gambar latest : asalnya saya tak boleh tidur. so pelan-pelan ambil toto bawa keluar nak lepak ruang tamu sambil menulis blog. Tapi tak sempat buka pintu Kiki dan Kibis dah jaga dan ikut saya keluar. Akhirnya terbaring di situ
Inilah cerita saya dan kucing parsi
Potrait Aidilfitri 1441h
Sejujurnya saya bukanlah pencinta kucing sebelum ini dan bukanlah juga seorang yang alergik kucing atau benci pada mereka. Dalam keluarga memang saya sering melihat mak yang sarat dengan kasih sayang sama ada sesama manusia, haiwan atau persekitarannya sendiri. Jadi tidak hairanlah bila mak berbudi dan menyantuni kucing-kucing terbiar, ayam, lembu, itik, arnab, kambing dan lain-lain. Selain mak yang penyayang dengan binatang, adik saya yang kami gelar bang cik juga sangat penyayang dengan binatang terutama kucing. Jika anak perempuan saya nampak Nusaibah lah yang paling dekat dengan binatang peliharaan ini. Secara tidak langsung sebenarnya khudwah itu telah diserap baik. Itulah proses bukan hari ini awak bentuk suasana hari ini awak dapat natijah ya! Mungkin 1 tahun , 5 tahun, 10 tahun atau beratus tahun lamanya tetapi apa yang paling penting jadilah pemula kepada kebaikkan, pembentuk suasana.
Istanbul sebenarnya secara tidak langsung telah membentuk 1 rasa dalam jiwa saya mencintai haiwan. Suasana Istanbul yang dipenuhi dengan kucing dan anjing dan kebajikan mereka dijaga oleh majlis perbandaran di setiap daerah bahkan rakyat mereka juga sangat perihatin dan cakna dengan haiwan ini benar-benar membuka mata dan menyentuh hati saya. Tidak sekadar itu di sini juga terlalu banyak burung-burung yang berterbangan dan pasti ada sahaja roti serta bijirin khas yang disediakan untuk santapan mereka apabila menyinggah ke tanah. S bahawa inilahaya berkira-kira ini merupakan antara rahmat kepada bumi Turki ini atas asbab mereka menjaga kebajikan haiwan-haiwan yang ada.
Rupanya suntikan awal yang Alllah titipkan dalam hati saya ini ada sebabnya!
Allah telah menyusun saya tidak bersama rombongan pelajar Malaysia yang lain untuk pulang ke Malaysia disebabkan peningkatan covid yang mendadak di Turki tetapi Allah susun saya untuk kekal di sini. Rupanya takdir itu menjodohkan saya dengan sepasang Parsi di Istanbul. Saat saya bertemu mereka berdua si betinanya sedang bunting. Dalam fasa-fasa sarat mengandung itu dia seringkali muntah-muntah saya tanpa sekelumit rasa marah akan mencuci muntahnya, bahkan perasaan risau lebih merajai hati saya. Dalam fasa ini tampak sang jantan lebih manja dan sering mencuri perhatian saya. Saya mula belajar berinteraksi dan menambah pengetahuan tentang pejagaan kucing, jenis-jenis mereka, ambil peduli tentang proses pembesaran mereka, jangka hayat dan 1001 fakta tentang mereka. Dalam pada itu juga saya mula membuat perhitungan bilakah masa kelahiran bayi-bayi baru yang dikandung si betina (Kiki) ini.
Tanggal 16 ramadan pada sebelah malam akhirnya Kiki telah selamat melahirkan bayi kembar 5. Alhamdulillah saya telah membuat persediaan awal dengan menyediakan kotak vakum sebagai "labour room" yang selesa untuk Kiki. Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan secara real proses kelahiran seekor kucing. Kiki ditemani pasangannya Kibis dan saya sedikit sebanyak mampu mengurangkan kesakitannya ketika melahirkan. Melahirkan kembar 5 bukan mudah ya, memakan masa yang lama. Hampir 3,4 jam proses kelahiran itu berlaku dari seekor hingga 4 kemudian pada akhirnya selesai dengan 5 ekor kesemuanya.
Benarlah kasih ibu itu tiada tandingan !
Sifat ibu itu automatik terzahir pada diri kiki. Seusai melahirkan kesemua anaknya Kiki sibuk membersihkan anak-anaknya dengan menjilat mereka. Dia sendiri makan uri yang keluar bersama bayi-bayinya. Dalam masa yang sama juga bayi-bayi berbulu lebat itu terus menyonyot susu badan ibu mereka. Sempat saya menggosok-gosok kepala Kiki sambil membisikkan kepadanya : "ibu solehah dan kuat ni". Kibis juga merupakan seorang jantan yang sangat "gentle". Dia menemani Kiki sepanjang proses kelahiran serta menjaga Kiki lagak seorang "guard" di depan "ward" walaupun tiada musuh di dalam kawasan itu tetapi mungkin mereka pada awalnya beranggapan yang saya mungkin akan menjadi salah seorang pengancam kepada bayi-bayi mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak tahu yang saya juga merasa "insecure" dengan Kibis kerana berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya, bapa kucing ini selalunya akan makan anak dia sendiri. Tetapi rupa-rupanya telahan kedua-dua belah pihak salah sama sekali. menyedari keadaan itu, kami bersepakat untuk sama-sama menjaga dan membesarkan kembar 5 ini dengan penuh kasih sayang.
Hati saya selalu terusik melihat telatah Kiki yang sering berlari mendapatkan anak-anaknya ketika terdengar bunyi dentuman yang kuat. Kiki juga sering menukar tempat beradu anak-anaknya sehinggalah akhirnya saya membantu menyediakan tempat yang terbaik bagi fikiran saya dan dipersetujui oleh Kiki. Walaupun sehari, Kiki tidak pernah lupa menyusukan anak-anaknya sehingga susut berat badannya. Jika saya acah-acah menggangu ketika dia sedang menyusu walaupun mata masih terpejam lagi tetapi tangan terlebih dahulu menahan tangan saya dan cuba menyelamatkan anak-anaknya. Sangat penyayang dan pelindung ibu ini. Tetapi semenjak anak-anaknya telah memasuki usia 2 minggu Kiki semakin menampakkan sifat manjanya dengan saya. Itulah fitrah semua yang hidup ingan disayangi dan menyayangi. Kini sudah 2 malam Kiki mengganggu tidur saya. Membangunkan saya di tengah malam untuk mendodoikan dia tidur. "Ouh anak kucingku!!! kerana sayang ku turutkan"
Proses Tumbesaran
follow la ig kami kibiskiki
Dalam kehidupan di dunia ini setiap satunya telah diatur dan disistemkan dengan sebaik-baik aturan tanpa sedikit pun kecatatan. Kitaran hidup itu tersusun rapi dan sangat indah sekali. Maha Suci Allah! Terlalu cantik susun atur-Nya. Benarlah yang membezakan kita dengan makhluk lain itu ialah akal. Akal yang Allah bekalkan ini mampu menjadi alat untuk kita dinobatkan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Akal ini juga mampu mengangkat kita menjadi sebaik-baik ciptaan atau menjatuhkan kita menjadi makhluk yang paling hina, kerana itu Allah menyebut dalam al-Qur'an , dalam surah Al-Araf :179. Mafhum yang boleh kita faham : "Apabila kita tidak mengambil Islam sebagai cara hidup di atas muka bumi ini, kita boleh menjadi lebih teruk dari binatang". Akal yang dikurniakan Allah jika tidak dipandu dengan keimanan kepadaNya akan menjatuhkan martabat kita yang pada asalnya diangkat tinggi daripada makhluk yang lain. Ada manusia yang hilang sifat perikemanusiaannya sehingga sanggup berbunuh-bunuhan kerana harta, sanggup menjual anak dan isteri. Bahkan sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang binatang sendiri tidak sanggup melakukannya.
Sesungguhnya disebalik ujian itu ada 1000 rahmat, dan sesungguhnya masa itu juga sebahagian dari proses pembentukkan dan rawatan. Dan bahawa sesunggunya alam itu merupakan tanda-tanda kekuasaan, kebesaran dan kasih sayang Allah kepada hambaNya. Berbuat baiklah kita sesama manusia , kepada haiwan dan juga kepada alam sejagat. Semoga dosa-dosa kita yang telah berlalu yang sedang berlaku dan juga yang akan datang diampunkan Allah.
Kini saya ialah salah seorang pencinta binatang!!!
😹😺😸😽 sehingga makan minum tidur dan aktiviti harian saya ditemani mereka... :)
No comments:
Post a Comment