'Subhanallah" indah rupa dari khabar yang menyapa pendengaran saya. Hadir ke Turki ini dengan keterujaan yang berganda. Setiap saat bermunajat pada Allah agar rasa teruja itu tidak hilang dari jiwa, agar rasa itu kekal sehingga selesai "masuliyah" saya di sini. (kredit juga kepada Izzah Asri ;😉kerana turut berkongsi rasa yang sama dengan saya ).
Untuk entri kali ini lebih suka saya untuk "highlight" kan "first impression" saya dalam bentuk "point" sahaja agar mudah dicerna penyampaian saya.
1. Permandangan harian saya yang cukup indah. Setiap pagi bila turun dari rumah persekitaran saya sangat mengasyikkan. Di pekarangan rumah saya sahaja terdapat 4 buah taman yang dihiasi dengan air pancut, kerusi-kerusi panjang dan ruang lepak yang dipenuhi oleh abla (mak cik-mak cik) dan aÄŸabey (pak cik-pak cik) setiap pagi dan petang. Bahkan house mate saya cerita : pernah sekali jam 12 malam masih ketuk pintu rumah dan abla yang juga jiran sebelah rumah itu ajak ke taman untuk sembang-sembang sambil makan kuaci.
2. Saya bersyukur sangat kerana saya tinggal di kawasan "old town" yang merupakan kawasan peninggalan sejarah islam suatu ketika dahulu. Di belakang blok saya sahaja sudah kelihatan "tembok konstantinopel" yang panjangnya memagari kawasan Fatih di Istanbul.
3. Muzium-muzium bersejarah juga terletak berdekatan sahaja dengan tempat saya. Tetapi saya tidak terburu-buru untuk ke sana kerana bayaran masuk juga agak tinggi dan saya sendiri belum mula menelaah sejarah kegemilangan Turki satu per satu.
4. Kebajikan Kerajaan dan rakyat Turki kepada haiwan terutamanya kucing dan anjing juga amat mengujakan. Terlalu banyak kucing yang berkeliaran di bawah kawasan-kawasan perumahan tetapi kucing-kucing ini tidak akan kurus dek kerana lapar kerana terlalu banyak makanan haiwan yang disediakan di dinding-dinding apartment di sini. https://www.youtube.com/watch?v=x-h0wWay-Wg .
Saya tidak ingin bercerita panjang, untuk peminat "pet" boleh nantikan video kedua kami yang akan menceritakan lebih terperinci tentang kucing atau dalam bahasa turkinya di panggil "Kedi".
5. Hajat pertama saya ke Turki untuk menceburi bidang "pastry, bakery dan barista" tetapi hajat ini tidak menjadi keutamaan ketika ini. Namun realitinya, Istanbul dipenuhi dengan dengan "bakery" dan "pastry" yang sangat mengiurkan nafsu makan saya. Jika pulang ke Malaysia tanpa mengutip ilmu di dapur merea rasanya akan menjadi kerugian besar buat saya.
6. Pengangkutan awam sangat mudah diperolehi. Antara yang utama di Istanbul ialah bas, kereta api seperti LRT di Malaysia dan juga teksi. Di Turki kereta api dikenali dengan nama "Tram" landasannya di atas jalan raya dan diapit oleh laluan kenderaan darat lain seperti kereta, motor, lori,bas dan lain-lain. Keretapi yang melalui laluan bawah laut dikenali sebagai "Marmaray". Feri juga menjadi laluan utama merentas Asia dan Eropah. Harga tiket untuk tram, feri, dan bas untuk sekali naik 2.6lira sahaja bersamaan RM 1.90 harga mampu naik la. Jika kita pelajar lebih menguntungkan kerana bayar separuh harga sahaja. Nak bayar pulak menggunakan "Istanbul Card" hanya perlu "touch" sahaja. Lebih terperinci akan menyusul dam video kami di "youtube channel". Jangan lupa subscribe ya. 😅
7. Boleh saya katakan Turki merupakan syurga buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita boleh dapatkan buah dan sayur dengan harga yang cukup murah bila membeli belah di pasar basah mereka. Paling menjadi kegilaan kami ialah "üzüm" (anggur) kerana harganya yang sangat murah 1 kg = RM 3.70 dan "üzüm" hijau lebih sedap berbanding ungu.
8. Cuaca di sini sekitar 18 - 22C sekarang. Datang di musim luruh yang menghampiri musim sejuk pastinya mata paling seronok melayan gelapnya malam sehingga pagi juga terasa gelap sekali. Tetapi yang datang bersama saya semua kaki jalan maka setiap hari kami akan menapak paling kurang 1000 langkah. Terasa seperti peluang untuk menguruskan badan itu sangat mudah sekali jika anda bukan kaki makan. Ingat tu!
Note:
- "first impression" ini mengikut kaca mata saya dan detik hati saya kerana seperti yang saya cerita di entri yang lepas saya adalah seorang yang telah lama menyimpan cita-cita untuk sampai ke bumi ini.
- Tiada ke yang negetif ? semua nampak seronok dan mengasyikkan sahaja. Tunggu entri seterusnya dengan tajuk Sudan VS Turki.
- Ini pandangan seorang yang melihat Turki Khususnya Istanbul dalam tempoh masa yang terlalu singkat iaitu 12 hari. 💗 Semoga pertambahan waktu dan umur saya di sini Allah terus menghidangkan perkara yang baik-baik buat saya jadikan bekal untuk dibawa pulang ke tanah air tercinta, Malaysia.
Sblm ni rasa nak pergi selepas 5 tahun...sekarang rasa hbs degree saya nak gisana...
ReplyDelete