Membina jiwa pemuda supaya mereka bangun membina ketamadunan negara. Beri panduan dan semangat serta berkongsi pengalaman agar mereka mampu mengatur langkah yang lebih jitu untuk membina masa depan yang lebih unggul.
Sunday, May 17, 2020
Dirilis Ertugrul
Turki kaya dengan peninggalan sejarah islam yang gilang gemilang suatu ketika dahulu. Sejarah / Sirah itu suatu subjek penting untuk kita ulang baca dan kaji kerana ia satu dari cabang pembelajaran dan pendidikan kita untuk meniti masa depan. Sejarah yang tidak diterjemahkan dengan bahasa yang betul dan bahan yang benar mampu melumpuhkan minda dan menyelewengkan kefahaman.
Kini rata-rata dunia membicarakan tentang siri sejarah Ertugrul yang mempunyai 5 season. Setiap season mencecah 85 - 99 episod. Setiap 1 episod memakan masa sebanyak 50 minit hingga 1 jam 15 minit lamanya jika anda menonton di Netflix. Selain Netflix, anda juga boleh tonton di youtube dan facebook tapi feel dia tidak seperti di Netflix la. Saya ambil masa 2 bulan untuk marathon siri ini. Awal-awal bermula dengan keterpaksaan kerana minda telah setting ini cerita sejarah tetapi bila mula menonton rasa ingin tahu melonjak naik dan mulalah fasa jatuh cinta dengan ketokohan Ertugrul dan ALPlar nya serta perjuangan kabilah Kayi dalam mempertahankan Islam dan membina empayar Islam dengan gigihnya.
Presiden Turki, Recap Tayyip Erdogan sendiri merupakan peminat series ini, hatta Presiden Pakistan dan Permaisuri kita sendiri menyeru rakyat di negara mereka untuk menonton siri ini. Benarlah kata Erdogan : "jika singa tidak menulis sejarah kegemilangannya, pasti ia akan menjadi serigala dalam sejarah orang lain". Saya juga ada bertanya dengan seorang kenalan / pelajar Indonesia di sini yang baru sahaja graduate degrenya dan sedang bekerja dan membuat kajian sejarah di sini tentang ketepatan fakta yang ditonjolkan dalam siri Ertugrul ini. Katanya : 70% fakta di dalam siri ini boleh diguna pakai, dan kerana ia merupakan penceritaan semula dalam bentuk drama pasti di sana ada sedikit tokok tambah untuk mencantikkan cerita.
Sedikit review saya dari siri panjang ini :
1. Dalam setiap generasi itu pasti akan lahir susuk kepimpinan yang unggul. Setiap kepimpinan itu memerlukan satu pasukan yang kuat.
Kita tidak akan mampu gagah berdiri sendirian, kita perlu bekerja dalam satu pasukan. Pasukan ini perlu dibentuk dari asasnya, perlukan keyakinan dan matlamat yang sama untuk kuat menempuh susah senang bersama sehingga akhirnya mencapai apa yang dihajatkan.
2. Perjuangan Rasulullah s.a.w , para sahabat, tabi' tabien dan para pejuang islam terdahulu sehingga islam sampai kepada kita adalah satu perjuangan yang sangat besar yang tidak mampu diganti dengan emas dan apa jenis kekayaan yang ada di dunia ini. Perjuangan mereka pastinya bukan sia-sia. Sama ada mereka menang menjulang syiar islam atau mereka mati mendapatkan syahid.
Melihat pertarungan mereka yang sangat banyak dalam siri ini memberitahu kita bahawa ruginya apabila manusia itu tidak mengucap kalimah syahadah, ruginya apabila manusia berpaling dari Islam. Ruginya mejadi pembelot pada perjuanga saudara seaqidah kita. Betapa beruntungnya orang yang berpegang dengan tali Allah dan menyerahkan seluruh kehidupannya untuk memperjuangkan din Allah.
3. Setiap dari kita ada peranan masing-masing baik lelaki mahupun perempuan. Berdirinya seorang lelaki yang hebat itu dibelakangnya ada wanita yang hebat. Gandingan pasangan yang hebat ini menghasilkan generasi yang lebih hebat kelak.
Pembinaan rumahtangga itu bermula dengan pemilihan pasangan yang baik. Dalam siri ini ada 2 pasangan yang boleh dijadikan contoh. Suleyman Shah + Heyme Hatun dan Ertugrul + Helime Hatun. Daripada keturunan hebat ini juga hadirnya Osman Gazi yang membina sinar baru kepada tanah Turki.
4. Di medan mereka ialah pahlawan yang digeruni. Di luar peperangan mereka saling berkasih sayang dan sangat menyantuni.
5. Rasa takut mereka hanya kepada Allah semata-mata. Tidak sesekali gentar menghadapi musuh dan meyatakan kebenaran.
saat aku menghayati makna ini, aku bertanya imanku sendiri mampukan aku untuk seteguh mereka jika aku ditugaskan turun ke medan jihad mengangkat senjata disakiti dan tersakiti. Allahu, sungguh masuliyah dan tanggungjawab serta ujian itu hadir pada mereka yang selayaknya.
6. Ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Ertugrul saat bersama musuh, keluarga, para tenteranya. Bagaimana dia bermuamalah dengan isteri, mendidik anak-anak bujangnya, meraikan perwira-perwiranya dan beliau sendiri telah menunjukkan contoh yang baik kepada kawan dan juga musuh sehingga dahulunya dia antara musuh yang paling durjana tetapi diakhir kehidupannya dia telah mengucap 2 kalimah syahadah dan berjuang bersama tentera islam dan mati syahid di jalan Allah.
7. Turki sejak dahulu lagi memang telah dikenali dengan kemahiran penghasilan permaidani/carpet dengan jahitan tangan yang sangat cantik dan kemas. Tidak hairanlah permaidani mereka mencecah ribuan ringgit.
8. Perjuangan dan kecekalan mereka yang tidak mengenal erti putus asa mampu menyuntik hati kita dan membuatkan cinta kita bercambah.
Selepas selesai tonton siri panjang ini anda akan semakin teruja melihat siri seterusnya bagaimana susuk gagah seorang Osman Gazi di usia keremajaan beliau sehingga beliau berjaya membina empayar Turki.
Setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya selepas tertangguh 3 hari dari menulis review saya dari pengamatan saya sebagai penonton. Sedang menulis laptop sempat shutdown sekita habis melayang point penulisan saya. cukup 8 untuk dikongsikan bersama.
salam 24 ramadhan 1441h
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terdidik melalui ayat-ayatNya
Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...
-
Ada yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Turki? Entry kali ini saya akan perincikan cara-cara untuk "apply study" di Turki...
-
Merujuk kepada laluan pengajian ke 2 dan ke 3 pada entry ke 7 saya sebelum ini, jika kalian berhajat menyambung pengajian ke Turki ada sat...
No comments:
Post a Comment