Sunday, March 7, 2021

PS.TURKI



 Genap 1 tahun saya dan team Omurga Nusantara berkecimpung dalam perniagaan/khidmat "personal shopper Turki". Banyak yang kami pelajari dalam tempoh ini dan masih banyak yang perlu kami pelajari untuk memastikan khidmat ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan negara asia serantau. Insya Allah, harapan dan target baru kami ialah untuk menerokai pasaran asia serantau. Congak dek akal kita pasti terasa sukar dan tidak logik. Tetapi jika meletakkan Allah sebagai sandaran, ketahuilah tiada sesuatu yang mustahil untuk Allah bilamana Allah berkehendak. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk menjadi 1 pasukan yang lebih kuat dan tinggi cita-citanya supaya dengan kejayaan kami ramai yang boleh menumpang rezeki. 

Ketika tekad telah dibuat, akal ligat berfikir apa yang perlu dilakukan di Turki nanti bagi menampung kos sara hidup sepanjang berada di sini untuk  menyelesaikan master paling kurang. Dengan yakinnya waktu itu yang saya akan memperolehi biasiswa pengajian, jadi terus mengetepikan akal untuk berfikir mana nak cekau duit nak bayar yuran nanti. Alhamdulillah akhirnya isu pengajian saya berjaya diselesaikan. Memang didikan kehidupanku begini, Allah meniupkan rasa confident yang tinggi dalam diri ini apabila membicarakan soal rezeki kerana dari awal mengembara diusia 20an sememangnya kami bukan orang yang ada-ada, namun Allah lah Tuhan yang mencukupkan semuanya. 

Kenangan awal ditawarkan pekerjaan di Sudan dulu masih utuh lagi. 

Tetapi, hari ini bukan cerita itu hendak saya kongsikan. Cerita hari ini cerita bagaimana perjalan business kami sehingga mececah angka 1 tahun.


2 bulan pertama di sini belum terbit apa-apa ilham untuk memulakan perniagaan sehinggalah tercetus idea untuk cuba resepi roti canai dengan bahan yang sedia ada di sini sahaja. Alhamdulillah setelah 2,3 kali mencuba resepi Roti Canai Istanbul pun terhasil. Inilah menu pertama dari dapur Omurga Nusantara. Dari roti canai, kek batik, nasi goreng, mee goreng dan alhamdulillah sekarang dapur Omurga Nusantara telah menyediakan beberapa menu makanan sejuk beku, makanan bergoreng dan juga bersedia menerima sebarang permintaan mengikut hajat customer. 

Jadi selepas anak tangga pertama berjaya dibina, kami seterusnya menapak ke anak tangga yang kedua pula. Bermula februari 2020 dengan tajaan modal yang diberikan, kami mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menyediakan khidmat "personal shopper Turki". Pada awalnya membeli kiriman untuk kenalan terdekat, seterusnya kami mula menyebar luaskan iklan perkhidmatan ini di facebook dan kini alhamdulillah summa alhamdulillah itulah kalimah yang paling tepat untuk menyatakan rasa syukur kami atas nikmat rezeki yang Allah berikan. Lebih dari 15 kotak sekitar 12 - 20kg telah kami terbangkan ke Malaysia selama 1 tahun ini. 

Team kami seramai 5 orang di sini sangat bekerjasama dan saling bantu membantu dalam menjayakan business setahun jagung ini. Selain itu tidak kami lupakan setinggi penghargaan untuk runner kami di Malaysia yang selalunya tangkap muat je  untuk memastikan barang-barang yang sampai diagihkan dan diposkan kepada customer-customer kami di Malaysia dengan kadar segera yang boleh.

Setakat ini kami menggunakan khidmat Pos Turki (PTT) yang bekerjasama secara langsung dengan Pos Malaysia. ETA untuk barang sampai ke Malaysia ialah sekitar 1 minggu ke 1 bulan. Jadi bila customer tanya, kami tak akan cakap 1 minggu sebaliknya kami akan mention perjalan kargo akan mengambil masa selama 1 bulan ke 1 bulan 1/2 untuk sampai ke tangan customer. Jika sampai lebih awal itu rezeki customer.

Apa cabaran selama 1 tahun ini?

Cabaran itu pasti ada! Berniaga perlu berani tanggung risiko. Sepanjang tempoh 1 tahun ini banyak ranjau dan durinya. Pernah 1 trip tu tak dapat apa-apa keuntungan pun sebab semua duit untung telah digunakan untuk bayar tax barang. Selepas tu baru sibuk contact sana sini cari maklumat kenapa kastam tahan? kenapa tax tinggi sangat? Rupa-rupanya kita yang tak belajar habis. Sememangnya semua barang import akan dikenakan tax mengikut item dan pra syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Itu ujian pertama dan tidak berakhir di situ ya. Pernah chocolate customer 1kg dah sampai Malaysia tetapi bila runner kita hantar postage tracking nombor tak dapat detect. Tup-tup burn RM 100. Pinggan seramik pecah bila sampai i tangan runner burn lagi RM 150. Itulah antara ujian-ujian yang kami lalui sepanjang 1 tahun menyediakan perkhidmatan ps.Turki. Pasti banyak lagi sebenarnya yang kami lalui tapi oleh kerana terlalu lama peram sudah hilang dari ingatan saya buat masa ini. :)

Dari cabaran dan pengalaman yang saya lalui selama 1 tahun ini, hakikatnya terlalu banyak yang saya pelajari. Selok belok perniagaan import dan eksport, mengenali budaya dan sikap orang Turki dan orang Arab yang berniaga di sini. Menerokai jalan-jalan di Istanbul. Meyakini hakikat rezeki yang telah Allah janjikan kepada hambaNya dan terlau banyak perkara-perkara aneh yang tidak masuk akal telah berlaku.

Antara lain yang paling berharga ialah rezeki apabila Allah mempertemukan ramai orang-orang yang sangat baik yang membantu melancarkan urusan kami di sini. Baik urusan jual beli dengan pembekal, urusan penghantaran kargo dengan syarikat PTT dan pak cik-pak cik teksi. Pak cik-pak cik yang tidak lokek membantu kami ketika sesat tidak jumpa jalan. Peniaga-peniaga yang selalu mempermudahkan urusan dan selalu redha ketika saya berhutang terlebih dahulu kerana tidak cukup cash. Runner di sini juga yang sentiasa membantu  mencari produk yang saya minta. Semoga kalian semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Walaupun kalian mungkin membaca dan menjumpai blog saya tetapi besar kemungkinan kalian tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan. hehe. Tetapi kalian telah mewakili rakyat Turki yang lain menjadi duta dan membuatkan saya rasa yang rakyat Turki sangat baik dan pandai berniaga. Walaupun saya membeli satu dua barang di kedai borong dan kedai-kedai besar saya tetap dirai dan dilayan baik.

Cukup dah tu untuk cerita tentang ps.Turki ini. Banyak lagi entry pengalaman saya yang saya hutang. Nanti perlahan-lahan saya bayar hutang saya. Doakan mood saya selalu segar untuk menulis dan memperbaiki penulisan saya.

Mata pun dah berat, iyi geceler korang!

Akhir kata terima kasih customer, terima kasih team omurga nusantara, terima kasih runner, terima kasih pembekal, terima kasih mak ayah yang sentiasa mendoakan, terima kasih yang selalu memberi support, terima kasih semua yang sentiasa mendoakan.

Semoga semua dalam peliharaan Allah.


أهلا و سهلا


 Selamat Tahun Baru 
Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua yang sudi membaca dan singgah ke blog saya sehingga hari ini. Sama-samalah kita merebut peluang usia yang ada ini untuk menambah amal kebaikkan.

Sudah 4 purnama saya bercuti dari berkongsi cerita di sini. Alhamdulillah hari ini berjaya menjumpai kembali pasword yang hilang akibat terlalu lama dibiarkan sepi tanpa cerita.

Ramai yang whatsapp dan email saya melalui bacaan mereka di sini. İnsya Allah apa yang boleh saya bantu akan cuba sebaiknya untuk saya laksanakan. walaubagaimanapun saya jarang sekali menjengah ke email yang saya daftar untuk blog saya. Jadi sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian berikut :

no tel : +601157857854
fb : nur khalida osman
ig : bintunoraiman / ps.turki
email : bintu_noraiman@yahoo.co.uk

ok, setakat ini sahaja dulu mukadimah tahun baru dari saya. ;)

kita sambung selepas siap tebar roti canai malam ni ok untuk entry seterusnya.


Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...