Last menulis pada 17 jun yg lepas, hari ini 7 sept sudah. Hampir 3 bulan saya berperang dengan keinginan untuk menulis baru hari ini keinginan mengatasi alasan.
Feeling Bless
"membaca untuk perkembangan diri, menulis untuk rujukan generasi". Sangat tepat penyataan ini! Alhamdulillah ramai yang contact saya melalui email, talian hp dan fb selepas mereka google dan cari maklumat menyambung pengajian ke Turki dan menjumpai penulisan santai saya ini. Semoga penulisan ini terus bermanfaat.
PS.Turki
https://www.instagram.com/p/CEY-vw5AQyX/?igshid=j2nlzwqxjydz
Dalam tempoh saya menyepi ini saya tengah usaha menapak langkah saya dalam perniagaan "personal shopper" untuk pelanggan Malaysia khususnya yang berminat mencari produk-produk Turki. Alhamdulillah saya dah manage 4 batch kargo ke Malaysia.
Ramai juga yang tanya, awak niaga apa? Menjadi personal shopper bermaksud awak menjadi perantara antara peniaga dan pembeli. Apa untung yang awak dapat? kita hanya mengambil upah atas keringat kita mencari barang dan keinginan pelanggan kita sahaja. Harga barang dan kos pos Turki - Malaysia - Alamat Pelanggan adalah di bawah tanggungan pelanggan yang deal dengan kita. Jadi sebarang order saya akan terima dan carikan untuk pelanggan saya. Jika pelanggan sudah berpuas hati mereka akan bank in duit ke akaun saya. Tetapi, awak tak bolehlah beli hari ini nak dapat barang dalam tempoh seminggu. Kebiasaannya saya akan kumpul order cukup 10 kg minimum baru saya buat penghantaran ke Malaysia. Di Malaysia akan ada "runner" saya "pick up" barang dan uruskan postage.
Antara jenis barang yang telah selesai akad jual beli :
1. Pakaian (jubah, tshirt, tudung, shawl, kemeja dan busana pernikahan)
2. Lampu Perhiasan
3. Manisan Turki ( Lokum, Coklat, Teh Buah-Buahan, Rempah Ratus)
4. Handbag
5. Beg Kulit
6. Perhiasan Wanita & Lelaki ( Cincin, gelang, Loket)
7. Kasut Sukan, Crocs dan Selipar
Setiap kali kita melibatkan diri dengan bidang baru kita akan belajar banyak perkara baru. Itu pasti.!
Saya belajar mengenali banyak ragam manusia, mengetahui selok belok bisnes antara 2 negara, belajar berurusan dengan Kastam di Malaysia dan banyak lagi. Jadi untuk yang baca post ini dan berminat boleh contact saya di talian whatapp 601157857854. Boleh juga suport saya dengan war-warkan kepada kenalan anda. Terima kasih💘
Kucing Parsi
Saya banyak habiskan masa saya menyantuni makhluk Allah ini. Saya menumpang kasih bersama 7 ekor kucing parsi yang sangat comel. Saya bukan pencinta haiwan ini dan juga bukan hater mereka. Saya hanya sekadar gaul makanan untuk mereka merasa kenyang sahaja. Ini cerita sebelum saya menjejaki Istanbul! Setelah tiba di Istanbul rasa cinta itu mula bercambah sehingga 16 april yang lepas seperti di post sebelum ini telah saya ceritakan panjang lebar tentang mereka.
Fitrah kehidupan setiap pertemuan adanya perpisahan. 1 dari 5 anak kucing ini megalami 1 kemalangan ketika bermain dengan ibunya di dalam rumah. Dia ditimpa kerusi besi. Saya ingat ajal dia telah sampai tetapi ternyata Allah masih menyimpa nyawanya untuk saya menanam saham akhirat. Dia (kowi) bertahan selama 3 minggu setelah kecelakaan itu. Dalam tempoh itu 3 hari berturut-turut dia dirawat di hospital haiwan. setiap hari saya ulang alik membawa dia ke hospital sehingga Allah temukan saya dengan seorang pak cik teksi dan sehingga sekarang saya masih menggunakan khidmat pak cik teksi tersebut. 3 minggu itu memang sangat bermakna untuk saya dan kowi. Kasih yang tercurah seperti kowi itu seorang bayi kecil untuk saya. Makan minum bersuap, kencing berak di atur dan perlu dicuci, tidur berlapikkan lengan saya sehingga akhirnya kowi kelihatan sangat sugul dan nazak. Ternyata Allah benar-benar menyimpan dia untuk saya menanam saham akhirat. Itulah kali pertama saya menangis kerana kehilangan makhluk Allah bernama haiwan. Moga kowi menjadi asbab ibu diselamatkan dari azab api neraka di akhirat nanti. Nauzubillahiminzalik!
2 bulan 1/2 ini juga masa untuk mama papa dan adik beradik kowi mendapat perhatian penuh dari saya. Setiap hari saya akan sikat kutu mereka, sediakan makan minum mereka, jaga kesihatan dan kebersihan tubuh mereka sehingga cinta ini semakin bertambah dan mekar.
Masak Makan
salah satu hobi saya pastinya bermain masak-masak di dapur. Mencuba dan mencipta resepi baru dan memberi orang makan merupakan satu kepuasan. Alhamdulillah hobi ini menambahkan jaringan perkenalan bersama komuniti Malaysia di Turki dan juga dengan jiran tetangga saya di sini. Saya percaya air tangan boleh memutikkan rasa sayang dan ini jalan yang termudah untuk memikat hati. tak percaya? Cubalah tetapi kena tambah rencah ikhlas. Insya Allah akan segera berhasil membina jambatan rasa.
Penantian
Sebelum saya menyelesaikan penulisan saya pada petang ini saya amat berharap agar kalian mendoakan saya agar Allah mempermudahkan urusan saya menyambung pengajian saya di peringkat Master pada september ini. Dalam 2 bulan setengah ini setiap hari saya menanti agar saya mendapat pengkhabaran gembira dari 2 universiti yang saya mohon untuk menyambung pengajian di bidang pengajian islam. Setiap hari saya akan buka email sekurang-kuranya 1 kali tetapi sehingga hari ini masih menanti jawapannya. Semoga berkat doa kalian esok atau dalam minggu ini Allah hadiakna saya pengkhabaran gembira.
Doakan saya mendapat tempat yang terbaik antara FSM atau IZU.
Doakan saya mendapat biasiswa penuh pengajian
Doakan saya agar urusan pengajian dan ikamet (permit menginap) saya dipermudahkan Allah
Doakan saya agar tetap istiqamah dan kuat semangat menuntut ilmu Allah ini
Doakan saya agar mampu menjadi khairul ummah dengan menjadi seorang yang bermanfaat untuk ummah ini khususnya anak bagsa Malaysia.
Terima kasih atas kesudian kalian singgah membaca dan mengaminkan hajat dan keinginan saya ini.
Semoga Allah balikkan semua kebaikkan kepada kalian.
Salam Penghargaan dari anak perantau....💗