Wednesday, December 18, 2019

Genap 3 Bulan

Genap 2 bulan saya tidak menyuci laman blog ini dengan mata pena dan perkongsian akal dan jiwa. Jika laman ini ialah sebuah bilik pastinya telah dipenuhi sesawang, jika laman blog ini ialah jiwa manusia pastinya jiwanya telah kering tanpa disirami  baja keimanan. Syukur ia hanya ruang dan medan saya berkongsi cerita dan pengalaman dan mengasah bakat penulisan sahaja. Semoga jiwa saya tidak saya tinggalkan terlalu lama tanpa disirami baja yang mampu meyuburkan iman.

14 Dis 2019, telah genap 3 bulan saya di bumi Uthmaniyah ini. Alhamdulillah terlalu banyak tarbiyah kehidupan yang Allah hidangkan untuk saya. Dalam tempoh 3 bulan ini semua yang saya "aim" untuk saya perolehi dalam tempoh 1 tahun telah Allah rezekikan tapak untuk saya aturkan langkah atasnya. Tiada kalimah lain yang lebih tepat melainkan lafaz syukur yang tidak terhingga atas rahmat Allah sepanjang kehidupan saya.

kelas A1

Saya telah menyelesaikan "A1" atau lebih familiar dikalangan penuntut lughah dengan mustawa 1. Sekarang sudah masuk minggu ke 2 untuk "A2".  Kelas bahasa  ada 5 mustawa bermula dengan A1, A2, B1, B2, sehingga C1. Setiap mustawa ini memakan masa selama 2 bulan atau lebih tepat lagi 7 minggu. 1 mustawa bersamaan dengan 6 minggu pengajian dan 1 minggu murajaah kubra beserta peperiksaan akhir. Setiap selesainya 3 minggu pengajian akan disusuli dengan "Ara Sinav" atau "kuiz". Jadi kami akan melalui 2kali kuiz sebelum berdepan dengan "final exam". Hanya 5% markah yang akan dibawa untuk ke final. Peperiksaan akhir pula mengandungi 4 bahagian iaitu penulisan (essay), mendengar, bercakap dan membaca ( lebih kurang muthalaah + nahu).  Setiap bahagian perlu lulus paling kurang 15/25 untuk mencukupkan markah lulus 60/100. Sakit juga sebenarnya kerana jika andai bahagia dengan mendapat 75% tetapi pembahagian markah anda seperti ini ( 24,22,15,14) maka anda perlu repeat kembali paper anda yang tidak mencapai markah minimum 15 markah tersebut ataupun jika pembahagian markah anda adalah seperti ini (25,25,14,11) maka anda perlu repeat mustawa kembali atau repeat keseluruhan kelas. 😑. Tetapi jika anda terlebih bijak pun sehingga tidak komited untuk hadir ke kelas anda juga akan berada dalam kerugian yang besar kerana setiap pelajar yang tidak hadir ke kelas lebih dari 7 hari akan digugurkan nama dari peperiksaan.

"Kebenaran yang tidak terancang akan senang dikalahkan oleh kebatilan yang terancang" secara fitrahnya itulah kehidupan manusia. Allah telah mengajar kita lebih awal lagi dalam al-qur'an ketika mana Allah menceritakan tentang penciptaan langit dan bumi dan banyak lagi contoh lain. Begitu juga dalam sesebuah keluarga ada garis panduannya, jika hendak keluar rumah anak-anak mesti memohon kebenaran ibu ayah dan sang ayah pula ialah ketua keluarga yang mesti dihormati oleh ahli-ahlinya. Dalam sesebuah organisasi seperti sekolah ada peraturan-peraturan yang perlu pelajar dan guru patuhi kerana peraturan itu sendiri merupakan keperluan hidup untuk memastikan tujuan dicapai.

Selesai mustawa 1 ini saya dah boleh berbasa basi dengan mak cik pak cik di jalanan, lebih yakin untuk urusan jual beli di pasar, boleh bertanya penduduk setempat arah jalan, bergerak ke sana sini tanpa ditemani orang lama dan mengumpul "vocab" yang lebih banyak. Kami baru sahaja diperkenalkan dengan kata kerja sekarang atau bahasa arabnya "feel mudhari' ". Jadi semua ayat kita pakai kaedah yang sama je walaupun nak cerita pasal 2 tahun lepas😆. Pada pendapat saya, untuk sesiapa yang pernah belajar bahasa arab, bahasa Turki tidaklah terlalu susah untuk dikuasai kerana bahasa Turki sangat banyak menyerap masuk kaedah dan perkataan bahasa arab. Pelajar-pelajar arab sangat suka mempertikaikan apa yang digunakan dalam bahasa mereka dan bahasa Turki. Biasalah peel orang arab ni :). Tetapi mengikut bacaan saya sebelum ini, peratusan bahasa arab yang diguna pakai dalam bahasa Turki lama ialah 70% dan setelah pemerintahan Kamal Atarturk telah diubah suai sehingga berbaki sebanyak 30% sahaja.  Tetapi rakan-rakan sekelas saya ini Allah izin kebanyakkannya bijak pandai jadi teruji jugalah emosi saya untuk bersaing dengan mereka. Perasaan yang ada sekarang ini rasanya sama seperti perasaan pelajar-pelajar saya bilamana mereka mengadu stress tengok kawan-kawan lain perform, saya je tak boleh sazah diorang semua ok. Kemudian saya pun mulalah beri masukkan, awak boleh! jangan compare awak dengan orang lain. Tengok perkembangan awak sebelum ini dan sekarang bagaimana bla...bla... Sekarang saya nak kena telan balik semua kata-kata yang pernah saya lontarkan sebelum ini. Inilah kehidupan sentiasa berputar-putar, kadang kita di bawah kadang kita di atas, kadang kita memberi mungkin suatu hari kita pula meminta. Peliharalah kata-kata dan tindakan kita. Perbanyakkanlah kata-kata yang baik serta tingkatkan amal soleh kita kerana kebaikkan akan dibalas dengan kebaikkan juga.

Inilah masalahnya sekali dah gerakkan jari panjang pula ceritanya.....😍

Saya juga dalam proses menunggu ikamet/permit menetap saya siap. Mohon doa semua yang singgah di sini agar permit itu sampai ke rumah saya sebelum tamatnya Disember 2019 ini. Ikamet ini umpama nyawa ke2 untuk meneruskan kehidupan sebagai pengembara di bumi Uthmaniyah ini. Saya perlukan ikamet juga untuk menjayakan misi saya bersama team Selimut Syria 3.0 ke 4 penempatan pelarian Syria di Turki. Mohon doa agar projek dan usaha kecil kami ini diterima Allah sebagai amal qawie. Alang-alang dah singgah dan baca entri ni mohonlah war-warkan dan sumbang seorang sedikit untuk sama-sama kita mendapat saham membantu saudara seaqidah kita. 💪

Saya juga telah mula berjinak dalam bidang perniagaan katering secara kecil-kecilan. Nak tahu apa, bagaimana, kenapa, siapa dan segala bagai persoalan itu kena tunggu next entry saya. Harap saya boleh kembali memperindahkan laman blog saya ini. Doakan saya istiqamah kerana  itu perkara paling susah untuk saya buat😟

Oklah, saya nak cari ilham mengarang puisi pula .... iyi geceler!





No comments:

Post a Comment

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...