Pesanan ini akan menjadi berharga buat mereka yang berada jauh dari tanah air terutamanya Malaysia, İndonesia dan Thailand. 😆
Berada jauh dari tanah air pastinya makanan akan menjadi kerinduan yang teramat sangat. So, kita akan selalu mencari-cari port makan yang best di mana kita menyinggah. Apa yang best di Mekah ? Susah ye nak jumpa arab minum air ais. Tapi di Mekah sangat mudah didapati. Teh ais, Nescafe ais, Milo ais menjadi kegilaan orang Malaysia. Dapat menghirup air fevret ini sangat melegakan tekak. Kalau boleh setiap hari nak repeat ya. Tapi disebabkan harga 6-8riyal so kena catu juga la.
Nasi putih, roti canai juga sangat mudah didapati. Menu-menu ini boleh didapati di Safa Tower. Nikmat sangat!!!
Selain itu, Al-Baik merupakan kegilaan rakyat Saudi. Harga sangat berpatutan dan boleh dikatakan harga al-baik lebih murah berbanding semua restoran kentucky yang ada di Saudi. Boleh dikatakan ini makanan wajib rakyat Saudi dan sekurang-kurangnya sekali seminggu mereka akan makan di al-Baik. Boleh cuba bila menjejak kaki ke Saudi. Rate dari saya hanya 3/5sahaja. Untuk saya rasanya biasa-biasa sahaja.
Kalau singgah ke Taif tak boleh miss makan nasi arab. Yang ni serius sedap. Rate 5/5 memang sedap. The best nasi arab dalam hidup saya. 💖
Air tebu juga sangat mudah dijumpai di Mekah dan Saudi. Biasanya di kedai jualan Asir(Jus) akan ada je jual air tebu. Advice saya jika kita dari Malaysia tak perlu la minum air tebu. Better minum jus yang lain lebik kaw dan terangkat.
Sebelum kita gerak ke Madinah, bagi saya shopping di Mekah lebih mudah dan menarik. Harga jubah dan barang-barang lain tak jauh beza antara Mekah dan Madinah. Saya lebih suka shopping di Mekah. Lebih berpusat dan mudah buat pilihan.
Di Madinah untuk saya tidak banyak pilihan makanan kerana ramai Pakistan. So majoriti makanan ialah masakan mereka. Untuk saya satu je yang best kedai runcit Filipina dan İndonesia. Kedai ini berhampiran jamiah Madinah lelaki.
Sebelum tu lupa nak perkenalkan Bin Daood. Super market ini dari segi harga lebih mahal dari kedai runcit lain tetapi di sana ada semua product yang kita cari. Dari produk Arab, Eropah dan Asia. So best sangat.!
Orang Malaysia jarang singgah ke Jeddah tetapi Jeddah merupakan port İndonesia. Bila kita ke sana memang kita akan selalu terserempak dengan orang İndonesia. Mencari maknan İndonesia di sini teramatlah mudah. Search sahaja di google lebih dari 5 restoran keluar terutama di area Balat.
Tips withdraw duit, lebih 3 minggu kami di sana, kemudahan atm tidak semudah di Turkiye. Agak sukar sebenarnya untuk withdraw duit di Saudi. Walaupun dalam mall banyak juga atm tetapi banyak juga yang tidak beroperasi. So antara yang berbaloi ialah Al-Rajhi bank.
Di sini saya sharekan contact no Abu Syakir +966506171761. Dia driver teksi (mpv) sangat baik dan membantu. Boleh roger dia jika ke sana. Beliau merupakan warganegara Yaman yang telah menetap selama 15 tahun di Mekah.
Sehingga sini dahulu perkongsian saya. İni merupakan entri akhir berkaitan umrah. Jika ada sebarang pertanyaan tambahan boleh pm saya di talian +601157857854.
Semoga kita semua dijemput Allah untuk ke haramain menghabiskan masa beribadah dan recharge keimanan.