sepanjang tahun, kipas atau aircond diperlukan ketika musim panas sahaja. Sudan negara yang terlalu panas. Sepanjang tahun jugalah kepanasan itu akan dirasai. Panas yang melampau itu membuatkan budaya rakyatnya tidur di luar rumah beratapkan langit sebagai bumbung. Hatta kami pelajar perempuan juga pernah mempunyai pengalaman yang sama. Itupun kerana jiran sebelah rumah meyakinkan yang kawasan itu selamat andai ada apa-apa yang mengancam jerit dan dia ada pistol untuk menembak😖. Panas Sudan ini sehingga pada bulan puasa kami akan mengadap peti sejuk buka tutup buka tutup untuk berkongsi kesejukkan kuasa peti itu. Ada juga yang tidak tahan sehingga membasahkan tilam untuk tidur. Alhamdulillah saya bertahan untuk 5 tahun setangah, abang saya paling lama antara kami lima beradik. Dia betah bertahan selama 8 tahun di sana. Tapi, Sudan juga ada musim sejuknya sekitar Disember hingga Februari. Saya bagaimanapun lebih selesa di musim panas berbanding musim sejuk Sudan kerana musim sejuk lebih kering dan kulit akan cepat ada garisan luka. Turki sekarang bermusim luruh, sehari 2 pernah terasa nikmatnya hujan saat Malaysia dan Indonesia dilimpahi jerebu. Tetapi belum kelihatan jelas guguran bunga dan dedaunan itu. Apa yang terasa ialah angin dingin yang menyapa kulit Malaysia kami. Musim sejuk akan tiba sekitar november sehingga februari. Saya harap kulit saya cepat sesuai dengan iklim di sini.
2. Komuniti Manusia
- Di Sudan komuniti besarnya ialah Afrika. Mereka berkulit gelap. Sudan Utara yang majoritinya muslim juga jelas berbeza dengan Sudan Selatan yang majoritinya kristian. Orang Selatan lebih tinggi dan kurang rambutnya. Komuniti lain seperti Madagascar, Somalia, Kenya, Chad, dan lain-lain juga boleh saya buat perbandingan dari bentuk muka mereka. Cara dandanan rambut mereka dan pakaian mereka. Pendatang asing dari Turki dan Cina juga sangat ramai. Mereka ke sana untuk belajar bahasa arab dan juga merebut peluang perniagaan. Tapi saat dan ketika itu saya tidak pernah ada hati dan tidak terdetik pun untuk mencintai bumi Turki walau rakan sekelas saya majoritinya dari Turki ketika tahun pertama saya belajar bahasa arab. Kini di Turki masyarakatnya berkulit putih, hidungnya mancung-mancung sekali. Setiap hari melihat permandangan indah ditambah pula dengan kecantikkan dan kehenseman prianya.💓 Komuniti luar seperti Uighur , Syria , Mesir, Jordan, Yaman juga ramai di sini.Untuk jangka masa sekarang hsaya hanya mampu membezakan Uighur sahaja daripada kelompok kulit putih yang ramai itu. Jika di Sudan saya pernah ditelah mereka sebagai orang cina, indonesia, Thailand atau Malaysia sendiri. Tetapi di sini telahan pertama mereka ialah Pakistan. Tanya seorang abla di dalam bas "pakistan?". Senyum saya sambil membalas saya Malaysia. Dalam hati saya memang ada darah bangladesh pun. Dari segi kulit Sudan dan Turki sangat berbeza boleh dikiaskan dengan warna yang ada pada taik cicak tetapi dari segi keramahan dan kebaikkan bangsa keduanya sangat baik dan mesra dengan cara mereka tersendiri. Tetapi yang lembut itu boleh beri anugerah kepada orang Syria la. Macam manapun masih ada tapi, Sopan santun orang Malaysia lebih"win" la.
3. Perumahan.
- Tidak banyak yang boleh diceritakan. Rumah di Istanbul lebih kurang dengan Khartoum. Rata-rata rumah mereka berbentuk apartment tetapi pastinya "design"dalamnya berbeza. Jika rumah sewa terakhir saya di Sudan di tingkat 2, rumah pertama saya di Turki di tingkat 5. Di Khartoum masih kelihatan banyak rumah setingkat tetapi tidak di Istanbul. Di Turki apartmentnya lebih tinggi berbanding di Istanbul.
4. Sistem dan Pengurusan.
- Turki lebih moden daripada Sudan. Sudan menggunakan kertas sebagai sistem perekodan maklumat dan pengurusannya tetapi Turki lebih banyak menggunakan internet untuk semua urusan sehingga ke permit pelajar. Walaupun hampir 2 minggu urusan permohonan permit / visa pelajar (kursus jangka masa pendek) saya belum selesai kerana tidak pasti punca masalahnya di mana sehingga saat ini tetapi mereka tetap berusaha untuk memanfaatkan kemajuan tekonologi yang ada.😐. Turki dan Sudan ada persamaan dari segi sistem penyampaian maklumat. Jika kita berjumpa dengan si A dan dia memberi arahan begini, kemudian awak berjumpa dengan si B pula dan arahannya berubah 100% itu perkara biasa. Jadi mahu atau tidak kita hendaklah ulang alik ke sana ke sini untuk menyelesaiakan urusan kita dengan jayanya. Dari segi disiplin bekerja orang Turki lebih berdisiplin dari orang Sudan. Orang Sudan akan selalu memanjangkan masa rehatnya dengan bersenang lenang dengan "syai cangkungnya". Tetapi Sudan tetap sesuatu di hati saya. Negara itu antara penyumbang besar kepada kemenjadian saya saat ini. Di sana saya belajar erti tawakal yang tinggi kepada Sang Pencipta langit dan bumi serta seisinya.
5. Pengangkutan.
- Turki terlalu maju ke hadapan. Jika dibandingkan dengan Malaysia juga terlalu jauh. Inikan pula Sudan. Pengangkutan awam di Turki terlalu banyak sama ada di darat mahupun di lautan. Harganya juga harga mampu naik terutama untuk kami yang bergelar pelajar di sini. Tetapi, dek kerana Istanbul ini adalah kawasan perlancongan dan peninggalan sejarah penting umat islam maka fikir-fikirkanlah sendiri memilih terperuk di rumah atau meneroka ke pelosok negerinya. Jika kalian memilih untuk meneroka maka 2.6lira x 360 hari minimum perjalanan pastinya jumlah itu akan meningkat tinggi. Nilai ilmu yang akan diperolehi tidak akan mampu dibandingkan harganya dengan nilai "para" (wang) yang dikeluarkan. Setuju?. Jika merujuk gambar di bawah ini ada lebih dari 6 jenis pengangkutan awak yang disediakan sehingga Marmaray yang stesennya berada di bawah laut juga akan mengalami kesesakkan lautan manusia. Jika tidak silap saya penduduk Istanbul sahaja jumlahnya menyamai separuh penduduk Malaysia. Ramaikan! Ditambah pula dengan penduduk luar yang menumpang teduh di bawah langit yang sama ini.
6. Rumput
- Turki dan Sudan berkongsi tabiat yang sama. Mereka sangat sukakan rumput. Pagi, petang siang malam mereka akan bertenggek melepak dan berkelah di ruangan yang dihiasi dengan rumput. Jika di Sudan berbaring di atas rumput tanpa lapik itu adalah perkara biasa tetapi rumput-rumput di Turki disediakan di atasnya kerusi-kerusi panjang. Jika ada yang mahu berkelah mereka akan bawa tikar bersama. Tabiat mengunyah kuaci di laman itu adalah kegemaran mereka mungkin Turki lebih ketara kerana kuacinya terlalu banyak dan bersepah dipasaran semasa.
7. Pilihan Menjadi Kurus / Gemuk ?
- Pilihan ditangan kalian😉
Di Turki kalian berpeluang untuk kurus kerana apabila kalian menapak keluar dari rumah kalian pasti akan mengatur tapak sekurang-kurang 5000 tapak. Setakat hari ini apabila saya memilih untuk menghirup udara luar saya kan pulang dengan penuh kepuasan kerana jam saya merekodkan yang saya telah melangkah sebanyak 11000 langkah paling sedikit. Terima kasih tuan yang menghadiahkan saya "mi band" ini. Sangat bermanfaat. Masalah yang perlu dipertimbangkan juga di Turki ialah terlalu banyak makanan yang menyelerakan dan sesuai dengan tekak saya. Aiskrim, Pasta (kek), Ekmek (roti) yang pelbagai jenis dan menyelerakan, "dessert" yang mengiurkan, buah-buahan segar bugar, coklat dan kepelbagaian menunya amat membimbangkan. Huhu moga saya bisa mengawal nafsu makan saya dan kekal bertahan.
Peluang untuk mengekalkan berat badan yang ideal juga sangat tinggi kerana kalian akan berjalan banyak juga tetapi di sana ada "rieksha" (kereta tiga roda seperti di Indonesia dan Thailand) yang akan memasuki lorong-lorong kecil di kawasan perumahan. Jadi kami lebih memilih untuk menaiki rikesha sehingga ke pintu rumah. Turki tiada kenderaan sebegitu jadi tiada pilihan untuk kami melainkan perlu berjalan berkilometer jauhnya. Sudan jenuh dengan "kharuf"(kambing biri-biri)yang dipanggang di tepi-tepi jalan dan paling masyhur di "Kandahar" rasanya sangat enak sekali. Kharuf ini menjadi asbab kepada penambahan berat badan rata-rata orang melayu yang menetap di sana.
8. Tragedi
-3 bulan pertama di Sudan saya dan teman dikejutkan dengan letupan bom di kawasan penyimpanan senjata akibat kepanasan yang melampau. Saat itu kami berada di asrama yang menempatkan ribuan pelajar perempuan dan kami bertiga sahaja dari benua asia. Cepat saya capai hp dan dail nombor abang.Abang memberi arahan untuk ke mana dan apa yang perlu dilakukan. Dalam minda berfikir adakah ajal akan terhenti di sini?! Namun ternyata Allah masih memanjangkan umur saya
tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dari kawasan kami.
- dan kini setelah 10 hari saya di Turki kami digemparkan dengan gempa bumi. Saya merasai gegaran saat menyiapkan entry kedua saya. itu gegaran paling lama dirasai. Kemudian gegaran kedua menyusul selepas setengah jam selama 2 saat. Saya dan Sarah mengambil keputusan untuk keluar dari bangunan rumah kami dan berkumpul ke kawasan lapang bersama jiran tetangga. 2 jam kami bersembang dan curhat di taman setelah dirasakan selamat kami pulang semula ke rumah. Pada sebelah malam kami mendapat amanat dari MASAT melalui pesanan IG dan Whatapp. Pasport dan keperluan penting kami letak di tepi bantal risau jika gempa berlaku lagi. jam 11.20pm hari yang sama sekali lagi gegaran kecil berlaku. Alhamdulillah kami semua selamat tanpa sebarang kecederaan. Andai jasad ini mampu memberi saham besar untuk masa depan islam panjangkanlah umurnya Ya Allah. Kuatkanlah dia dan jadikanlah dia orang yang serius dalam gerak kerjanya dan ganjarkanlah dia dan keluarga besarnya dengan syurga firdaus. Amin😢
Cukuplah 8 dahulu. saya dan "team" akan ke Bahçelievler dan Avcilar hari ini untuk "shoting video" kedua kami. Doakan urusan kami dpermudahkan dan dapat berkongsi seberapa mampu kami bersama kalian walau di manapun kalian berada.
Lots of luv,
nurzah
No comments:
Post a Comment