Banyak pengalaman dan pengajaran sepanjang berkelana. Di awal usia saya menginjak 20 tahun saya telah memulakan kembara ilmu ke tanah gersang Sudan. Walaupun rata-rata kenalan tidak bersetuju dengan pilihan ini tetapi cukup bagi saya restu mak ayah dan keluarga terdekat yang mengiringi perjalanan saya. Cita-cita ini terpahat sejak berumur 14 tahun apabila abang saya sendiri telah terbang ke bumi Sudan. Setiap kali tiba warkah dia ke tangan saya atau komunikasi melalui corong telepon tiada apa yang indah tentang Sudan melainkan pengalaman2 hidup yang dia lalui di perantauan. namun kerana dia merupakan idola saya sejak kecil maka semuanya kedengaran mengujakan. 5 tahun setengah di Sudan banyak membentuk saya menjadi seorang yang cekal luar dan dalam. Tambahan bumi Sudan boleh dikatakan panas sepanjang tahun dan suhu kepanasan boleh mencecah 40 - 48c. Banyak perkara yang tidak pernah saya lakukan di Malaysia saya praktikalkan di bumi ini.
Setelah itu saya pulang ke Malaysia pada 29 mei 2012 dan selepas 2 minggu saya mendaftar diri bekerja di Maahad Tahfiz Sains darul Muttaqin (MASDAR) iaitu pada 9 jun 2012 sehinggalah 29 mei 2019. Dalam tempoh 7 tahun ini banyak pengalaman dan ilmu baru yang saya sedut yang lebih membuka mata saya tentang asam garam kehidupan dan dunia pekerjaan. Di sini suka saya highlightkan yang mana selama tempoh itu saya banyak menguruskan trip ke İndonesia dan Thailand sehingga akhirnya boleh dikatakan setiap bulan saya akan ke sempadan thailand paling kurang shopping ke 7eleven di Danok. Habis semua anak murid saya angkut ke sana.
Pada 2013 dalam kemelut kesibukkan saya di MASDAR saya telah menanam cita-cita untuk terbang ke Turki bagi menyambung pengajian keperingkat master walaupun dalam masa yang sama saya sedang menyambung pengajian secara part time di KUIN. bagi kebanyakkan orang saya hanya menyimpan angan-angan kosong tanpa sebarang perancangan dan penyusunan mungkin kerana saban tahun cita-cita ini tertunda. Tetapi saya tetap yakin bahawa Allah akan kabulkan hajat dan keinginan saya bila tiba masanya. Saya bukan sejenis manusia yang pandai menyimpan duit kerana banyak kata-kata abang yang saya telan walaupun mungkin prinsip dia tidak diterima ramai. Antara ayat dia yang saya hadam dalam isu ini: "Ulamak dahulu tidak pernah menabung bahkan infak mereka sangat hebat dan Allah sentiasa beri mereka kecukupan hidup". Menelan kata-kata ini membuatkan duit saya mengalir sentiasa walaupun bukan kepada barang-barang mewah tetapi kepada persekitaran di mana saya hidup sehingga 1 saat apabila terdetik untuk menyimpan saya merasakan itu salah. Alhamdulillah rezeki Allah sentiasa cukup buat saya bahkan sentiasa lebih dan melimpah ruah.
Ia tidak berakhir di situ, alhamdulillah 15 sept 2019 saya direzekikan Allah terbang ke Turki atas jasa beratus-ratus manusia yang ihsan pada saya. Terima kasih Allah mengurniakan begitu ramai manusia yang mengasihani saya yang serba kekurangan ini.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak menyambung pengajian di Malaysia sahaja? Kenapa perlu berhijrah lagi. Tidak rindu kepada keluarga ke duduk jauh lama2?.
Seorang Khalida mungkin suka mengambil cabaran dalam hidupnya. Seorang Khalida mungkin tersangat lemah walau pada luaran ramai yang melihat dirinya kuat! Namun alhamdulillah summa alhamdulillah seorang khalida dikurniakan Allah seorang mak dan seorang ayah yang sangat memahami dan percaya pada anaknya dan sentiasa berada dibelakang anaknya memberi semnagat dan meniupkan roh juang tanpa pernah mematahkan. Sehinggakan saya selalu berfikir jika saya memegang title ibu adakah saya mampu meletakkan kepercayaan yang sama kepada anak-anak saya seperti mak dan ayah saya beri. Ini ketakutan yang selalu berlegar-legar di minda saya kerana percaya itu satu proses yang sangat penting dalam pembesaran seorang manusia. Semoga Allah rezekikan yang baik-baik buat saya kelak (bermonolog dalam diri). Walaubagaimanapun, terima kasih Allah atas nikmat mak ayah yang terbaik dalam dunia untuk saya. Mereka tidak beri saya harta dan kekayaan tetapi mereka didik saya dengan penuh kasih sayang, memandu saya saat saya jatuh membenam bumi, meniup aura positif saat saya teruk dihina orang keliling. Keberadaan kali ini atas doa dan sokongan mereka. Mengembara bukan perkara yang mudah. Di sana terhidang segala dawai berduri tetapi ini pilihan saya yang telah saya pilih untuk lalui.
Hikmah kembara dari kaca mata seorang Khalida:
1. Pergantungan diri dengan Allah bukanlah jalan akhir tetapi ia bermula dari awal hingga ke akhirnya. Allahlah yang mengatur dan menyusun seluruh kehidupan kita. Maka mohonlah darinya dan bergantung haraplah pada D|ia atas setiap nikmat dan musibah yang melanda.
2. Lihatlah setiap ujian dan cabaran hidup itu sebagai peluang dan kebaikkan supaya dengan itu anda akan menjauhi suuzon kepada Rabb dan juga manusia sekeliling serta persekitaran.
3. Kembara ini melatih kita untuk lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan sentiasa berwaspada dan pedulu
4. Kembara membuka peluang network yag sangat luas kerana ia sudah merentas international
5. Susah? pasti susah! Maka ia baik untuk orang yang suka kepada cabaran dan mahu meningkatkan jati dirinya.
6. Pesan mak yang selalu saya pegang, "jangan sesekali menghampakan orang lain". Seadanya saya dan semampunya saya akan saya cuba penuhi keperluan orang dipersekitaran saya walaupun dia seorang customer.
7. Kembara ini membuatkan saya lebih bersyukur dan sentiasa belajar daripada alam. Jika di Istanbul paling ketara ialah ihsan pada haiwan.
8. Saya seorang yang tidak mahu orang lain melalui kesusahan yang saya hadapi. Oleh itu saya akan berkongsi pengalaman2 yang saya lalui dan kongsi maklumat yang saya ada melalui penulisan di blog, ig, fb dan paling kerap melalui status whatsapp.
9. Pesanan saya kepada adik bongsu saya Nafisah, andai cah baca entry kali ini percayalah apa yang Cah lalui saat ini adalah ilmu dan bekal untuk Cah lalui rintangan mendatang. Andai Cah enjoy dan sentiasa yakin di sana ada peluang dan harapan dan semuanya bukan dengan kemampuan dan kudrat kita melainkan Allah izinkan pasti Cah akan lalui proses perjalanan panjang ini dengan lebih bermakna dan Cah akan lihat dunia ini dengan kaca mata yang lebih bernilai sebagai seorang Nafisah yang baru yang lebih matang dan kuat. Pilihan yang Cah buat untuk kali ini pasti tidak mudah dan jangan sesekali meletak harapan dan pergantungan pada kakak tetapi pilihan ini perlu clear dari sekarang dan dari sekarang juga Cah perlu meletakkan pengharapan dan perlu banyak berdialog dengan Allah kerana Allah paling dekat dengan kita dan paling tahu tentang kita, kehendak dan keinginan kita. Allah sesekali tidak pernah menghampakan.
10. Kitaa perlu sentiasa ada plan A, B dan C. Andai tidak berjaya atur plan-plan seterusnya sehingga Allah rezekikan kepada kita kejayaan.
11. Akhirnya kita tersedar... kita buka siapa-siapa sehingga Allahlah yang meminjamkan kepada kita segala-galanya.
Setiap ujian dan permasalahan ada jalan keluarnya. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah dan nikmatilah segala kesukaran hidup ini kerana diakhirnya pasti akan ada kemanisan semanis madu yang menanti.
alhamdulillah berjaya menulis 1 entry selepas 4 bulan terhenti.
Moga segera diangkat musibah yang sedang dilalui saat ini. Amin
10.30pm, Turki