Nak apply
ikamet ni kita perlu ada sigorta (insurans). Baru boleh isi penuh ruang di
dalam borang online tersebut. Next, tunggu diorang panggil utk hantar semua
dokumen tersebut ke office imegresen. Dalam tempoh tu dapatkan perjanjian sewa
rumah anda, atau asrama tempat anda menginap. Noter (stamp) dari pejabat hartanah
juga perlu. Akhirnya pergi ke imegresen dan dapatkan vergi (cukai) dengan harga
semasa 110tl bersamaan RM 55 shj. Cukup dokumen tersebut tunggu panggilan ke
office dan submit dokumen. Kemudian bayar sekian-sekian jumlah yang diminta dan
tunggu ikamet diposkan ke alamat anda. Tapi setiap dokumen itu perlukan duit
kecuali surat perjanjian rumah sahaja.
Tetapi jika
anda pelajar yang diiktiraf oleh kerajaan turki hidup anda akan lebih bahagia. Dokumen
tadi hanya perlu diserahkan kepada university tempat anda belajar dan mereka yang
menguruskan hal selebihnya. Itulah antara nikmat dan kebahagiaan pelajar
persendirian di Turki. Kenapa saya mention persendirian? Ha, sebab pelajar
tajaan beribu-ribu kali bahagian! Elaun makan, penginapan, pengajian dan tiket
pergi balik semua include. Datang belajar bersungguh-sungguh dan nikmatilah
bumi uthmaniyah ini dengan penuh keasyikkan.
So, bila
nak habis tempoh ikamet anda lebih kurang 1 – 2 bulan maka bersiap siagalah
untuk apply ikamet baru. Jika kita terleka dan terlepas 1 hari maka kemungkinan
besar akan mendatangkan masalah untuk kita. Saya pernah hidup di Sudan dan saya
bukanlah orang yang ralit atau halai balai. Sekitar lagi 2 bulan ikamet saya
akan tamat sibuk ke sana sini saya bertanya apa perlu saya buat kerana tawaran university
saya belum dapat. Hasil tunjuk ajar kawan-kawan minta saya apply ikamet pendek
untuk orang awam terlebih dahulu dan kemudian bila dapat tawaran universiti batalkan
ikamet tersebut dan apply ikamet baru. Ya, saya apply dan selepas beberapa minggu
tawaran universiti sampai ke mail box saya dan akhirnya di sinilah kesilapan
saya. Saya apply ikamet baru dan batalkan ikamet lama. Jadi saya ada jarak 31
hari dari tarikh apply baru dengan tarikh tamat ikamet lama saya. Habis tu
kenapa kena tunggu hamper 1 tahun baru keluar Turki? Saya tidak dapat apa2
maklum balas yang menyatakan permohonan ikamet saya tidak diterima sehinggalah
apabila tiba bula jun kawan saya menghubungi 157 untuk bertanya khabar ikamt
saya. Saat itu baru saya tahu yang saya perlu keluar Turki dan masuk semula
untuk menghidupkan ikamet saya. Pada masa itu saya di akhir-akhr semester dan
bakal dihujani final. Jadi saya ambil keputusan jalani final terlebih dahulu
dan selepas itu baru fikir nak ke mana dengan kadar kewangan yang cukup-cukup
makan sahaja.
Akhirnya 13
julai saya mengajak Alia menemani saya ke Bulgaria menaiki bas. Alhamdulillah
kami Menyusun perjalanan dengan teliti. Selesai melakukan swab test dan result
negetif kami menaiki bas ke Bulgaria dengan merentasi Istanbul kemudian ke
Edirne dan masuk ke Bulgaria. Tetapi tiba di sempadan Bulgaria…. Jeng-jeng-jeng!!!
Bila passport di scan, ops anda perlu
mengikuti pegawai polis ke office. Di sana disoal jawab dan akhirnya polis
meminta saya masuk semula ke Turki dan membatalkan cop keluar kawan saya. Cop
saya tak perlu tanya sememangnya dari awal tidak diberi. Alhamdulillah polis ni
masih mahu menjaga saya dan mengembalikan saya ke Turki.