Saturday, September 4, 2021

Ikamet dan bahayanya

perjalanan ke  bulgaria menaiki bas. konduktur sibuk isi borang dan maklumat penumpang

Turki antara negara yang mudah untuk kita menetap sebagai seorang pelajar, pelancong, pengembara atau pekerja. Sebagai orang Malaysia kita akan dapat 3 bulan visa percuma dan jika berhajat untuk tinggal lebih dari tempoh tersebut kita perlu apply ikamet ( resident permit) untuk tempoh 6 bulan atau 1 tahun. Ada duit bolehlah apply, taka da duit janganlah berani-berani nak stay lama. Anda akan menghadapi kesukaran dikemudian hari. Orang cakap ala buat don’t je nanti nak keluar bayar la denda. Ha, nanti saya share apa yang saya lalui tidak semudah apa orang kata ya.

Nak apply ikamet ni kita perlu ada sigorta (insurans). Baru boleh isi penuh ruang di dalam borang online tersebut. Next, tunggu diorang panggil utk hantar semua dokumen tersebut ke office imegresen. Dalam tempoh tu dapatkan perjanjian sewa rumah anda, atau asrama tempat anda menginap. Noter (stamp) dari pejabat hartanah juga perlu. Akhirnya pergi ke imegresen dan dapatkan vergi (cukai) dengan harga semasa 110tl bersamaan RM 55 shj. Cukup dokumen tersebut tunggu panggilan ke office dan submit dokumen. Kemudian bayar sekian-sekian jumlah yang diminta dan tunggu ikamet diposkan ke alamat anda. Tapi setiap dokumen itu perlukan duit kecuali surat perjanjian rumah sahaja.

Tetapi jika anda pelajar yang diiktiraf oleh kerajaan turki hidup anda akan lebih bahagia. Dokumen tadi hanya perlu diserahkan kepada university tempat anda belajar dan mereka yang menguruskan hal selebihnya. Itulah antara nikmat dan kebahagiaan pelajar persendirian di Turki. Kenapa saya mention persendirian? Ha, sebab pelajar tajaan beribu-ribu kali bahagian! Elaun makan, penginapan, pengajian dan tiket pergi balik semua include. Datang belajar bersungguh-sungguh dan nikmatilah bumi uthmaniyah ini dengan penuh keasyikkan.

So, bila nak habis tempoh ikamet anda lebih kurang 1 – 2 bulan maka bersiap siagalah untuk apply ikamet baru. Jika kita terleka dan terlepas 1 hari maka kemungkinan besar akan mendatangkan masalah untuk kita. Saya pernah hidup di Sudan dan saya bukanlah orang yang ralit atau halai balai. Sekitar lagi 2 bulan ikamet saya akan tamat sibuk ke sana sini saya bertanya apa perlu saya buat kerana tawaran university saya belum dapat. Hasil tunjuk ajar kawan-kawan minta saya apply ikamet pendek untuk orang awam terlebih dahulu dan kemudian bila dapat tawaran universiti batalkan ikamet tersebut dan apply ikamet baru. Ya, saya apply dan selepas beberapa minggu tawaran universiti sampai ke mail box saya dan akhirnya di sinilah kesilapan saya. Saya apply ikamet baru dan batalkan ikamet lama. Jadi saya ada jarak 31 hari dari tarikh apply baru dengan tarikh tamat ikamet lama saya. Habis tu kenapa kena tunggu hamper 1 tahun baru keluar Turki? Saya tidak dapat apa2 maklum balas yang menyatakan permohonan ikamet saya tidak diterima sehinggalah apabila tiba bula jun kawan saya menghubungi 157 untuk bertanya khabar ikamt saya. Saat itu baru saya tahu yang saya perlu keluar Turki dan masuk semula untuk menghidupkan ikamet saya. Pada masa itu saya di akhir-akhr semester dan bakal dihujani final. Jadi saya ambil keputusan jalani final terlebih dahulu dan selepas itu baru fikir nak ke mana dengan kadar kewangan yang cukup-cukup makan sahaja.

Akhirnya 13 julai saya mengajak Alia menemani saya ke Bulgaria menaiki bas. Alhamdulillah kami Menyusun perjalanan dengan teliti. Selesai melakukan swab test dan result negetif kami menaiki bas ke Bulgaria dengan merentasi Istanbul kemudian ke Edirne dan masuk ke Bulgaria. Tetapi tiba di sempadan Bulgaria…. Jeng-jeng-jeng!!!  Bila passport di scan, ops anda perlu mengikuti pegawai polis ke office. Di sana disoal jawab dan akhirnya polis meminta saya masuk semula ke Turki dan membatalkan cop keluar kawan saya. Cop saya tak perlu tanya sememangnya dari awal tidak diberi. Alhamdulillah polis ni masih mahu menjaga saya dan mengembalikan saya ke Turki.

bersambung .......

No comments:

Post a Comment

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...