Input hari ini terinspirasi oleh musim perkahwinan atas pernikahan anak sulung MASDAR, Muhammad Hanif Abu Kassim dan pasangannya pada 25 Dis 2019. Esokpula ialah majlis bertandang sebelah keluarga lelaki. Doa ustazah semoga setiap perjalanan awak dan Nazifa meniti hari-hari mendatang dipermudahkan Allah serta dikurniakan sakinah dan mawaddah, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Diperkemaskan lagi gerak kerja dakwah dan tarbiyah antara 2 keluarga.💖
Saya bukan orang yang tepat membicarakan tajuk perkahwinan kerana status saya sendiri masih bujangan. Jadi, saya memilih pengalaman hidup saya dan orang lain untuk memberikan sedikit masukkan kepada anak remaja terutamanya atau sesiapa yang masih se"title" dengan saya.
Saya membesar di usia 9 - 12 tahun bersama guru-guru bujang saya di sekolah rendah kerana rumah saya yang jauh dari sekolah. Di sekolah menengah saya bersama rakan-rakan seangkatan saya yang juga pernah terjebak dalam cinta monyet. Memasuki alam IPT antara sebab saya memilih Sudan kerana ingin menyelamatkan diri dari godaan percintaan alam universiti. Di Sudan juga berdepan dengan pengalaman cintan cintun remaja. Ada yang berjaya ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang. Masuk alam pekerja saya berdepan dengan pengalaman rakan sekerja , kenalan-kenalan lama dan saya mempunyai lebih kurang 250 - 300 orang pelajar. Secara tidak langsung saya dapat mengenali background keluarga mereka yang pelbagai.
Pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh orang lain di depan mata saya ini sedikit sebanyak mendidik saya dan memahamkan saya betapa pentingnya pembentukkan manusiawi dalam menjadi hamba rabbani.
Selalu saya ulang sebut bersama pelajar di dalam majlis-majlis suatu ketika dahulu: " ayah Imam Nawawi menyatakan bahawa proses tarbiyah untuk mendidik Imam Nawawi ialah 40 tahun sebelum kelahiran beliau". Ini bermakna sebelum ayah kepada Imam Nawawi memasuki gerbang pernikahan beliau telah memulakan proses pendidikan Imam Nawawi. Ingin disampaikan di sini bahawa perkahwinan itu bukan satu permainan yang kita fokus padanya bila kita berminat dan bila bosan kita meninggalkannya. Perkahwinan dalam membina baitul muslim ini ialah pencantuman 2 hati yang bermatlamatkan Allah dan Rasul. Bila mana matlamat kita ialah Allah dan Rasul maka ia bukan sesuatu yang boleh ambil mudah. Di sana ada tanggungjawab yang besar kerana perkahwinan itu melengkap agama. Perkahwinan itu melahirkan generasi pewaris agama, perkahwinan itu soal menjaga kehormatan diri dan pasangan. Di dalam perkahwinan bukan semuanya bicara percintaan semata-mata, tidak cukup dengan mengatakan saya mencintai kamu dan pastinya kamu lebih lagi. Tetapi apabila kita mengungkapkan cinta maka di sana akan menuntut hak dan tanggungjawab, kerjasama, pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, perasaan dan bermacam adunan rasa lagi. Sangat banyak yang perlu difikirkan dalam pembinaan sesebuah keluarga. Proses pendidikan anak-anak bukanlah satu eksperimen "try n eror" sahaja. Untuk melahirkan generasi pewaris perlukan ilmu pengetahuan, perlukan kematangan fikiran, perlukan kesabaran yang tinggi.
Fitrah manusiawi lelaki dan perempuan itu saling memerlukan dan punya tarikan yang sangat kuat. Bila dalam sesi nasihat bersama pelajar saya sebutkan perkara ini, ada yang menyebut : " tapi sazah, lelaki ini memang tarikan dia perempuan ! susah la!. " Sememangnya itulah fitrah, tetapi bagaimana kita menyalurkan fitrah itu mengikut acuan yang benar. Itu persoalannya. Di dalam a-Qur'an Allah telah sebut semua perkara dengan jelas dan setiap perkara itu disusuli dengan ganjaran dan pembalasan. Jadi pilihan ada di tangan kita. Hubungan lelaki dan perempuan ini ialah fitrah manusiawi. Jika jalan kita benar akan membawa kita kepada ibadah yang diredhai tetapi jika kita memilih jalan yang salah boleh menjerumuskan kita ke dalam kecelakaan yang sangat digeruni. Waiyazubillahiminzalik...
Kita semua manusia yang akan sentiasa naik dan turun keimanan kita, diuji dan ada masa kita melepasi ujian dengan baik dan ada masanya kita kalah lalu terjatuh dalam kancah dosa, tetapi di sana Allah menyebut : "semua anak adam itu pendosa dan sebaik-baik pendosa itu yang memohon keampunan Allah atas dosa-dosanya". dan seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama 2 kali. Dosa ini sangat merbahaya jika tidak dirawat. Ia akan meninggalkan titik hitam di dalam hati kita dan titik itu akan bertambah dan merebak dengan cepat sekali. Oleh itu kita perlu lazimkan hati dan lidah kita dengan "istighfar" untuk menyucikan hati.
Biarlah kita menjadi seperti cintanya Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang saling mencintai secara diam-diam. Kemudiannya atas kesabaran dan kecintaan kepada Allah mereka disatukan. Sejurus masuk ke alam perkahwinan untuk wanita dan saya sendiri bercita-citalah menjadi seperti Saidatina Khadijah yang memberi segal-galanya kepada Rasulullah. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi, harta, serta menjadi pendamping Rasulullah yang paling dikasihi. kemudiannya apabila direzekikan Allah anak, bercita-citalah paling kurang mendapatkan anak seperti Umar Ibnu Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Syeikh Ahmad Yasin dan ramai lagi pejuang-pejuang agama Allah yang nama mereka mekar harum walau jasad sudah tiada lagi.
Dalam perkahwinan itu, kita ada hak memilih dan disuruh untuk memilih. Letaklah 4 kriteria ini secara adil : agama, nasab, harta dan rupa. Semoga dengan pemilihan yang baik menyelamatkan rumahtangga kita hingga ke firdausi.
Setelah saya update posting ini pasti ramai lagi akan tertanya-tanya bila giliran saya dengan pelbagai andaian. 😉
Selangkah saya membuat keputusan menyambung pengajian saya ke Turki selangkah saya bergerak lebih dekat menuju ke gerbang pernikahan. Doakan saya dipertemukan dengan jodoh yang terbaik dari Allah pada masa yang terbaik dan semoga dia ialah ayah yang terbaik untuk generasi yang bakal saya lahirkan dan semoga dia benar-benar datang melengkapkan dan meluruskan ketempangan langkah saya. Allahuma amin.
Kepada Hanif, jutaan tahniah untuk awak atas keputusan besar dalam hidup awak ini. Sazah yakin awak mampu jadi suami soleh dan musleh untuk Nazifa dan keluarga awak. Nazifa jaga baik-baik anak murid sazah😇. Untuk kawan-kawan dan adik-adik Hanif yang masih ramai lagi di bawah sana. Jangan melihat kepada siapa yang menulis bait-bait kalimah ini. Tetapi ambil lah pedoman dari penulisannya dan manusia-manusia di sekeliling kita. Jadi segala yang baik itu sebagai inspirasi dan yang buruk itu sebagai pedoman diri. Yakinlah dengan berusaha membentuk diri menjadi seorang yang dikasihi Allah dan diredhaiNya itu yang terpenting kerana sesiapa yang menjaga hak Allah atas dirinya maka hak dia juga akan dijaga Allah bahkan lebih.
Jagalah diri , jagalah iman di hati. Bajailah ia dengan amal soleh dan amal qawie. Semoga kita tidak mudah dipakai dengan "tablis iblis" musuh nan abadie.
#semogaAllahmengampunkansemuadosakitadahulukinidanakandatang
#syurgayangdirindukan
27/12/2019
10.24pm Malaysia
5:24pm Turki
Membina jiwa pemuda supaya mereka bangun membina ketamadunan negara. Beri panduan dan semangat serta berkongsi pengalaman agar mereka mampu mengatur langkah yang lebih jitu untuk membina masa depan yang lebih unggul.
Friday, December 27, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terdidik melalui ayat-ayatNya
Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...
-
Ada yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Turki? Entry kali ini saya akan perincikan cara-cara untuk "apply study" di Turki...
-
Merujuk kepada laluan pengajian ke 2 dan ke 3 pada entry ke 7 saya sebelum ini, jika kalian berhajat menyambung pengajian ke Turki ada sat...
No comments:
Post a Comment