Wednesday, June 17, 2020

bukan hanya sekadar maybank2u


Asalnya saya nak penamakan tajuk entry saya yakin +  percaya tetapi oleh kerana sekitar 2,3 bulan ini saya menghadapi masalah dengan akaun maybank saya sehingga akhirnya permasalahan itu telah Allah beri jalan keluarnya pada 14 Jun 2020 yang lepas. Oleh itu entry ini telah bertukar tajuk.

Jom kita baca story pasal akaun maybank saya dulu sebelum kita share apa ibrah daripada kejadian ini yang mana jika kita hanya melihat ia sebagai sebuah akaun bank sahaja maka kita akan terperangkap dalam pemikiran kita yang sangat sempit tetapi jika kita melihat ia sebagai tarbiyah Allah dalam hidup kita, kita akan mendapatkan sesuatu yang lebih besar dari sebuah akaun bank atau mungkin sekeping kad.

Pada akhir februari yang lepas Allah izin kad bank saya ditelan atm di sini. Allah je yang tahu bagaimana gelabahnya saya waktu itu. Itulah satu-satunya akaun bank yang saya ada untuk transit aliran duit keluar masuk saya, business saya dan juga transit projek-projek kecil saya di Malaysia dan juga Turki. Setelah saya merujuk beberapa orang kawan di sini akhirnya saya pasrah dan terus meminta adik saya di Malaysia menghubungi customer service maybank dan blok kad saya. Alhamdulillah saya masih mempunyai maybank2u untuk saya control sistem aliran duit saya dan  transfer duit saya ke akaun kawan-kawan yang ada di sini jika saya memerlukannya. Namun saya sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Match tak peribahasa ini? hehe bolehlah cubakan sebab kita bukan pakar bahasa melayu pun. :)  Kemudian Allah uji sekali lagi sekitar bulan 5 yang lepas, sewaktu saya cuba untuk log in maybank2u saya tetapi saya tidak pasti bagaimana saya boleh tersalah pasword yang akhirnya mengakibatkan saya gagal untuk log in. Kerisauan kali ini lebih berganda dari sebelumnya kerana saya tidak dapat menguruskan  akaun saya sepenuhnya bahkan duit di dalam akaun itu tidak dapat dikeluarkan lagi jika saya memerlukannya. 
Sebelum saya sambung cerita bagaimana Allah beri saya jalan keluar, ingin saya kongsikan bagaimana kronologi peristiwa dan gerak hati yang Allah izinkan sebelum itu. Walaupun Allah mengirimkan ujian tetapi Allah telah memberi ruang dan kebaikkan serta ilham sebelumnya. Sebelum kejadian maybank2u saya tidak dapat lagi digunakan, saya telah keluarkan semua duit dari akaun maybank saya, jadi saya pegang cash yang banyak untuk kesinambungan hidup selama beberapa bulan. Kemudian dalam masa yang sama Allah izin kita diuji dengan covid yang melanda 1 dunia, pastinya saya antara yang terjejas kerana saya menampung kos sara hidup saya belajar di sini dengan bisnes secara kecil-kecilan. Saya menyediakan khidmat katering makanan nusantara dan pelanggan  saya semestinya dari komuniti Malaysia di sini. Tetapi Allah itu Maha Baik. Allah izin kerajaan Malaysia membenarkan simpanan KWSP dikeluarkan dan kerajaan melancarkan BPN. Saya pun apply dan alhamdulillah saya berjaya dan duit pun mula dimasukkan ke akaun saya. Satu kerisauan saya berakhir walaupun saya telah kehilangan pelanggan kerana tiada lagi pelancong Malaysia yang bertandang ke Turki dan sebilangan besar pelajar serta komuniti Malaysia yang ada di Turki telah pulang ke Malaysia tetapi Allah memberi jalan lain sebagai rezeki saya. Di sini saya ingin tekankan betapa kita perlu yakin + percaya yang rezeki itu dari Allah dan bukan dari sumber mana yang kita usahakan kerana jika kita menyangka ia dari perniagaan kita, Allah boleh tarik pelanggan kita dan saat kita ingin bergantung dengan KWSP Allah boleh blokkan akaun kita. Maka yakinilah hanya kepada Allah selayaknya kita berserah dan bersandar harap.

Balik kepada cerita maybank2u saya yang telah diblok. Sekali lagi saya merujuk kepada kawan-kawan saya yang sebelum ini menghadapi masalah yang sama dengan saya di sini tetapi ia tidak membawa jalan penyelesaian kerana mereka telah pulang ke Malaysia april yang lepas dan telah ke kaunter maybank untuk permohonan kad baru. Oleh itu saya mencuba cara lain dengan menghantar email kepada maybank dan email saya auto reply dari customer service tetapi mereka hanya meminta saya bersabar dan tunggu  giliran untuk mereka menjawab permasalahan saya. Dalam masa yang sama saya cuba cara lain dengan meminta adik-adik saya menghubungi customer service di Malaysia dan ke kaunter bank di sana sehingga kaka ipar saya sendiri menghubungi pegawai bank yang merupakan kenalannya untuk mendapatkan nasihat. Saya juga meminta bantuan kawan saya yang pulang ke Malaysia untuk menghubungi maybank. Hasil bantuan kawan saya akhirnya customer service maybank menghubungi saya. Malangnya dia memberitahu yang dia hanya boleh membantu saya dengan memberikan saya nombor cawangan bank yang mengeluarkan kad saya dan saya perlu menghubungi sendiri mereka di sana. Saya kemudian terus ke kedai topup dan topup duit sebanyak 100tl (RM64) untuk membuat panggilan ke Malaysia. namun sedikit mendukacitakan kerana panggilan tidak dapat disambungkan. Hasil bantuan kak ipar saya juga menyimpulkan yang tiada cara lain melainkan saya perlu pulang ke Malaysia  untuk menyelesaikan isu ini. Saya sudah berserah, dalam hati saya berkata insya Allah akan ada rezekiku dengan cara lain. Saya juga banyak belajar yang jalan keluar dari penyakit dan masalah dengan bersedekah. Jadi saya niatkan majlis jamuan hari raya saya baru-naru ini sebagai satu bentuk usaha saya untuk ditakdimkan kepada Allah. Walaupun hati saya kegelisahan dan risau kerana banyak wang yang saya laburkan untuk majlis tersebut tetapi saya lawan kembali dengan meyakini kelebihan bersedekah. Surah Al-Baqarah :261 menceritakan betapa dengan bersedekah Allah akan melipat gandakan rezeki kita dan terngiang-ngiang juga pesanan mak, cikgu dan ustaz-ustaz dalam dan luar negara tentang kelebihan bersedekah. Oleh itu saya katakan pada hati saya yakin + percayalah Allah tidak akan memungkiri janji-janjiNya.
Maha Suci Allah , Pengasih dan Penyayangnya Allah, pada pagi saya sibuk membuat persiapan akhir untuk jamuan raya di rumah sewa saya pada tengah harinya, saya mendapat panggilan yang tertera nombor 035...... saya dah berbunga bahagia kerana saya yakin itu nombor Malaysia dan itu dari Maybank. Dengan lafaz bismillah saya angkat panggilan itu dan benar itulah khabar gembira yang Allah kirimkan. Pegawai Maybank dibahagian international menghubungi saya dan membantu saya menyelesaikan keserabutan yang telah lama bersarang. Akhirnya selepas mendapat pencerahan dari beliau saya pun mengikut langkah-langkah yang diarahkan dan saya berjaya log in semula ke maybank2u saya. Alhamdulillah duit KWSP kali ke 2 dan BPN telah selamat berada dalam akaun saya. Saya terus menghubungi keluarga dan menyampaikan khabar gembira serta mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan kerisauan mereka kepada saya. Cumanya saya simpan satu ucapan terima kasih saya kepada Alia Najihah yang banyak membantu saya untuk keluar dari kemelut permasalah ini. (Maaf  Alia, waktu awak tanya macam mana dapat zah diam je sebab zah nak jawab dalam entry ini).




Gambar sekitar jamuan hari raya

Ini apa yang saya dapat kongsikan daripada sedikit ujian Allah pada saya beberapa bulan ini :

Yakinlah yang Allah sentiasa ada untuk kita, memerhati dan melihat setiap tindak tanduk kita.
Percaya + yakinlah yang rezeki kita telah tertulis dan Allah lah pengatur setiap sen dan butir rezeki kita, bukan majikan kita, bukan ibu kita dan bukan kerja keras kita melainkan Allah lah yang mengatur segala-galanya.
Bersangka baiklah pada Allah kerana Allah itu atas sangkaan hamba kepadaNya.
Percayalah sedekah dan infak itu adalah bentuk rawatan terbaik dalam setiap masalah dan penyakit yang melanda kita. Dengan sedekah juga rezeki kita akan digandakan. Nak dapat keberkatan rezeki dan cepat kaya banyakkan bersedekah.

Sedikit panduan untuk yang mengalami masalah yang saya dengan saya :

Jika kad anda ditelan ATM / Hilang diluar negara:
Call / email Bank anda untuk blok kad.

Jika selepas Kad anda hilang / di telan ATM dan anda tidak dapat akses akaun anda secara online khususnya maybank. Sila email international maybank  dan follow up email mereka. Jika sekali tidak berjaya buat kali kedua ketiga dan seterusnya sehingga anda mendapat panggilan daripada mereka.
Mereka akan memberi nombor kad ATM sementara dan anda boleh isikan butiran maklumat tersebut untuk akses kembali akaun anda secara online.

Semoga entry kali ini membantu mereka yang senasib dengan saya yang sedang menjadi anak perantau.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...