Sunday, April 26, 2020

PKP, kita jaga semua.

Hari ini telah masuk hari ke 45 kami di Turki mengamalkan saranan kerajaan Turki untuk "Evde Kal" kekal di rumah. Walaubagaimanapun setiap minggu akan ada 1 hari saya  keluar rumah untuk urusan membeli keperluan rumah, bayar sewa rumah, ambil duit belanja di atm dan COD makanan kepada pelajar-pelajar Indonesia dan Malaysia di Turki. Alhamdulillah, terus berdoa agar Allah memelihara dan menghindarkan kita dari segala wabak dan musibah. Semoga wabak Corona yang melanda hampir 1 dunia ini cepat berakhir.

Hari ini juga merupakan hari ke 3 kita meraikan ramadan mulia. "Ramadhan Karem" buat semua yang singgah membaca bait-bait pengalaman saya ini.

Apa aktiviti sepanjang PKP ini berjalan dan bertembung pula dengan ramadhan yang merupakan bulan pesta ibadah umat islam ini???

Sesungguhnya islam itu agama yang membawa sejuta rahmah. Islam juga satu cara hidup yang menyeluruh. Telah ada garis panduan yang Allah sediakan atas permasalahan yang berlegar dalam kehidupan kita sebagai hambaNya. Ada ketika islam menggalakan penganutnya memenuhi ruang masjid untuk solat jemaah. Ada ketika lain mencari nafkah juga merupakan 1 kewajipan. Tetapi saat dan ketikanya Allah datangkan ujian sebegini (wabak, penyakit berjangkit) duduk di rumah juga dengan niat menyelamatkan nyawa boleh menjadi 1 ibadah. Cantiknya deen Allah ini.

Dari musibah ini apa yang saya pelajari dari kaca mata seorang rakyat mahren, Allah sedang menguji hambaNya dan membuat tapisan atas hambaNya. Jika kita melihat dengan kaca mata positif. Kita akan lihat betapa besarnya hikmah atas ujian ini. Betapa rasa harmoninya rakyat Malaysia, saling memberi dan membantu sesama kita daripada barisan "frontliner", NGO, individu semua memainkan peranan dalam perjuangan mengalahkan musuh yang merupakan makhluk Allah juga yang tak mampu kita lihat dengan mata kasar kita. Sungguh terlalu dhaif manusia ini. Lalu apa lagi yang ingin kita banggakan!!! hatta kuman sebesar zarah juga tidak mampu walaupun seorang dari trillion manusia di dunia ini untuk melenyapkannya. Saat ini Allah sedang mentarbiyah kita dengan memberitahu bahawa  Allah lah Maha Kuat, Allah lah Maha Hebat, Allah lah Tuhan tempat selayaknya dan sepatutnya kita bergantung harap. Tiada daya dan upaya sesiapapun di dunia ini walaupun dia ada jutaan USD, pangkat setinggi apa pun dia. Di mata Allah kita semuanya sama sahaja yang mampu membezakan kita adalah ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Allah juga mampu mengangkat darjat manusia daripada yang tiada apa-apa sehingga diangkat kehormatannya oleh dunia dengan izin Allah. Sini saya kongsikan tentang susuk yang tidak asing lagi. Dr. Hisham kita yang diangkat sebagai 3 doktor terbaik dunia. Apa pengajaran daripada susuk gigih seorang Dr. ini? media telah membicarakan siapa dia dan bagaimana perlajalan hidup beliau untuk meraih kehormatan sebagai seorang wira negara saat ini. Suka saya mengetengahkan beberapa perkara :

1. Tugas Khalifah mengajak kepada kebaikkan.
Dalam urusan dakwah kita mengajak manusia kepada kebaikkan, Allah akan tanya apa usaha kita dan natijah itu ialah urusan Allah. Saya mungkin tidak benar-benar tahu bagaiman arwah Ust. Nik saat pertama kali bertemu dengan menantunya Dr. Hisham tetapi pasti ganjaran kebaikkan Ust. Nik saat itu dengan mengambil Dr. Hisham sebagai anak angkat dan menjadikan beliau sebagai menantu merupakan saham besar dan pahala yang berpanjangan kepada arwah. Kemenjadian Dr. sekarang juga pastinya atas usaha arwah yang kita tidak pernah tahu. Sehingga sekarang Allah memanggil pulang arwah dan saat ini nama arwah juga terus disebut orang dengan apa yang Dr. Hisham perjuangkan. Subhanallah, janji Allah itu pasti. Maka janganlah kita lokek dalam melakukan kebaikkan.

2. Usaha gigih dan kuat untuk menjadi pakar dalam bidang yang kita pelajari.
Islam dan realiti dunia sekarang sangat menuntut untuk kita mendalami sesuatu bidang sehingga kita benar-benar mahir. Kita kekurangan pakar dalam banyak bidang. Oleh itu duhai anak muda belum terlambat untuk kita berusaha dengan penuh tekun medalami ilmu Allah ini agar kita mampu menaikkan nama islam agar kita mampu bersaing jauh lebih hebat dari musuh islam yang tujuan mereka hanyalah satu iaitu menjatuhkan islam dan merosakkan generasi islam. Sedikit hari lagi juga mungkin tenaga manusia yang biasa-biasa tidak akan ada nilainya lagi yang akan berharga hanyalah mereka-mereka yang mahir dan bijak kerana dunia dengan teknologi yang hebat telah menggantikan manusia dengan robot-robot yang hanya menurut perintah sahaja. Dek kerana itu anak muda tekunlah dalam menuntut ilmu Allah ini, belajarlah bukan untuk kita lulus peperiksaan tetapi belajarlah untuk kita menjadi rijal islam, berjuang dan menyumbang untuk kegemilangan islam.

3. Team Work dan down to earth.
Ketika di interview wartawan setelah Dr. dinobatkan sebagai 3 doktor terbaik dunia, reaksinya sedikit marah atas pujian itu. Bahkan dengan cepatnya beliau menyangkal dan menisbahkan kejayaan itu sebagai kejayaan bersama. Kejayaan PM, negara, para frontliner dan rakyat Malaysia. Keikhlasan dan sifat tawaduk beliau ini telah mencambahkan rasa cinta rakyat Malaysia kepadaNya sehingga hari ulang tahun beliau yang ke 57 tidak silap saya, telah dirai oleh semua penduduk Malaysia.
Benar, kerja secara jamaei itu penuh keberkatan. dan, dalam sesebuah masyarakat dan generasi pasti akan terzahir susuk individu yang hebat, memimpin dan menjadi khudwah kepada ummah.
Orang berilmu itu sebenarnya sangat sinonim dengan pepatah melayu. "lagi berisi, lagi tunduk ke bumi". Hanya orang yang bodoh sombong yang selalu mendabik dada ke langit kerana dia lupa diri dan diulik bayangan sendiri.

Mungkin ramai yang telah menulis dan membuat react semasa PKP terlaksana. Tetapi ini sedikit sebanyak bingkisan perkongsian saya melalui kaca mata seorang rakyat Malaysia yang mengenali dan mengikuti perkembangan negaranya dengan penuh rasa izzah dari bumi Turki.  Apa yang baik itu dari Allah, andai ada kesilapan kata itu dari pihak saya. Semoga ini sedikit sebanyak mencairkan idea beku di minda saya dan menyuntik kembali dakwat dijemari saya untuk saya kembali menghiasi blog saya dengan entri- entri baru.

Selamat berbuka puasa kepada semua rakyat Malaysia.
7.14pm 9waktu Malaysia)

bersambung....

Terdidik melalui ayat-ayatNya

  Pengajaran lalu membuatkan jari jemari terus manggapai laptop saat minda terilham idea. Melihat baby saya yang baru berusia 1 bulan 20...