Jantung Hati💘
Seperti yang dijanjikan, tak nak biar korang tunggu lama kan...😉
Sebenarnya saya sendiri nak ambil masa untuk suntik hamasah diri yang kebekuan harakat ini. Saya bukan manusia sempurna, hanya wanita biasa yang dididik untuk menjadi srikandi yang terbaik dari hari ke hari untuk menuju Tuhan dalam keadaan diredhai.
Perjalanan hidup saya dan keluarga pasti tidak sama dengan orang lain. Susur galur keturunan itu sangat mempengaruhi diri kita secara sedar atau tidak. Kemudian kita membesar atas didikan ibu dan ayah yang pasti banyak akan mempengaruhi kemenjadian kita. Allah berfirman dalam kitab yang mafhumnya berbunyi : "Setiap manusia itu lahir dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang mendidik dirinya menjadi nasrani, majusi,masihi atau sebagainya". Namun kemudiannya dalam proses pembesaran kita teman dan persekitaran juga menjadi faktor terpenting. Oleh itu, pemilihan sekolah untuk anak-anak merupakan agenda penting dalam pendidikan kerana masukkan input di awal usia dan meningkat remaja adalah kesan yang tersangat kuat untuk dijadikan bekal menuju dewasa.
Sebenarnya saya ingin bercerita tentang perniagaan. Saya dibesarkan dengan mata pencarian ibu ayah yang merupakan peniaga semenjak mereka menjejak awal remaja sehinggalah mereka berkahwin dan kekal berada dalam dunia perniagaan sehingga sekarang. Mak seorang yang peramah, suka bercerita dan dalam ceritanya penuh pengajaran. Seawal bertih jagung usia perkahwinan mereka, ayah hanya seorang pekerja di kedai jualan ayam. Kerja ayah hanya sebagai pemotong ayam. Tetapi dengan pekerjaan itu kata mak ayah berjaya menghantar duit kepada tok dan tokwan bahkan mampu menyara adik-adiknya dan adik-adik iparnya bersekolah. Sehingga kemudian mereka berniaga sendiri. Beca kecil ditolak setiap pagi ke stesen bas lama, Sungai Petani. Seterusnya, berkembang kepada kedai runcit depan kediaman rumah kami, seterusnya bertukar lagi dengan warung makan kecil ditepi jalan bersebelahan rumah. Kemudiannya berpindah ke kedai runcit yang lebih besar di deretan kedai, Taman Ria. Waktu ini alhamdulillah rezeki Allah sangat banyak untuk kami. Saya, abang selalu ke kedai membantu packing barang dan membantu dalam urusan jual beli dengan pelanggan. Waktu ini saya dibangku sekolah rendah dan abang di sekolah menengah. Dalam beberapa tahun selepas itu, perniagaan agak merosot, mak dan ayah menjual kedai tersebut dan membuka restoran pula. Dari restoran berpindah ke kedai perabot seterusnya kepada kedai bundle dan akhirnya sekarang melibatkan diri dalam dunia katering.
Adik beradik yang paling mengikut jejak langkah mak ayah, tidak lain tidak bukan ALBO la. Mak dah serah semua aset perkakas dapur kepada dia. Dia juga tempat adik-adik menadah tangan untuk belanja bulanan mereka. Semoga Allah berkati dia dan murahkan rezeki dia. Alhamdulillah walaupun yang lain tidak terjun sepenuhnya ke bidang masakan tetapi semuanya ada kelebihan memasak walaupun tidak semahir ALBO. "Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan!"
Persekitaran ini sangat membentuk diri kami, seawal usia 11 tahun, saya telah aktif memasak di dapur. Apabila tiba hari raya saya akan memasak untuk kaum kerabat yang berkumpul. Menu paling menjadi buah mulut semua waktu itu ialah "kobis goreng kunyit". Tidak lupanya saya dengan kenangan itu walaupun tidak pasti kenapa menu itu yang menjadi buah mulut semua. Kemudian di MATRI, Saya sering mengambil bahagian semasa hari kantin dengan menebar roti canai. hehe....Sehingga saya berada di menengah atas saya kerap ke kem-kem jati diri dan kepimpinan. Di sana, saya berpeluang menuntut ilmu masakan bersama Ust. Din dan Ust. Shaari. Sehingga selesai tingkatan 6 di MATRI dan saya lead ajk masakan di kem KMK. Itu job terbesar saya sewaktu berusia 19 tahun, masak untuk 150 orang ahli kem jika tidak salah. Saya seorang yang sukakan cabaran dan saya pantang mengatakan tidak, jika belum mencuba.
Setelah selesai Sijil Menengah Agama Malaysia (STAM), saya menyambung pengajian ke Sudan. Pesan mak dan ayah, jika saya mahu menyambung pengajian ke luar negara mereka tidak akan halang. Tetapi hanya Sudan sahaja dibenarkan kerana ada abang di sana dan jangan berharap duit mak ayah kerana adik-adik ramai lagi bersekolah dan semuanya di sekolah swasta. Saya faham situasi mak dan ayah, bahkan menyekolahkan kami di MATRI itu adalah hadiah terindah dalam hidup kami. Sehingga hari ini adik yang bongsu iaitu yang kelapan masih di sana untuk menamatkan lagi 1 tahun persekolahannya di tingkatan 6.
Abang sudah 5 tahun di Sudan. Kata dia, kakak awak datang ja dulu adalah rezeki awak nanti. Inilah didikan Allah terbesar dalam hidup saya. Didikan untuk meletakkan tawakal kepada Allah itu yang tertinggi. Berharap dan meminta hanya kepada Dia yang memberikan rezeki. Setelah 7 bulan saya di Sudan, saya ditawarkan mejadi guru qur'an di sebuah rumah staf Petronas Malaysia yang bekerja di Sudan. Maha Suci Allah, saat itu bekal duit yang saya bawa dari Malaysia sudah terlalu susut. Saya tidak akan lupa proses pembinaan jati diri saya ini. Dari situ saya mula mencuba dan menjebakkan diri dengan bidang-bidang lain. Antaranya, roti canai, cek mek molek dan cucur badak frozen. Menjadi guru kafa, mengambil order kuih muih Malaysia, menjadi pembantu rumah, guru bahasa arab kepada madam-madam Petronas dan katering kecil-kecilan. 5 tahun setengah saya di sana bersama 5 adik beradik saya secara berselang seli sehingga akhirnya yang ke 5 telah pulang "for good" pada 4 tahun lepas. Dalam tempoh itu kami tidak pernah tidak cukup makan, bahkan kami pula yang dilihat seolah-olah berduit banyak. Alhamdulillah, berkat didikan mak ayah kami saling berkong rezeki. Jika saya ada lebih saya yang akan bantu abang dan adik-adik, dan jika saya tiada mereka pula yang mengambil bahagian. Tiada istilah duit saya duit saya, bahkan duit dia adalah duit semua.
Selepas MATRI, di Sudan lah Allah banyak didik kami mengenali dan memahami hakikat kehidupan, sumber rezeki dan banyak perkara. Mak ayah tidak pernah settingkan dalam kepala kami untuk bergaji besar dan hidup mewah serta mendapat pengiktirafan dunia. Satu yang mereka sering pahatkan dalam jiwa ialah untuk berjiwa besar dan menjadi "khadam lil ummah". Alhamdulillah hajat mereka terlaksana. Kami 5 orang bekerja di sekolah swasta yang pasti semua mafhum tangga gajinya, ya kan! Namun alhamdulillah semuanya serba cukup kerana saat kamu memilih berjual beli dengan Allah. Maka kamu tidak akan rugi walaupun 1 sen dari sumber pencarian kamu!
7 tahun saya di Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin, sebagai guru dan warden. Kemudian diamanahkan sebagai ketua unit kokurikulum, penyelaras hem, penolong kanan kurikulum dan akhirnya pada tahun ke 7 sebagai penolong kanan 1 sekolah. Pengalaman yang sangat bermanfaat, pahit manis, jerih perih, suka duka dan tarbiyah Allah yang terbaik dalam singgahan di perhentian ini. Akhirnya atas semua yang saya lalui Allah natijahkan saya kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Kesimpulan yang dapat saya kongsikan di sini. Ikutilah contoh Rasulullah s.a.w , saat dibaling najis Baginda masih mampu membalas dengan kebaikkan, ketika dilemparkan dengan kehinaan Baginda lalu mengunyahkan makanan ke mulut musuhnya. Akhirnya yang dulunya musuh kini menjadi muslim atas akhlak terpujinya Baginda. Allah tidak meminta kita hadirkan natijah tetapi Allah mahu kita berusaha, terus berusaha laksanakan kerja kita sebagai khalifah Allah sehingga akhirnya Allah yang menentukan siapa yang berhak mendapatkan hidayahNya. Ya Rahman Ya Rahim, thabatkan kami dijalanMu. Kini saya punya hampir 200 orang pemuda pemudi yang berjiwa besar bersama dengan saya dalam 1 kapal dengan 1 matlamat mencari keredhaan Allah. Semoga kami semua kekal atas landasan yang sama sehingga Allah menjemput kami pulang.
Selepas 7 tahun ini juga akhirnya cita-cita saya untuk ke Turki direzekikan Allah. Bermula dengan jatuh cinta dengan presiden negaranya akhirnya membawa saya ke sini. Aneh, saya tidak punya simpanan bulanan atau tahunan walaupun 1 sen tetapi lidah saya dengan yakin menceritakan yang saya akan ke Turki menyambung pengajian pada bulan 9 tahun ini. Apabila ditanya kepada saya mesti dah simpan banyakkan, lama dah kerja. Berapa kos untuk sambung ke sana? saya hanya senyum sahaja kerana tiada jawapan untuk persoalan itu. Dalam hati saya bina keyakinan, saya ada Allah. Saya nak buat benda baik untuk menuntut ilmu. Allah tidak akan sia-siakan saya. Allah dah hantar saya ke Sudan. Allah dah kabulkan saya untuk melancong ke Jordan dan Mesir. Bahkan Allah bagi pelancongan itu dengan percuma sahaja bilamana Allah hantarkan seorang yang terlalu pemurah sponsor tiket saya ke sana dan tiket pulang saya ke Malaysia selepas tamat pengajian di Sudan. Setelah Allah beri saya semua itu saya yakin Allah akan mudahkan jalan saya kali ini juga. Akhirnya setelah 2 minggu terakhir flight saya akan berlepas, orang yang sama Allah hantar kepada saya membiayai tiket penerbangan saya ke Turki. Allahu Akbar! Doa saya semoga Allah jaga dia dan keluarganya serta selamatkan mereka daripada azab neraka. Terlalu banyak jasa dia kepada saya dan adik-adik saya.
kali ini saya berjaya menapak ke benua Eropah dengan harapan dan kasih sayang yang lebih banyak. Terlalu banyak! Konsep yang sama yang saya perlu faham apabila saya memilih untuk mengembara lagi. Saya perlu tahu yang saya perlu dapatkan ilmu itu dengan membayar harganya melalui perniagaan. Walaupun pada hakikatnya saya tidak pernah berhenti daripada berniaga. Alhamdulillah setelah 1 bulan setengah saya di Turki, Allah ilhamkan saya untuk memulakan bisnes roti canai frozen. Saya kembali mencuba bagaimana mencipta adunan baru dengan resepi yang bersesuaian dengan cuaca dan bahan di sini. Alhamdulillah setelah dua kali cubaan saya dapat resepi yang ideal walaupun sampai hari ini masih dalam proses utk semakin menghasilakn yang terbaik. Dan hari ini saya telah berada di sini 3 bulan 1 minggu. Alhamdulillah sudan ada 4 menu rasmi yang saya iklankan di FB, IG dan Youtube kami "OMURGANUSANTARA".
Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaan Allah yang terlalu banyak ini.
Hari ini sekali lagi Allah hantar khabar gembira dan Allah tingkatkan keyakinan saya kepadaNya. Saya akan mengikuti projek musim sejuk atas nama "Selimut Syria 3.0 pada 8 - 11 Januari ini. Tetapi saya terlupa yang tempoh 3 bulan saya di Turki telah tamat. Jadi untuk saya bergerak ke mana-mana saya perlukan "ikamet". Saya baru sahaja ke pejabat pengurusan ikamet untuk warga asing pada 4 Disember yang lepas. Kebiasaannya ikamet akan diproses selama 1 bulan , 2 bulan atau lebih lagi. Saya berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan harapan akan berlaku keajaiban dalam proses ikamet saya kerana Allah berhak atas segala sesuatu. Alhamdulillah summa alhamdulillah hari ini 23 Disember selepas 19 hari pejabat pos telah sms saya dan memberitahu yang ikamet saya telah diposkan ke alamat saya. bertambah semangatlah saya mencari note book kecil saya ini untuk berkongsi. Sebelum note book ini menyala saya sempat lihat tracking no, ikamet saya masih di Ankara. Mohon doa semua agar ia selamat tiba secepat yang boleh ke Istanbul.
Perkongsian saya kali ini untuk sama-sama mengajak sidang pembaca yang dikasihi sekalian memahami mafhum dari ayat Qur'an : "Mahukah kamu Aku tunujkan satu perniagaan yang tidak akan kamu temui padanya kerugian!". Benar, jual beli dengan Allah ialah satu keuntungan yang tidak akan kita temukan titik muflis. Dalam kitab Risalah Al -Nur karangan Siad Nursi, kalimat 6 dan 7 juga memperbahaskan tentang rezeki Allah kepada makhluk serta ketinggian tawakal kepada Allah. Tugas utama manusia menjadi khalifah Allah ialah mengajak kepada makruf dan mencegah mungkar. Apapun pekerjaan kita, tetapi kerja utama kita ialah membawa manusia mengenal Rabnya. Tugas itu wajib atas setiap individu tanpa pengecualian seorang pun dari kita. Laksanakanlah hak Allah atas kita, maka rezeki kita berada dalam genggamanNya. Allah menjaga rezeki hamba-hambanya hatta seekor semut di celahan batu juga telah tertulis rezekinya.
Semoga Allah jadikan saya antara jutawan dunia, moga dengan kekayaan itu saya mampu menjadi tangan di atas yang sentiasa ada tadahan tangan di bawahnya. Amin...
Ini penulisan terpanjang saya setakat ini untuk laman Omurga Nusantara. Lagi banyak kita cakap, kita tulis lagi banyak kita akan diuji. Penulisan kali ini dengan harapan menjadi medan muhasabah saya dan medan untuk sama-sama kita berusaha mempertingkatkan husnuzon kita kepada Allah, keyakinan kita kepada Allah, interaksi kita dengan Allah dan menjadikan Allah segala-galanya untuk kita.
Akhir dari saya, semoga Allah memelihara kita dan menjaga niat kita serta mengekalkan hidayah Allah atas kita serta menutup semua pintu keaiban kita dunia dan akhirat.
Manusia itu sinonim sebagai pendosa, sebaik-baik pendosa itu ialah yang sentiasa memperbaharui taubatnya.
on mood :
#omurganusantarakatering
#selimutSyria3.0
#promosiSMART
#promosiKHASSAH
#SeaSummit
#odevleri
#turkcekursunu
#syurgayangdirindukan
#ikamet💖
24 Dis 2019
6.00am, Malaysia
Edited 27/12/2019
3.24pm Malaysia

No comments:
Post a Comment