Pengajaran
lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea.
Melihat
baby saya yang baru berusia 1 bulan 20 hari melompat masuk ke kotak tandasnya membuatkan
saya berfikir yang uslub “khudwah qabla dakwah” itu sangat berkesan hatta
kepada haiwan boleh kita apply. Sewaktu usia 2 ekor baby ini mencecah 1 bulan 5
hari mereka mula membuang najis kecil. Tatkala itu saya hanya menukar cadar
atau lapik mereka sahaja kerana mereka terlalu kecil dan masih tidak dapat
mencerna arahan. Bacaan minda saya berkata: biarlah dahulu, nanti mereka sudah
mula membuang air besar saya akan ajar mereka ke tandas. Tetapi apabila mereka
sudah mula makan dan mendapatkan back up susu tambahan seperti fresh milk (
lactose free) perut mereka sudah memproses makanan menjadi najis.Namun, saya
tetap tidak melatih mereka ke tandas tetapi sabar mencuci setiap najis yang
dilepaskan dipenjuru-penjuru rumah. Sehingga 3-4 hari lepas saya sudah nampak
mereka mula melangkah masuk ke tandas tanpa sempat saya beri Latihan. Dalam 2
ekor ini seekor lebih bijak dan aktif. Seekor lagi sedang belajar daripada yang
serba lebih dari dia.
Melihat
situasi ini saya boleh relatekan dalam proses pendidikan manusia. Dalam konteks
yang lebih kecil proses tarbiyah anak-anak dalam sesebuah keluarga. Betapa
pentingnya pendidikan anak-anak dengan tarbiyah Islamiyah yang sempurna.
Mendidik anak pertama dengan penuh kasih sayang. Mendidik dan memberi
persediaan dia menjadi pemimpin kepada adik-adiknya yang bakal menyusul
kemudian hari. Anak-anak yang memegang title abang atau kakak ini akan menjadi
individu penting dalam membantu ayah dan ibu mereka mendidik adik-adik. Dalam
proses ini kita tidak boleh mengharapkan kesempurnaan kerana kita yang mendidik
juga tidak sempurna. Hadapilah proses ini dengan penuh kasih sayang dan ikhlas tanpa
mengharapkan natijah. Sesungguhnya kerja kita ialah mendidik dan natijah itu
adalah urusan Allah.
Begitu juga
dalam sesebuah sekolah. Betapa pentingnya pendidikan generasi pertama dan
berikutnya untuk membantu pembentukkan sesebuah sekolah itu apabila ia lebih
berkembang pesat dan fitrah ini akan turut berlaku dalam sesebuah organisasi,
syarikat hatta kepimpinan negara.
“Khudwah
qabla dakwah” lebih mudah dicerna dan memberi impak yang lebih kuat kepada
individu untuk diikuti. Ia juga uslub dakwah yang lebih ringan dan lebih mudah
diapply oleh semua orang. Dalam kepimpinan juga kita perlu membina generasi
pewaris agar semua kerja buat kita tidak mejadi sia-sia kerana terputus tanpa
penyambung. Mungkin bukan melalui kita jalan hidayah itu sampai kepada mereka
tetapi sekurang-kurangnya kita menumpang saham kebaikan itu.
Marilah
sama-sama kıta perbaharui diri kita dan perbaiki sedikit demi sedikit dari hari
ke hari. Semoga dengan akhlak Islamiyah yang kita praktikkan menambat banyak
hati kepada islam dan membuatkan lebih ramai Kembali kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa.