Monday, September 5, 2022

İtenary Umrah DİY


 Alhamdulillah 1st time menjejaki ke haramain merupakan pengalaman manis yang penuh kesyahduan. 17 hari perjalanan dilalui dengan baik walaupun itenery telah disusun tetapi sentiasa berubah mengikut keperluan dan situasi semasa. Saat terasa bahang panas Allah hadirkan hujan menyejukkan bumi. Saat risau kewangan yang tidak mencukupi Allah rezekikan kecukupan bahkan ia lebih dari kebutuhan diri. Maha Pengasihnya Allah. Apabila kita berharap sepenuhnya kepada Allah maka Allah akan sentiasa ada mencukupkan rezeki kita. Bersangka baiklah pada Allah dalam setiap masa dan ketika.

So, entri kali ini saya akan detailkan itenery kami selama 17 hari semoga ia bermanfaat buat semua.

6 Ogos 2022

9.30am : flight berlepas dari Sabiha Airport

7 Ogos 2022

1.10am : tiba di Airport King Abd Aziz, Jeddah

2.45am : bergerak ke Mekah

4.15am : check in hotel

              bersiap solat subuh 

5.00am : melaksanakan umrah wajib

11.30am : selesai umrah pertama & pulang ke hotel untuk berehat

6.30pm : solat maghrib & isyah di Masjidil Haram

               membeli keperluan makanan di Bin Daood

8 Ogos 2022

Puasa Sunat 10 Muharam 

aktiviti hari ini subuh hingga mahrib di Masjidi Haram dan mengambil pahala iktikaf sepanjang tempoh itu. walaupun di halau dan berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Alhamdulillah direzekikan berbuka puasa di Mataf.

9 Ogos 2022

4.00am : menunaikan subuh di Masjidil Haram dan menunggu sehingga waktu dhuha. selesai Dhuha 

               kami bergerak untuk ziarah sekitar haram. 

11.50pm : kami bergerak ke Masjid Aisyah untuk miqat umrah ke 2.

10 Ogos 2022

1.30am : Kami mengerjakan umrah kali ke-2. Selesai mengerjakan umrah menunggu waktu Subuh.

               Solat berjemaah dan pulang berehat di Hotel selepas subuh.

5.00pm : Ziarah Ke Jabal Nur & Manasikh Haji

6.45pm : Maghrib & İsyak di Masjidil Haram. 

11 Ogos 2022

6.00am : bergerak ke Hudaibiyah selepas solat subuh dan dhuha. di sana kami berniat miqat untuk 

              umrah ke 3. Kami terus bergerak pulang ke Masjidil Haram menunaikan umrah ke 3. 

              Kemudian solat zohor berjemaah di Masjidil Haram.

1.30pm : pulang ke hotel untuk berehat

7.00pm : Solat İsyak di Masjidil Haram

12 Ogos 2022

4.00am : Iktikaf dn solat Jumaat di Masjidil Haram. 

1.30pm : Shoping di Safwa Tower

              Bergerak Ke Masjid Aisyah untuk umrah ke4. selesai umrah sebelum masuk waktu İsyak.

13 Ogos 2022

4.00am : Solat Subuh dan melaksanakan tawaf Wada'

6.00am : bergerak ke Taif

              Kami melawat Masjid İbnu Abbas - Masjid Addas - Ladang Bunga Ros - Miqat Qarnul 

              Manazil - Makan Nasi Mandi (tak ingat nama tapi sedap sangat) - pasar buah.(macam RnR kita

             je. Rnr kita segar lagi) - Pulang ke Mekah.

14 Ogos 2022

4.00am : Subuh terakhir di Masjidil Haram. Solat Dhuha. mengambil peluang shoping sebelum 

               bergerak ke Madinah.

12.30pm : Solat Zohor berjemaah dan terus melaksanakan tawaf wada'.

3:00pm : Bergerak ke Madinah

8:00pm : Check in hotel di Madinah.

15 Ogos 2022

aktiviti bebas di Masjid Nabawi ( di Madinah lebih rileks. Bnayak masa dihabiskan untuk beriktikaf dan beribadah di Masjid Nabawi. hanya perlu booking untuk memasuki raudhah sahaja. 1 bulan hanya 1 kali dibenarkan untuk para jemaah)

16 Ogos 2022

Ziarah sekitar masjid nabawi. 

Perkuburan Baqi' - Saqifah Bani Saidah - Bab Salam - Telaga Mushairib - Rumah Jabir Bin Abdullah

17 Ogos 2022

Kembali kepada aktiviti bebas

18 Ogos 2022

Ziarah Luar. Ke Khandak dan Uhud.

Masjid Fatimah - Kubu Nabi - Salman Al Farisi - Masjid Qhamamah - Telaga Ghar -  Masjid Qiblatain - masjid Quba' - Bukit Uhud - Syuhada Uhud.

19 Ogos 2022

bergerak ke Jeddah

Check In hotel di As-Safa jam 4pm

Selepas Maghrib keluar mengambil udara malam di Al Hamra. melihat King Fahd Fountain dan makan malam di Restoran Kampung Melayu 

20 Ogos 2022

Melawat kawasan Balat, perkampungan tertua di Jeddah - Masjid Qisas - Makan Bakso Mang Oedin dan Membeli bekal makan tengah hari di Jollibee.

21 Ogos 2022

Check Out Hotel jam 3.00pm. Bergerak ke Majid terapung pertama di dunia. Allah izin perjalanan ini tidak membuahkan hasil. driver sesat 2,3 kali dan ketika sampai di kawasan tersebut. Jalan ditutup kerana mereka sedang dalam proses menyiapkan persiapan untuk formula 1 yang akan diadakan di Jeddah pada tahun 2023. Selepas itu, van yang tadinya ke sana ke mari sudah kehabisan minyak dan kami terpaksa menuggu driver ke station untuk membeli petrol. Allah izin ketika sudah diisi sekitar 18 lt. van masih belum boleh bergerak, jadi kami mengambil peluang mengisi perut di mall bersebelahan van yang tersadai. alhamdulillah jam 8.30pm kami bergerak ke Airport Jeddah. Sekali lagi teruji! Kami tersalah airport. Untuk penerbangai PEGASUS masih berpusat di airport Jeddah yang lama. jadi kami menggunakan khidmat shuttle Saudi untuk bergerak ke Airport lama. 

22 Ogos 2022

2.00am : kami berlepas pulang ke Istanbul dan tiba pada jam 6.00am. alhamdulillah semua pulang dengan selamatnya.

11.30am : menjejaki teratak sementara di bağcılar dengan selamat, Alhamdulillah. Çok Şukur.








No comments:

Post a Comment

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...