Friday, December 27, 2019

Baitul Muslim

Input hari ini terinspirasi oleh musim perkahwinan atas pernikahan anak sulung MASDAR, Muhammad Hanif Abu Kassim dan pasangannya pada 25 Dis 2019. Esokpula ialah majlis bertandang sebelah keluarga lelaki. Doa ustazah semoga setiap perjalanan awak dan Nazifa meniti hari-hari mendatang dipermudahkan Allah serta dikurniakan sakinah dan mawaddah, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Diperkemaskan lagi gerak kerja dakwah dan tarbiyah antara 2 keluarga.💖

Saya bukan orang yang tepat membicarakan tajuk perkahwinan kerana status saya sendiri masih bujangan. Jadi, saya memilih pengalaman hidup saya dan orang lain untuk memberikan sedikit masukkan kepada anak remaja terutamanya atau sesiapa yang masih se"title" dengan saya.

Saya membesar di usia 9 - 12 tahun bersama guru-guru bujang saya di sekolah rendah kerana rumah saya yang jauh dari sekolah. Di sekolah menengah saya bersama rakan-rakan seangkatan saya yang juga pernah terjebak dalam cinta monyet. Memasuki alam IPT antara sebab saya memilih Sudan kerana ingin menyelamatkan diri dari godaan percintaan alam universiti. Di Sudan juga berdepan dengan pengalaman cintan cintun remaja. Ada yang berjaya ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang. Masuk alam pekerja saya berdepan dengan pengalaman rakan sekerja , kenalan-kenalan lama dan saya mempunyai lebih kurang 250 - 300 orang pelajar. Secara tidak langsung saya dapat mengenali background keluarga mereka yang pelbagai.

Pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh orang lain di depan mata saya ini sedikit sebanyak mendidik saya dan memahamkan saya betapa pentingnya pembentukkan manusiawi dalam menjadi hamba rabbani.

Selalu saya ulang sebut bersama pelajar di dalam majlis-majlis suatu ketika dahulu: " ayah Imam Nawawi menyatakan bahawa proses tarbiyah untuk mendidik Imam Nawawi ialah 40 tahun sebelum kelahiran beliau". Ini bermakna sebelum ayah kepada Imam Nawawi memasuki gerbang pernikahan beliau telah memulakan proses pendidikan Imam Nawawi. Ingin disampaikan di sini bahawa perkahwinan itu bukan satu permainan yang kita fokus padanya bila kita berminat dan bila bosan kita meninggalkannya. Perkahwinan dalam membina baitul muslim ini ialah pencantuman 2 hati yang bermatlamatkan Allah dan Rasul. Bila mana matlamat kita ialah Allah dan Rasul maka ia bukan sesuatu yang boleh ambil mudah. Di sana ada tanggungjawab yang besar kerana perkahwinan itu melengkap agama. Perkahwinan itu melahirkan generasi pewaris agama, perkahwinan itu soal menjaga kehormatan diri dan pasangan. Di dalam perkahwinan bukan semuanya bicara percintaan semata-mata, tidak cukup dengan mengatakan saya mencintai kamu dan pastinya kamu lebih lagi. Tetapi apabila kita mengungkapkan cinta maka di sana akan menuntut hak dan tanggungjawab, kerjasama, pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, perasaan dan bermacam adunan rasa lagi.  Sangat banyak yang perlu difikirkan dalam pembinaan sesebuah keluarga. Proses pendidikan anak-anak bukanlah satu eksperimen "try n eror" sahaja. Untuk melahirkan generasi pewaris perlukan ilmu pengetahuan, perlukan kematangan fikiran, perlukan kesabaran yang tinggi.

Fitrah manusiawi lelaki dan perempuan itu saling memerlukan dan punya tarikan yang sangat kuat. Bila dalam sesi nasihat bersama pelajar saya sebutkan perkara ini, ada yang menyebut : " tapi sazah, lelaki ini memang tarikan dia perempuan ! susah la!. " Sememangnya itulah fitrah, tetapi bagaimana kita menyalurkan fitrah itu mengikut acuan yang benar. Itu persoalannya. Di dalam a-Qur'an Allah telah sebut semua perkara dengan jelas dan setiap perkara itu disusuli dengan ganjaran dan pembalasan. Jadi pilihan ada di tangan kita. Hubungan lelaki dan perempuan ini ialah fitrah manusiawi. Jika jalan kita benar akan membawa kita kepada ibadah yang diredhai tetapi jika kita memilih jalan yang salah boleh menjerumuskan kita ke dalam kecelakaan yang sangat digeruni. Waiyazubillahiminzalik...

Kita semua manusia yang akan sentiasa naik dan turun keimanan kita, diuji dan ada masa kita melepasi ujian dengan baik dan ada masanya kita kalah lalu terjatuh dalam kancah dosa, tetapi di sana Allah menyebut : "semua anak adam itu pendosa dan sebaik-baik pendosa itu yang memohon keampunan Allah atas dosa-dosanya". dan seorang mukmin itu tidak akan jatuh ke lubang yang sama 2 kali. Dosa ini sangat merbahaya jika tidak dirawat. Ia akan meninggalkan titik hitam di dalam hati kita dan titik itu akan bertambah dan merebak dengan cepat sekali. Oleh itu kita perlu lazimkan hati dan lidah kita dengan "istighfar" untuk menyucikan hati.

Biarlah kita menjadi seperti cintanya Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang saling mencintai secara diam-diam. Kemudiannya atas kesabaran dan kecintaan kepada Allah mereka disatukan. Sejurus masuk ke alam perkahwinan untuk wanita dan saya sendiri bercita-citalah menjadi seperti Saidatina Khadijah yang memberi segal-galanya kepada Rasulullah. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi, harta, serta menjadi pendamping Rasulullah yang paling dikasihi. kemudiannya apabila direzekikan Allah anak, bercita-citalah paling kurang mendapatkan anak seperti Umar Ibnu Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Syeikh Ahmad Yasin dan ramai lagi pejuang-pejuang agama Allah yang nama mereka mekar harum walau jasad sudah tiada lagi.

Dalam perkahwinan itu, kita ada hak memilih dan disuruh untuk memilih. Letaklah 4 kriteria ini secara adil : agama, nasab, harta dan rupa. Semoga dengan pemilihan yang baik menyelamatkan rumahtangga kita hingga ke firdausi.


Setelah saya update posting ini pasti ramai lagi akan tertanya-tanya bila giliran saya dengan pelbagai andaian. 😉

Selangkah saya membuat keputusan menyambung pengajian saya ke Turki selangkah saya bergerak lebih dekat menuju ke gerbang pernikahan. Doakan saya dipertemukan dengan jodoh yang terbaik dari Allah pada masa yang terbaik dan semoga dia ialah ayah yang terbaik untuk generasi yang bakal saya lahirkan dan semoga dia benar-benar datang melengkapkan dan meluruskan ketempangan langkah saya. Allahuma amin.

Kepada Hanif, jutaan tahniah untuk awak atas keputusan besar dalam hidup awak ini. Sazah yakin awak mampu jadi suami soleh dan musleh untuk Nazifa dan keluarga awak. Nazifa jaga baik-baik anak murid sazah😇. Untuk kawan-kawan dan adik-adik Hanif yang masih ramai lagi di bawah sana. Jangan melihat kepada siapa yang menulis bait-bait kalimah ini. Tetapi ambil lah pedoman dari penulisannya dan manusia-manusia di sekeliling kita. Jadi segala yang baik itu sebagai inspirasi dan yang buruk itu sebagai pedoman diri. Yakinlah dengan berusaha membentuk diri menjadi seorang yang dikasihi Allah dan diredhaiNya itu yang terpenting kerana sesiapa yang menjaga hak Allah atas dirinya maka hak dia juga akan dijaga Allah bahkan lebih.
Jagalah diri , jagalah iman di hati. Bajailah ia dengan amal soleh dan amal qawie. Semoga kita tidak mudah dipakai dengan "tablis iblis" musuh nan abadie.

#semogaAllahmengampunkansemuadosakitadahulukinidanakandatang
#syurgayangdirindukan

27/12/2019
10.24pm Malaysia
5:24pm Turki

Monday, December 23, 2019

Jual Beli Yang Tiada Kerugian


Jantung Hati💘

Seperti yang dijanjikan, tak nak biar korang tunggu lama kan...😉

Sebenarnya saya sendiri nak ambil masa untuk suntik hamasah diri yang kebekuan harakat ini. Saya bukan manusia sempurna, hanya wanita biasa yang dididik untuk menjadi srikandi yang terbaik dari hari ke hari untuk menuju Tuhan dalam keadaan diredhai. 

Perjalanan hidup saya dan keluarga pasti tidak sama dengan orang lain. Susur galur keturunan itu sangat mempengaruhi diri kita secara sedar atau tidak. Kemudian kita membesar atas didikan ibu dan ayah yang pasti banyak akan mempengaruhi kemenjadian kita. Allah berfirman dalam kitab yang mafhumnya berbunyi : "Setiap manusia itu lahir dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang mendidik dirinya menjadi nasrani, majusi,masihi atau sebagainya". Namun kemudiannya dalam proses pembesaran kita teman dan persekitaran juga menjadi faktor terpenting. Oleh itu, pemilihan sekolah untuk anak-anak merupakan agenda penting dalam pendidikan kerana masukkan input di awal usia dan meningkat remaja adalah kesan yang tersangat kuat untuk dijadikan bekal menuju dewasa.

Sebenarnya saya ingin bercerita tentang perniagaan. Saya dibesarkan dengan mata pencarian ibu ayah yang merupakan peniaga semenjak mereka menjejak awal remaja sehinggalah mereka berkahwin dan kekal berada dalam dunia perniagaan sehingga sekarang. Mak seorang yang peramah, suka bercerita dan dalam ceritanya penuh pengajaran. Seawal bertih jagung usia perkahwinan mereka, ayah hanya seorang pekerja di kedai jualan ayam. Kerja ayah hanya sebagai pemotong ayam. Tetapi dengan pekerjaan itu kata mak ayah berjaya menghantar duit kepada tok dan tokwan bahkan mampu menyara adik-adiknya dan adik-adik iparnya bersekolah. Sehingga kemudian mereka berniaga sendiri. Beca kecil ditolak setiap pagi ke stesen bas lama, Sungai Petani. Seterusnya, berkembang kepada kedai runcit depan kediaman rumah kami, seterusnya bertukar lagi dengan warung makan kecil ditepi jalan bersebelahan rumah. Kemudiannya berpindah ke kedai runcit yang lebih besar di deretan kedai, Taman Ria. Waktu ini alhamdulillah rezeki Allah sangat banyak untuk kami. Saya, abang selalu ke kedai membantu packing barang dan membantu dalam urusan jual beli dengan pelanggan. Waktu ini saya dibangku sekolah rendah dan abang di sekolah menengah. Dalam beberapa tahun selepas itu, perniagaan agak merosot, mak dan ayah menjual kedai tersebut dan membuka restoran pula. Dari restoran berpindah ke kedai perabot seterusnya kepada kedai bundle dan akhirnya sekarang melibatkan diri dalam dunia katering. 

Adik beradik yang paling mengikut jejak langkah mak ayah, tidak lain tidak bukan ALBO la. Mak dah serah semua aset perkakas dapur kepada dia. Dia juga tempat adik-adik menadah tangan untuk belanja bulanan mereka. Semoga Allah berkati dia dan murahkan rezeki dia. Alhamdulillah walaupun yang lain tidak terjun sepenuhnya ke bidang masakan tetapi semuanya ada kelebihan memasak walaupun tidak semahir ALBO. "Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan!"

Persekitaran ini sangat membentuk diri kami, seawal usia 11 tahun, saya telah aktif memasak di dapur. Apabila tiba hari raya saya akan memasak untuk kaum kerabat yang berkumpul. Menu paling menjadi buah mulut semua waktu itu  ialah "kobis goreng kunyit". Tidak lupanya saya dengan kenangan itu walaupun tidak pasti kenapa menu itu yang menjadi buah mulut semua. Kemudian di MATRI, Saya sering mengambil bahagian semasa hari kantin dengan menebar roti canai. hehe....Sehingga saya berada di menengah atas saya kerap ke kem-kem jati diri dan kepimpinan. Di sana, saya berpeluang menuntut ilmu masakan bersama Ust. Din dan Ust. Shaari. Sehingga selesai tingkatan 6 di MATRI dan saya lead ajk masakan di kem KMK. Itu job terbesar saya sewaktu berusia 19 tahun, masak untuk 150 orang ahli kem jika tidak salah. Saya seorang yang sukakan cabaran dan saya pantang mengatakan tidak, jika belum mencuba. 

Setelah selesai Sijil Menengah Agama Malaysia (STAM), saya menyambung pengajian ke Sudan. Pesan mak dan ayah, jika saya mahu menyambung pengajian ke luar negara mereka tidak akan halang. Tetapi hanya Sudan sahaja dibenarkan kerana ada abang di sana dan jangan berharap duit mak ayah kerana adik-adik ramai lagi bersekolah dan semuanya di sekolah swasta. Saya faham situasi mak dan ayah, bahkan menyekolahkan kami di MATRI itu adalah hadiah terindah dalam hidup kami. Sehingga hari ini adik yang bongsu iaitu yang kelapan masih di sana untuk menamatkan lagi 1 tahun persekolahannya di tingkatan 6.

Abang sudah 5 tahun  di Sudan. Kata dia, kakak awak datang ja dulu adalah rezeki awak nanti. Inilah didikan Allah terbesar dalam hidup saya. Didikan untuk meletakkan tawakal kepada Allah itu yang tertinggi. Berharap dan meminta hanya kepada Dia yang memberikan rezeki. Setelah 7 bulan  saya di Sudan, saya ditawarkan mejadi guru qur'an di sebuah rumah staf Petronas Malaysia yang bekerja di Sudan. Maha Suci Allah, saat itu bekal duit yang saya bawa dari Malaysia sudah terlalu susut. Saya tidak akan lupa proses pembinaan jati diri saya ini. Dari situ saya mula mencuba dan menjebakkan diri dengan bidang-bidang lain. Antaranya, roti canai, cek mek molek dan cucur badak frozen. Menjadi guru kafa, mengambil order kuih muih Malaysia, menjadi pembantu rumah, guru bahasa arab kepada madam-madam Petronas dan katering kecil-kecilan. 5 tahun setengah saya di sana bersama 5 adik beradik saya secara berselang seli sehingga akhirnya yang ke 5 telah pulang "for good" pada 4 tahun lepas. Dalam tempoh itu kami tidak pernah tidak cukup makan, bahkan kami pula yang dilihat seolah-olah berduit banyak. Alhamdulillah, berkat didikan mak ayah kami saling berkong rezeki. Jika saya ada lebih saya yang akan bantu abang dan adik-adik, dan jika saya tiada mereka pula yang mengambil bahagian. Tiada istilah duit saya duit saya, bahkan duit dia adalah duit semua. 

Selepas MATRI, di Sudan lah Allah banyak didik kami mengenali dan memahami hakikat kehidupan, sumber rezeki dan banyak perkara. Mak ayah tidak pernah settingkan dalam kepala kami untuk bergaji besar dan hidup mewah serta mendapat pengiktirafan dunia.  Satu yang mereka sering pahatkan dalam jiwa ialah untuk berjiwa besar dan menjadi "khadam lil ummah". Alhamdulillah hajat mereka terlaksana. Kami 5 orang bekerja di sekolah swasta yang pasti semua mafhum tangga gajinya, ya kan! Namun alhamdulillah semuanya serba cukup kerana saat kamu memilih berjual beli dengan Allah. Maka kamu tidak akan rugi walaupun 1 sen dari sumber pencarian kamu!

7 tahun saya di Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin, sebagai guru dan warden. Kemudian diamanahkan sebagai ketua unit kokurikulum, penyelaras hem, penolong kanan kurikulum dan akhirnya pada tahun ke 7 sebagai penolong kanan 1 sekolah. Pengalaman yang sangat bermanfaat, pahit manis, jerih perih, suka duka dan tarbiyah Allah yang terbaik dalam singgahan di perhentian ini. Akhirnya atas semua yang saya lalui Allah natijahkan saya kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Kesimpulan yang dapat saya kongsikan di sini. Ikutilah contoh Rasulullah s.a.w , saat dibaling najis Baginda masih mampu membalas dengan kebaikkan, ketika dilemparkan dengan kehinaan Baginda lalu mengunyahkan makanan ke mulut musuhnya. Akhirnya yang dulunya musuh kini menjadi muslim atas akhlak terpujinya Baginda. Allah tidak meminta kita hadirkan natijah tetapi Allah mahu kita berusaha, terus berusaha laksanakan kerja kita sebagai khalifah Allah sehingga akhirnya Allah yang menentukan siapa yang berhak mendapatkan hidayahNya. Ya Rahman Ya Rahim, thabatkan kami dijalanMu. Kini saya punya hampir 200 orang pemuda pemudi yang berjiwa besar bersama dengan saya dalam 1 kapal dengan 1 matlamat mencari keredhaan Allah. Semoga kami semua kekal atas landasan yang sama sehingga Allah menjemput kami pulang.

Selepas 7 tahun ini juga akhirnya cita-cita saya untuk ke Turki direzekikan Allah. Bermula dengan jatuh cinta dengan presiden negaranya akhirnya membawa saya ke sini. Aneh, saya tidak punya simpanan bulanan atau tahunan walaupun 1 sen tetapi lidah saya dengan yakin menceritakan yang saya akan ke Turki menyambung pengajian pada bulan 9 tahun ini. Apabila ditanya kepada saya mesti dah simpan banyakkan, lama dah kerja. Berapa kos untuk sambung ke sana? saya hanya senyum  sahaja kerana tiada jawapan untuk persoalan itu. Dalam hati saya bina keyakinan, saya ada Allah. Saya nak buat benda baik untuk menuntut ilmu. Allah tidak akan sia-siakan saya. Allah dah hantar saya ke Sudan. Allah dah kabulkan saya untuk melancong ke Jordan dan Mesir. Bahkan Allah bagi pelancongan itu dengan percuma sahaja bilamana Allah hantarkan seorang yang terlalu pemurah sponsor tiket saya ke sana dan tiket pulang saya ke Malaysia selepas tamat pengajian di Sudan. Setelah Allah beri saya semua itu saya yakin Allah akan mudahkan jalan saya kali ini juga. Akhirnya setelah 2 minggu terakhir flight saya akan berlepas, orang yang sama Allah hantar kepada saya membiayai tiket penerbangan saya ke Turki. Allahu Akbar! Doa saya semoga Allah jaga dia dan keluarganya serta selamatkan mereka daripada azab neraka. Terlalu banyak jasa dia kepada saya dan adik-adik saya.

kali ini saya berjaya menapak ke benua Eropah dengan harapan dan kasih sayang yang lebih banyak. Terlalu banyak! Konsep yang sama yang saya perlu faham apabila saya memilih untuk mengembara lagi. Saya perlu tahu yang saya perlu dapatkan ilmu itu dengan membayar harganya melalui perniagaan. Walaupun pada hakikatnya saya tidak pernah berhenti daripada berniaga. Alhamdulillah setelah 1 bulan setengah saya di Turki, Allah ilhamkan saya untuk memulakan bisnes roti canai frozen. Saya kembali mencuba bagaimana mencipta adunan baru dengan resepi yang bersesuaian dengan cuaca dan bahan di sini. Alhamdulillah setelah dua kali cubaan saya dapat resepi yang ideal walaupun sampai hari ini masih dalam proses utk semakin menghasilakn yang terbaik. Dan hari ini saya telah berada di sini 3 bulan 1 minggu. Alhamdulillah sudan ada 4 menu rasmi yang saya iklankan di FB, IG dan Youtube kami "OMURGANUSANTARA".

Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaan Allah yang terlalu banyak ini.

Hari ini sekali lagi Allah hantar khabar gembira dan Allah tingkatkan keyakinan saya kepadaNya. Saya akan mengikuti projek musim sejuk atas nama "Selimut Syria 3.0 pada 8 - 11 Januari ini. Tetapi saya terlupa yang tempoh 3 bulan saya di Turki telah tamat. Jadi untuk saya bergerak ke mana-mana saya perlukan "ikamet". Saya baru sahaja ke pejabat pengurusan ikamet untuk warga asing pada 4 Disember yang lepas. Kebiasaannya ikamet akan diproses selama 1 bulan , 2 bulan atau lebih lagi. Saya berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan harapan akan berlaku keajaiban dalam proses ikamet saya kerana Allah berhak atas segala sesuatu. Alhamdulillah summa alhamdulillah hari ini 23 Disember selepas 19 hari pejabat pos telah sms saya dan memberitahu yang ikamet saya telah diposkan ke alamat saya. bertambah semangatlah saya mencari note book kecil saya ini untuk berkongsi. Sebelum note book ini menyala saya sempat lihat tracking no, ikamet saya masih di Ankara. Mohon doa semua agar ia selamat tiba secepat yang boleh ke Istanbul.

Perkongsian saya kali ini untuk sama-sama mengajak sidang pembaca yang dikasihi sekalian memahami mafhum dari ayat Qur'an : "Mahukah kamu Aku tunujkan satu perniagaan yang tidak akan kamu temui padanya kerugian!". Benar, jual beli dengan Allah ialah satu keuntungan yang tidak akan kita temukan titik muflis. Dalam kitab Risalah Al -Nur karangan Siad Nursi, kalimat 6 dan 7 juga memperbahaskan tentang rezeki Allah kepada makhluk serta ketinggian tawakal kepada Allah. Tugas utama manusia menjadi khalifah Allah ialah mengajak kepada makruf dan mencegah mungkar. Apapun pekerjaan kita, tetapi kerja utama kita ialah membawa manusia mengenal Rabnya. Tugas itu wajib atas setiap individu tanpa pengecualian seorang pun dari kita. Laksanakanlah hak Allah atas kita, maka rezeki kita berada dalam genggamanNya. Allah menjaga rezeki hamba-hambanya hatta seekor semut di celahan batu juga telah tertulis rezekinya.

Semoga Allah jadikan saya antara jutawan dunia, moga dengan kekayaan itu saya mampu menjadi tangan di atas yang sentiasa ada tadahan tangan di bawahnya. Amin...

Ini penulisan terpanjang saya setakat ini untuk laman Omurga Nusantara. Lagi banyak kita cakap, kita tulis lagi banyak kita akan diuji. Penulisan kali ini dengan harapan menjadi medan muhasabah saya dan medan untuk sama-sama kita berusaha mempertingkatkan husnuzon kita kepada Allah, keyakinan kita kepada Allah, interaksi kita dengan Allah dan menjadikan Allah segala-galanya untuk kita.

Akhir dari saya, semoga Allah memelihara kita dan menjaga niat kita serta mengekalkan hidayah Allah atas kita serta menutup semua pintu keaiban kita dunia dan akhirat.

Manusia itu sinonim sebagai pendosa, sebaik-baik pendosa itu ialah yang sentiasa memperbaharui taubatnya.

on mood :
#omurganusantarakatering
#selimutSyria3.0
#promosiSMART
#promosiKHASSAH
#SeaSummit
#odevleri
#turkcekursunu
#syurgayangdirindukan
#ikamet💖

24 Dis 2019
6.00am, Malaysia

Edited 27/12/2019
3.24pm Malaysia









Wednesday, December 18, 2019

Genap 3 Bulan

Genap 2 bulan saya tidak menyuci laman blog ini dengan mata pena dan perkongsian akal dan jiwa. Jika laman ini ialah sebuah bilik pastinya telah dipenuhi sesawang, jika laman blog ini ialah jiwa manusia pastinya jiwanya telah kering tanpa disirami  baja keimanan. Syukur ia hanya ruang dan medan saya berkongsi cerita dan pengalaman dan mengasah bakat penulisan sahaja. Semoga jiwa saya tidak saya tinggalkan terlalu lama tanpa disirami baja yang mampu meyuburkan iman.

14 Dis 2019, telah genap 3 bulan saya di bumi Uthmaniyah ini. Alhamdulillah terlalu banyak tarbiyah kehidupan yang Allah hidangkan untuk saya. Dalam tempoh 3 bulan ini semua yang saya "aim" untuk saya perolehi dalam tempoh 1 tahun telah Allah rezekikan tapak untuk saya aturkan langkah atasnya. Tiada kalimah lain yang lebih tepat melainkan lafaz syukur yang tidak terhingga atas rahmat Allah sepanjang kehidupan saya.

kelas A1

Saya telah menyelesaikan "A1" atau lebih familiar dikalangan penuntut lughah dengan mustawa 1. Sekarang sudah masuk minggu ke 2 untuk "A2".  Kelas bahasa  ada 5 mustawa bermula dengan A1, A2, B1, B2, sehingga C1. Setiap mustawa ini memakan masa selama 2 bulan atau lebih tepat lagi 7 minggu. 1 mustawa bersamaan dengan 6 minggu pengajian dan 1 minggu murajaah kubra beserta peperiksaan akhir. Setiap selesainya 3 minggu pengajian akan disusuli dengan "Ara Sinav" atau "kuiz". Jadi kami akan melalui 2kali kuiz sebelum berdepan dengan "final exam". Hanya 5% markah yang akan dibawa untuk ke final. Peperiksaan akhir pula mengandungi 4 bahagian iaitu penulisan (essay), mendengar, bercakap dan membaca ( lebih kurang muthalaah + nahu).  Setiap bahagian perlu lulus paling kurang 15/25 untuk mencukupkan markah lulus 60/100. Sakit juga sebenarnya kerana jika andai bahagia dengan mendapat 75% tetapi pembahagian markah anda seperti ini ( 24,22,15,14) maka anda perlu repeat kembali paper anda yang tidak mencapai markah minimum 15 markah tersebut ataupun jika pembahagian markah anda adalah seperti ini (25,25,14,11) maka anda perlu repeat mustawa kembali atau repeat keseluruhan kelas. 😑. Tetapi jika anda terlebih bijak pun sehingga tidak komited untuk hadir ke kelas anda juga akan berada dalam kerugian yang besar kerana setiap pelajar yang tidak hadir ke kelas lebih dari 7 hari akan digugurkan nama dari peperiksaan.

"Kebenaran yang tidak terancang akan senang dikalahkan oleh kebatilan yang terancang" secara fitrahnya itulah kehidupan manusia. Allah telah mengajar kita lebih awal lagi dalam al-qur'an ketika mana Allah menceritakan tentang penciptaan langit dan bumi dan banyak lagi contoh lain. Begitu juga dalam sesebuah keluarga ada garis panduannya, jika hendak keluar rumah anak-anak mesti memohon kebenaran ibu ayah dan sang ayah pula ialah ketua keluarga yang mesti dihormati oleh ahli-ahlinya. Dalam sesebuah organisasi seperti sekolah ada peraturan-peraturan yang perlu pelajar dan guru patuhi kerana peraturan itu sendiri merupakan keperluan hidup untuk memastikan tujuan dicapai.

Selesai mustawa 1 ini saya dah boleh berbasa basi dengan mak cik pak cik di jalanan, lebih yakin untuk urusan jual beli di pasar, boleh bertanya penduduk setempat arah jalan, bergerak ke sana sini tanpa ditemani orang lama dan mengumpul "vocab" yang lebih banyak. Kami baru sahaja diperkenalkan dengan kata kerja sekarang atau bahasa arabnya "feel mudhari' ". Jadi semua ayat kita pakai kaedah yang sama je walaupun nak cerita pasal 2 tahun lepas😆. Pada pendapat saya, untuk sesiapa yang pernah belajar bahasa arab, bahasa Turki tidaklah terlalu susah untuk dikuasai kerana bahasa Turki sangat banyak menyerap masuk kaedah dan perkataan bahasa arab. Pelajar-pelajar arab sangat suka mempertikaikan apa yang digunakan dalam bahasa mereka dan bahasa Turki. Biasalah peel orang arab ni :). Tetapi mengikut bacaan saya sebelum ini, peratusan bahasa arab yang diguna pakai dalam bahasa Turki lama ialah 70% dan setelah pemerintahan Kamal Atarturk telah diubah suai sehingga berbaki sebanyak 30% sahaja.  Tetapi rakan-rakan sekelas saya ini Allah izin kebanyakkannya bijak pandai jadi teruji jugalah emosi saya untuk bersaing dengan mereka. Perasaan yang ada sekarang ini rasanya sama seperti perasaan pelajar-pelajar saya bilamana mereka mengadu stress tengok kawan-kawan lain perform, saya je tak boleh sazah diorang semua ok. Kemudian saya pun mulalah beri masukkan, awak boleh! jangan compare awak dengan orang lain. Tengok perkembangan awak sebelum ini dan sekarang bagaimana bla...bla... Sekarang saya nak kena telan balik semua kata-kata yang pernah saya lontarkan sebelum ini. Inilah kehidupan sentiasa berputar-putar, kadang kita di bawah kadang kita di atas, kadang kita memberi mungkin suatu hari kita pula meminta. Peliharalah kata-kata dan tindakan kita. Perbanyakkanlah kata-kata yang baik serta tingkatkan amal soleh kita kerana kebaikkan akan dibalas dengan kebaikkan juga.

Inilah masalahnya sekali dah gerakkan jari panjang pula ceritanya.....😍

Saya juga dalam proses menunggu ikamet/permit menetap saya siap. Mohon doa semua yang singgah di sini agar permit itu sampai ke rumah saya sebelum tamatnya Disember 2019 ini. Ikamet ini umpama nyawa ke2 untuk meneruskan kehidupan sebagai pengembara di bumi Uthmaniyah ini. Saya perlukan ikamet juga untuk menjayakan misi saya bersama team Selimut Syria 3.0 ke 4 penempatan pelarian Syria di Turki. Mohon doa agar projek dan usaha kecil kami ini diterima Allah sebagai amal qawie. Alang-alang dah singgah dan baca entri ni mohonlah war-warkan dan sumbang seorang sedikit untuk sama-sama kita mendapat saham membantu saudara seaqidah kita. 💪

Saya juga telah mula berjinak dalam bidang perniagaan katering secara kecil-kecilan. Nak tahu apa, bagaimana, kenapa, siapa dan segala bagai persoalan itu kena tunggu next entry saya. Harap saya boleh kembali memperindahkan laman blog saya ini. Doakan saya istiqamah kerana  itu perkara paling susah untuk saya buat😟

Oklah, saya nak cari ilham mengarang puisi pula .... iyi geceler!





Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...